Terlewat Tidak Terlambat

Tahun 2015 tibanya seperti tanpa disapa walaupun di dalam hati merasa bahawa tahun 2015 meniti benua dengan tradisi salji memutih di lokasi yang tidak dipanahi oleh cahaya suria oleh ujian-ujian getir yang ditakdirkan buat tanah air saya, Malaysia.

Percutian kami pada Disember 2014 yang lalu semendung hati kami yang cahaya suramnya diraikan oleh ratapan bumi yang tidak lagi berahsia menyuarakan bantahan oleh luka-luka tarahan ke atas kulitnya yang semakin berlipat lipat dengan berjuta-juta kedutan kesan dari penggondolan, luluhawa serta pergerakan jisim, pergerakan air di perut bumi setelah pemejatan dan pemejalan jisim gas dan debu mahir dibaca.

Siapakah yang mendengar tangisan bumi yang kian menyusut nilai asetnya?

Siapakah yang melihat air mata bumi yang meladung dihimpit rasa bila memberi segala yang ada tanpa pernah dikembalikan miliknya walaupun penunasan benih mengitar semula warna hijaunya yang kian meluntur, kekal bumi itu kian dipaksa untuk ditenatkan fitrah yang ditakdirkan untuknya menjadi hamparan bentangan kehidupan?

Lara bumi masih sedia ia menyembah Penciptanya bila ia juga makhluk yang dicipta yang sepenuhnya tidak membantah tidak mencabar Kekuasaan Ar-Rabb meski di tanah-tanah buminya itulah jasad-jasad ummat terdahulu bagi nenek moyang manusia dikuburkan.

Siapakah yang mendengar ratapan penghuni-penghuni di alam barzah di pusara mereka bila manusia ditulikan telinganya dari dapat mendengar?

Jikalah benar akhirat itu masa hadapan ummah, kedamaian jenis apakah yang menjadi sifatnya?
Tatkala jaminan keamanan dan keselamatan merupakan tawaran tokoh-tokoh akhir zaman, siapakah mujaddid pembaharu akhir zaman bila masih peti-peti undi kiraan dan hitungannya menjadi polemik intelektual.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s