Menipu Bukan Disumberkan Dari Pendidikan.

Telah terbazir semua idea hilang entah ke mana saat dibicarakan tentang cikgu..

Setiap mata yang tertutup itu tidak beerti ianya tidur dan setiap mata yang terbuka itu tidak pula bererti ianya melihat, cikgu.

Apakah teknologi sains dari frekuensi tidak mampu memampatkan tentang murabbi saat edaran Mei 16 bersentuhan dengan edaran kemuliaan bulan Rejab pada peristiwa Israk Mikraj, cikgu?

Melihat langit jauh di angkasa pastinya kaki menapak berdiri di atas bumi, namun singkap bulan Rejab itu masih menzahirkan permisahan di antara dunia dan ukhrawi cikgu, tatkala insan telah menjadi modal kemanusiaan oleh pemakanan toiyyibah lalu pendidikan dengan berpengetahuan telah mewujudkan perbezaan ke atas kami .

Tahun ini insan-insan diraikan kerana kemuliaan  jawatan guru yang pada ketika yang sama para malaikat pernah memeriahkan angkasa oleh perjalanan malam Kekasih Pemilik Alam … pada jarak lintasan cahaya yang bergerak yang berjejak di bumi dari tanah Masjidil Haram ke Baitul Muqaddis bukan imaginasi bila tidak dipisahkan dunia dari akhirat.

Akidah itu menjadikan kita dapat memenuhi dunia untuk akhirat dan bukan mengasingkan keduanya agar umat yang berpendidikan menggunakan pengetahuan mereka setelah sekian lamanya hukum syariah disesuaikan dengan keperluan hukum-hukum yang lain ke atas masyarakat muslimin, cikgu.

Berat amanah dan tanggungjawab keduniaan yang digalaskan ke atas bahu cikgu sehingga kesahihan akhirat sebagai masa depan ummah tidak termasuk ke dalam lingkungaan pendidikan tatkala ‘perjalanan malam’ Murabbi ummah sallallah hu alaihiwassalam telah membuatkan puteri baginda menyeka air mata kerana jawatannya sebagai ketua pemudi di syurga, membuatkannya gusar oleh ramainya wanta-wanita menjadi penghuni neraka, cikgu.
“Ya Rasulullah sallalla hu alaihiwassalam, apakah yang dikau lihat?”

“Seorang wanita yang tergantung dengan lidahnya.”

“Seorang wanita yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otaknya.”

“Seorang wanita yang bergantung dengan dua kakinya.”

“Seorang wanita yang tergantung dengan dadanya.”

“Seorang wanita yang memakan tubuhnya sendiri.”

“Seorang wanita yang terikat tanpa dapat berbuat apa-apa terhadap haiwan yang ditugaskan memakannya.”

“Seorang wanita yang membusuk dagingnya.”

“Seorang wanita yang terpotong-potong tubuhnya oleh guntingan diperbuat dari api.”

“Seorang wannita yang berwarna hitam tubuhnya dan memakan isi perutnya.”

“Seorang wanita yang tergantung dengan keadaan berkepalakan khinzir manakala tubuhnya seperti khimar.”

“Seorang wanita yang tergantung dengan keadaan berwajahkan anjing.”
Tidak mampu dicatatkan tentang nasib wanita-wanita yang bermula tibanya ke haribaan cikgu-cikgu adalah sebagai anak-anak perempuan kecil atau gadis-gadis comel atau remaja jelita yang mahu mendapatkan pendidikan tatkala emosi ini tersangat sakit menahan pedih…adakah ini bukan menzahirkan tentang kelemahan para pemuda muslim pada sudut akidah mereka kerana gagal mengasuh pemudi-pemudi dan anak-anak perempuan mereka,cikgu?

Tidak wajar lelaki mengkasadkan niat mereka untuk membina mahligai wanitanya di neraka cikgu kerana Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam diperingatkan di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 dengan makna.

“Wahai Nabi! Katakan kepada isteri-isteri, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka supaya dengan demikian mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu.”

Kini kita perlu memandang ke mana cikgu bila ramai lelaki hanya ingin memandang kepada yang cantik-cantik sahaja oleh pandangan-pandangan berganda kerana wanita kini berada di mana-mana.

Kini kita perlu menoleh ke mana cikgu bila kekal masih ada lelaki selepas bernikah mengingini kejelitaan isteri-isteri mereka dikongsikan dengan pandangan mata lelaki lain.

Kini kita perlu melihat ke mana cikgu bila bukan hanya hati dan emosi lelaki yakni para suami sahaja yang disakiti bahkan hati dan emosi para isteri juga terluka.

Sekolah kini semakin berat tanggungjawabnya cikgu…lantas tidak wajar lagi dipisahkan dunia dengan agama tatkala usia cikgu semakin meningkat seiring usia ibu dan bapa yang turut menjadi guru yang memelihara kami ada yang ralat dengan perilaku kami yang berpendidikan namun sering bagaikan kurang berpengetahuan.

Selamat hari guru diucapkan kepada Kak Nortinah, Kak Fuziah Sulaiman, Kak Siti Arfah, Kak Syarifah Jamaluddin, Kak Rose, Kak Norlia Hasan, Kak Ainon, Kak Yong (Azni), Kak Zoliah, Kak Azmoon dan Cikgu Salina Busrowi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s