Menjelang Syawal 1436

7, 8, 9, 10 Ramadhan 1436

Musim panas kali ini menjadikan terserlah fakta tentang air panas yang keluar dari paip telah membuatkan sering pembaziran air dilakukan tatkala menanti air bertukar menjadi sejuk…

Kolah tidak menjadi antara peralatan yang digunakan di sini.

Debu mungkin menjadikannya tidak sesuai apabila tiba musim-musim ‘sand storm’.

Ramadhan tibanya pada musim panas..

Kali ini angin yang bertiup kencang masih berlaku walaupun bulan  Julai telah memasuki peredarannya…

Ar-Rabb Mengetahui rahsia di langit dan di bumi walaupun ada di antara hamba-hambaNya merahsiakannya.

Apakah warna merah keemasan yang sesekali mewarnai langit di waktu awal pagi dan awal senja cuba menyatakan sesuatu kepada kita yang masih belum lagi berasa lelah untuk mempelbagaikan aktiviti dan fungsi kebolehan dan kecergasan akal untuk menerokai Kebijaksanaan Al-Wasiq yang melalui nama-namaNya Dia menjelaskan Sifat dan KebesaranNya apabila masih enggan mengakui apa juga penemuan di angkasa dan lautan adalah ciptaan Ar-Rabb yang ‘tidak berasa berat memelihara kedua-duanya langit dan bumi’.

Sesungguhnya luas ‘kursiNya’ meliputi langit dan bumi.

(21 Ramadhan 1436 – 8 Julai 2015)

Terlalu ramai pengaman dunia yang diuruskan oleh PenciptaNya sendiri adalah rahsia yang sering diabaikan walaupun manusia itu bertamaddun.

 

Mencipta dengan niat untuk memusnahkan penggugat keamanan seakan menjadi sifat peradaban manusia bertamaddun apabila tidak dikenali siapakah sebenarnya pengaman dan siapakah pula penggugat keamanan sehingga keselamatan menjadi bahan untuk berdagang dan berurus niaga.

Keselamatankah diniagakan di bursa saham sehingga amanah menjadi yang dipersaingkan?

 

Ramadhan semakin berbaki tatkala rahmat dan keampunanNya masih terbuka luas untuk setiap ummat walaupun dia seorang atheist untuk mendapatkan pengenalan hakikat penempatan di syurga sekiranya mereka berhenti dari memusuhi islam dan syariatnya.

 

Di bulan Ramadhan ini imam-imam yang mengetuai solat adalah mengikut kelayakan.

Siapakah yang berhak menjadi Imam solat?

 

Wanita-wanita muslim yang memahami ilmu dalam beribadah mereka mengetahui bahawa mereka tidak layak menjadi imam solat bagi lelaki-lelaki muslim.

Ianya terbatal kecuali apabila dia mengimamkan solat yang hanya didirikan oleh wanita-wanita muslim sahaja.

Peradaban dan tamaddun moden kini telah melahirkan sifat ‘pemusnah’ tanpa senjata apabila kedapatan pelbagai cara masyarakat moden mengamalkan islam yang boleh dipertikaikan misalnya wanita muslim menjadi imam untuk solat berjamaah bagi lelaki-lelaki muslim.

 

Dan misalan yang lain pemusnahan tanpa senjata ialah penetapan nilai wang yang masih memutlakkan kegagalan sistem riba dalam pengurusan keewangan negara-negara yang dimufliskan oleh kadar hutang pinjaman.

‘How the low currency can be experted to challenge interest currency that will always taking profit with interest?’

Minda ini masih sukar disederhanakan berfikirnya…bila berinteraksi dengan gelombang dan frekuensi.

Siapakah yang layak menjadi Imam apabila wanita sesama wanita mahu mendirikan solat tatkala lelaki muslim yang layak untuk menjadi imam kepada jamaah lelaki dan wanita muslim juga perlu ditelitikan beberapa keutamaan untuk diberikan perhatian:

 

Seorang lelaki yang beragama islam.

Penghafal yakni hafiz dan hafizzah ( bagi wanita yang mengimami jamaah wanita sahaja ) adalah diutamakan untuk menjadi imam atau paling tinggi hafalan surahnya.

Atau seseorang yang mengetahui hukum-hukum agama.

Atau fasih lidahnya ke atas sebutan bagi makhraj dalam membaca fatehah dan surah-surah dengan suara yang nyaring dan lunak bacaannya berbanding orang lain.

 

Dari Abu Zaid Amrin bin Athab radhiyallahu anhu Nabi sallallah hu alaihiwassalam bersabda :

‘Jika mereka bertiga maka hendaklah salah seorang dari mereka menjadi imam (mengimami solat) iaitu orang yang lebih fasih lidahnya dalam membaca ayat-ayat al-quran, bila tahap kefasihan sama pilihlah yang lebih tua usianya dan sekiranya mereka mempunyai usia yang sama pilihlah yang lebih baik akhlaknya.’

 

Bagi pendiri solat itu ada syarat-syarat yang menjadikan solat itu wajib baginya :

Beragama islam.

Bersih (suci) dari haidh nifas (juga najis).

Berakal.

Baligh.

Waras tidak gila atau tidak tidur.

 

 

Bagi pendiri solat syarat-syarat sah solat wajib diketahui baginya :

Tidak berhadas  (hadas kecil dan hadas besar).

Bersih pakaian dan tempat solat dari najis.

Menutup aurat (seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan).

Sudah masuk waktu solat.

Mengadap kiblat wajah dan dadanya.

 

Lalu siapakah yang berhak menjadi imam untuk solat berjamaah sering bermain di fikiran saya tatkala kedapatan kanak-kanak yang telah menghafal keseluruhan al-quran atau beberapa juzuk dari al-quran menjadi imam kepada solat jamaah tatkala berakal dan baligh antara syarat-syarat sah bagi pendiri solat dan syarat sah solat.

 

Ramadhan kali ini membuatkan sejenak saya meletakkan kanak-kanak yang masih belum berakal dan baligh di sisi kiri hati ini pada masa yang sama wujud mereka yang telah berakal telah berusia tetapi masih gagal memenuhi syarat yang disebutkan tadi lantaran asas-asas fardhu ‘ain masih diabaikan.

 

Justeru itu saya lebih gemar berbuka di rumah sahaja pada setiap bulan Ramadhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s