Yang Mana Satu Rumahmu?

Afrika gagal untuk menjadi pilihan mendominasi dunia dan masyarakatnya biar pun memiliki seorang Presiden bagi Amerika.

“Family of origin” itu bukan sains?”

Mendominasi kekayaan di tanah-tanah arab dan tanah teluk yang giat dilakukan oleh sesetengah bangsa bukan menjadi urusan dan hal ehwal saya!

Sesungguhnya anda wajar menerima hakikat benua afrika tidak bersalji dan benua eropah adalah berlokasikan bacaan kodinit yang berbeza dengan afrika. Apakah masalahnya di sini bila Eropah lebih mengenali kebenaran Islam oleh ketiadaannya amalan animisme, biarpun mereka menolaknya dengan menerima berhala.

Suara yang biasanya lembut itu telah menjadi nyaring membuatkan saya kembali mencari seseorang yang memilih untuk membisu dan menjauh diri.

“Sesetengah dari mereka ingin menjadikan tanah arab sebagai tempat masyarakat mereka berhibur dan kini setelah sepuluh tahun tinggal di Qatar saya semakin mengenali bangsa arab adalah bangsa yang sangat mudah untuk dimanipulasi dan diperalatkan oleh sesiapa sahaja yang berkepentingan kerana kuasa beli mereka.”

Diam itu menjauhkan kita walaupun tiada dinding atau tembuk yang memisahkan kedudukan di antara kita. 

“Kita bukan Israel yang kekal memerlukan tembuk dan dinding setelah pola komunikasi dan jaringan Zionis Raya telah menembusi ke seluruh pelusok benua.”

Diamnya menyempitkan fikiran saya. Perginya menghilangkan suara saya. Dan televisyen, radio serta surat khabar tidak memahami kegundahan saya.

Bangsanya yang diberikan nikmat kekayaan namun tidak sepenuhnya bersedia bekerja untuk negara sendiri.
Bangsanya hanya mahu menjadi majikan tanpa sedia menjadi pekerja.
Bangsanya adalah bangsa pengguna kerana kuasa beli yang tinggi telah menjadikannya gagal dilihat sebagai pemimpin yang memimpin ummah.

Adakah ini menyebabkannya memilih untuk membisu?
Muslimahnya berbeza dengan bangsa arab yang beragama kristian.
Bangsa arab kristian ini yang telah membawa kerabat dan handai taulan mereka ke tanah airnya sehingga keperluan dan kehendak mereka perlu disediakan di tanah-tanah yang sangat hampir dengan makam Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam.

Diusirkah saya oleh semua ini?
“Bagaimana sejarah terbinanya gereja di Qatar berlansung? Tanpa pemanipulasian dan pemuslihatan komuniti?”

Setelah sekian lamanya Qatar menjadi satu-satunya negara teluk yang masih tidak membina gereja pada ketika itu (2005) dan kini apakah yang mahu diciptakan bagi sebuah negara Islam yang setiap tanah mereka telah terdiri bangunan yang bernama gereja yang dilindungi oleh undang-undang negara-negara itu tatkala kita mendepani dilemma krisis demi krisis oleh bangunan tertua di Al-Aqsa yang kekal tidak mampu menjadi bangunan ibadah yang aman dan dilindungi oleh undang-undang dunia antarabangsa?

Dan kini etnik bangsa tertentu mahu menyatakan mereka yang mengungguli isu di Palestein setelah masyarakat yang berumahkan khemah tidak bersuara?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s