Bila Tiada Apa Yang Dapat Dirahsiakan

Komunikasi dianggap berjaya apabila wujud dua hala penginformasian bukan menguruskan pendominasian.

Terzahir para pendominasi komunikasi juga terpaksa menguruskan kelembapan akses jalur gelombang kesan dari perluasan memanafaatkan sosial media yang mendekatkan mereka yang berjauhan.

Satelite juga memerangkap para pendominasi yang terlibat dalam persaingan sesama sendiri tanpa benar-benar sedia memahami bahawa Ar-Rabb Maha Melihat.

Ar-Rabb Melihat bumi tatkala manusia bersaing untuk ke angkasa.

“Bukankah telah diciptakan bumi bagaikan hamparan yang luas terbentang?”

Bila alam ghaib di angkasa tidak dipercaya, bagaimana mungkin dapat mata memandang apa yang tidak dapat dilihat dengan mata?

“Gunung-gunung sebagai pasak bumi.”

“Manusia berpasangan.”

“Tidur untuk istirehat bila malam sebagai pakaian.”

“Dan siang untuk mencari rezeki.”

Benarkah apabila melihat isi bumi, manusia dapat percaya bila semuanya dapat dipandang dengan mata?

“Kami bina di atas kamu tujuh lapisan langit yang kukuh.”

“Dan Kami jadikan mentari yang terang.”

“Dan Kami turunkan dari awan air yang tercurah.”

“Untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman.”

Di manakah sempadan bumi setelah angkasa mempunyai kehidupan tersendiri yang dicipta oleh Ar-Rabb yang Maha Tahu?

Batuan dan benda-benda mati dengan uraian kimia semuanya ada di bumi tatkala apa yang ada di angkasa masih diselidik untuk dikaji.

Hayat dan tingkat kehidupan kesemuanya bermula di bumi tatkala malaikat yang memenuhi langit angkasa, tidak bersaing dengan manusia ke atas kesemua nikmat di dunia.

“Allah menjadikan untukmu segala yang ada di bumi.”

Hakikat manusia berwatakkan sifat sederhana diabaikan oleh kehendak politik dan ekonomi oleh manusia yang menguruskan dunia.

“Sehingga bila pembacaan minda ini mahu dikau lakukan?”

“Selagi hanya wujud komunikasi sehala…diskriminasi ke atas penghuni di khemah pelarian…”

Terlalu mempercayai dasar politik luar negara utama dunia yang mahu menjadikan muslimin sebagai individu yang perlu diliberalkan keterbukaan toleransi yang  tinggi telah menjadikan kami menghilangkan sifat sederhana biarpun kemuslimin kami dibentuk oleh akidah wasitiyyah.

Bila keterlaluan menguruskan pendominasian dan persaingan sesama sendiri, kita tidak sepenuhnya dapat mempelajari sikap dan pembentukan diri yahudi yang kekal menyebarkan pendominasian ke atas informasi dan komunikasi sehingga mereka sendiri tidak mampu berubah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s