About

Individu yang bersendiri tidak menyendiri. Itu maksud kendiri. Ibarat berjalan tentunya di atas kaki sendiri. Kecuali jika kita cacat.

Bolehkah kesempurnaan tanpa cacat menjadikan kita berkakikan orang lain, berwajahkan orang lain dan berkehendakkan dengan keperluan yang lain dari keperluan dan kehendak manusia?

 

Berdikari bukan bermakna sombong tatkala kelemahan dan kekurangan sifat lazim yang sudah sebati. Adakah upaya kita menolak graviti yang menjadikan bentala yakni tanah itu rumah untuk kita bersendiri semula?

 

Akar yang dianggap ‘mati’ juga menunduk ke bumi ingin dirangkul oleh graviti tatkala Iblis menyonsang kata dan laku untuk tidak menunduk ke bumi oleh Kebijaksanaan  Al Hakim Rabbul Alamin mencipta  Nabi Adam (as)  dari tanah yang bukan dibentuk dari sperma untuk dikandung di dalam ovari selama 40 hari untuk darah membentuk mudghah.

 

Ambang Mellinium atau ambang akhir zaman yang masih mahu menjadikan Iblis sebagai ikon ikutan?

 

Lantas kerana itu akidah yang menjadi akar untuk dibina asas pembinaan insan.

 

Bentala atau Kendiri adalah tanah untuk kita berkemandirian mengenal Pencipta  yang menjadikan akidah bukan persaingan yang menjadi gelanggang tetapi kehidupan yang ditandai oleh keimanan kerana beragama tatkala akar itu kukuh pohon kayu-kayan tegap tetap berdiri meski dedaunan sering bersilih ganti.

 

3 thoughts on “About

  1. Di mana diletakkan IP bagi pemblogger ini? Tidak dapat diketahui siapa thanaif yang mencatat di blog ini.apabila wordpress tidak memperuntukkan ruang untuk dipaparkan profil pemilik blog ini berserta lokasinya sepertimana di Blogger blogspot.com

  2. Bolehkah dijelaskan bagaimana tarikh-tarikh bagi catatan diubah dan dipinda kerana thanaif sendiri tidak pernah mengirimkan lebih dari dua catatan dalam satu masa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s