Berlebaran Dengan Cintakah?

12,13, 14, 15, 16, 17 Ramadhan 1436

Dengan dibantu oleh anak-anak saya mengemaskan taman kecil di halaman rumah dan bahagian di dalam rumah sementelahan kami akan pulang meraikan ketibaan eid fitri di Malaysia.

 

Ramadhan tidak menjadikan mereka yang berpuasa hanya tidur sahaja melainkan setelah mereka benar-benar keletihan seperti mana yang kami lalui pada saat suami menyatakan bahawa saya dan anak-anak kami Hanan dan Hilman berkemungkinan tidak dapat pulang lantaran permit residen masih tidak dikeluarkan setelah ianya dipohonkan lebih dari sebulan yang lalu tatkala hari untuk kami pulang semakin hampir.

Semalaman sejak pagi sehingga tengah malam kami menghabiskan masa di jabatan immigresen Qatar dan pada hari-hari selepas itulah saya benar-benar keletihan dan banyak menghabiskan masa dengan tidur.

Aktiviti dan rutin tetap sama cuma kesesuaian masa sahaja kami uruskan agar dapat disimpan tenaga untuk urusan rumah tangga seperti memasak pada waktu petang.

Cuaca yang panas dengan tiupan angin yang kencang telah menyebabkan tumbuhan dedaunan bunga di taman kami terjebak dengan jangkitan jenis kulat yang memutih di ranting dan daun.

Saya sungguh terkejut apabila sehari sebelumnya tanaman itu segar menghijau dan keesokkan paginya dedaunan hijau itu telah memutihkan tunas serta bahagian atas tanaman saya.

Bila disembur dengan racun, baharu diketahui bahawa tompok-tompok putih itu adalah kulat dan kulat itu adalah parasite yang bewarna putih dan boleh merayap…

 

Setelah enam kali diracun saya membuat keputusan untuk membuang sahaja tanaman dedaunan hijau bunga yang menjadi pagar taman sejak hampir empat tahun lalu.

Kemudahan kewujudan bakteria kulat tersebar melalui angin ini membawa jauh fikiran saya kepada usaha-usaha penghijauan muka bumi dan bangunan juga penanaman sumber makanan dari tumbuh-tumbuhan.

Di mana-mana pada setiap inci dan ruang di dunia ini  Allah semakin menzahirkan PemilikanNya.

Ramadhan bagi tahun ini 1436, Allah semakin menunjukkan Kebesaran dan KekuasaanNya sebagai pemilik alam yang diciptaNya kepada ummat manusia yang menjadi makhlukNya…

Ar-Rabb mengutuskan apa sahaja yang dikehendakiNya apabila tepat masa yang disukatNya tiba.

Manusia!

Sekecil kulat dijadikan cabaran untuk kita menghadapinya saat habitat manusia semakin melupuskan habitat haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Manusia!

Usah disangka perkara besar yang dinanti tiba

Bila kulat kecil membuktikannya hidup oleh semburan racun

Jadikanlah istighfar sebagai nyanyian hati

Tasbih tahmid selawat biarlah menjadi suara yang berlagu merdu di bibir kita

Manusia!

Ramadhan menganjurkan agar rumah kita menjadi tempat yang didiami tanpa rasa ingin meninggalkannya

Ramadhan menjadikan masjid sebagai pilihan yang utama selepas rumah untuk didiami ….

 

‘Berikanlah kami rahmat dari sisi Mu Ya Allah

Sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam setiap urusan kami.’

 

 

Puasa itu menjernihkan perasaan…

Disiplin rohani yang membuatkan tidak banyak berkata-kata, tidak berjalan-jalan ke premis perniagaan, kesibukan tidak menjadi muslimin dan muslimat yang berpuasa tidak berputus asa…

Televisyen masih dengan dasar langit terbuka… walaupun para malaikat menyusuri setiap malam laluan di angkasa hingga ke langit dunia …

Siapakah yang pernah melihat malaikat yang dicipta dari cahaya suci itu?

Siapa?

 

Mungkinkah para malaikat mencemuh susunan makmum yang berjamaah?

Sering fikiran ini berputar-putar setempat tanpa upaya diajukan pertanyaannya kepada sesiapa…

Cetus rasa seorang makmum yang hanya dapat rukuk dan sujud di atas angin ini bukan semata-mata tersinggung hati menjadi makmum kelas kedua, tetapi ia tertanya apakah makmum tidak memiliki pengetahuan untuk dipelajari supaya para makmum mempunyai adab?

 

Apabila hanya seorang makmum sahaja berdirinya ialah di sebelah kanan imam.

Apabila para jemaah terdiri dari lelaki, perempuan dan kanak-kanak lelaki, saf pertama adalah bagi makmum lelaki, saf kedua adalah makmum kanak-kanak lelaki dan saf ketiga adalah makmum bagi wanita.

 

Apakah adab ini juga mahu dipolemikkan?

Bagaimanakah boleh wujud fikiran bahawa adab ini mendiskriminasikan sesiapa tatkala syarat bagi imam yang mengimami solat ini adalah lelaki?

 

Siapakah yang terfikir dia dianiaya oleh adab makmum ini?

Secara peribadi saya berasa seakan-akan tamaddun dan peradaban yang dikatakan moden oleh kemajuan zaman itu menjadi racun minda lantaran kecerdikan itu upaya menjadikan manusia bingung seketika oleh kecerdikannya sendiri!

 

Ramadhan kali ini benar-benar membuatkan saya rasa bahagia.

Ya kerana Allah memakbulkan sebahagian dari doa-doa saya yang antaranya apabila ditakdirkan masa untuk saya mendapat menantu kian hampir…

 

Alhamdulillah Allah.

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s