Marhaban Ramadhan 1436

 

Purnama 1 Ramadhan yang jatuh sejurus terbenamnya mentari 30 Syakban 1436  bersamaan 17 Jun 2015, mengulangi saat-saat Ramadhan yang lalu bila purnama al-hilal tidak kelihatan di atas langit rumahku di Villa bernombor 6, Beverly Hills Garden 11, Bangunan 74, Street 515, Abu Hamour berdekatan Maamoura, Doha Qatar, hatiku menjadi gundah.

 

Di manakah dikau wahai Qamar al-hilalku saat masih ramai yang tidak mengetahui apakah makna al-hilal buat rembulan di dalam dairi kehidupan seorang muslimah?

 

Qamar itu bulan.

Al-hilal itu adalah bulan yang bercahaya berbentuk bulan sabit sebagai tanda bermulanya bulan baharu di dalam kalender taqwim hijriah.

Bulan atau purnama itu tempatnya nun jauh di atas langit tidak akan dicapai tangan walaupun bulan itu pernah terbelah dua oleh jari Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam yang berdiri di atas bumi.

Graviti bumi tetap menjadikan Rasul Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam tegak berdiri.

Tiada kegoncangan berlaku bila tiada tiupan taufan mengubah segala isi dunia pada ketika itu.

Keseimbangan antara unsur-unsur alam antara api, angin, air dan tanah tidak saling bertentangan bila bumi tidak bergoncang tidak mengkucar kacirkan makhluk yang ada pada zaman itu.

‘Bertasbihlah kepada Pencipta apa yang ada di langit dan apa yang ada di dalam bumi.’

Dia memiliki kerajaan di atas alam yang diciptakanNya dan setiap ciptaanya diletak dengan susunan yang tepat. 

 

 

Masih minda ku tersenyum.

Apakah Negara-Negara di teluk masih memerlukan jenis alamat yang mempunyai persamaan dengan alamat kediaman masyarakat di barat atau mesin pengimbas berkos tinggi dengan selenggaraan satelit dan gelombang masih memuslihatkan kuasa beli para pemerintah di teluk ini?

 

Wajar ku tulis sahaja alamat rumah ku seperti ini:

6-74-Street 515

Beverly Hills Garden 11

Abu Hamour, Maamoura, Doha Qatar.

 

Saat bulan-bulan islam beridentiti oleh peristiwa yang benar-benar terjadi yang tidak menghindari Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam, masih daku tidak mengerti sifat bagi bangsa arab serta saudara semuslim ku  dalam berrealiti seolah-olah destinasi akhirat seakan-akan asing buat kami.

 

Kali ini Ramadhanku memperlihatkan hakikat bahawa kehidupan di alam kubur nanti kita bersendiri.

Ini kerana kami tinggal berempat sahaja untuk menjalani ibadah puasa setelah ke dua-dua anak lelaki kami berada di Malaysia.

Kemeriahan masih wujud didalam mengisi Ramadhan tetapi daku sangat terasa ketiadaan Ahmad Muttaqin dan Ahmad Mustaqim.

 

Alam kubur adalah alam barzah.

Dan seketika daku menghadkan masa untuk menulis di blog bagi menghindari syak curiga yang masih terus bergayutan di tangkai jiwa.

 

Pusara dan tanah perkuburan tidak menjadi kaedah pembelajaran yang baik bagi masyarakat di sini.

Tanah-tanah perkuburan di sini terletak di tempat yang sukar dikenali ia adalah tanah perkuburan.

Apakah diasingkan kehidupan yang pasti ini?

 

Di manakah rumah kita?

Daku maksudkan di manakah nanti pusara kita?

Wujudkah isu-isu keganasan dan kefanatikkan pada soalan-soalan daku yang semakin lelah melihat penyediaan kita sendiri terhadap masa hadapan (dunia apabila mencapai 2020 apabila mencapai 3030 apabila mencapai 5050 apabila bertahunkan 3000) tatkala yang pasti akhirat adalah destinasi yang pasti.

 

Pastikah kita mengetahui di mana pusara kita nanti?

 

Tidak, kita belum tahu.

 

Namun minda ku tersenyum apabila kita pasti tentang masa hadapan menjelangnya 2020, mencapainya 3030, mencapainya 5050 malah menjelangnya tahun 3000.

 

Ramadhan ini membuatkan qalbu daku merintih tanpa suara.

Pusaramu nanti di Marskah atau di Atthoridkah atau di Musytarikah atau di Zuhalkah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s