Minda Beraura Atau Beraurat?

Mereka mulai mempersoalkan diri mu, thanaif.

Setelah hampir tujuh tahun?

Monolog ini kelihatannya tidak berkesudahan thanaif.

Setelah mereka meminta penyederhanaan sikap dan tingkah laku atau kerana saya didakwa kurang ilmu?

Mereka tidak mampu menunda perjalanan masa, thanaif.

Saya memfokuskan makna keberadaan dan kewujudan identiti muslim yang selama ini tidak berjaya diungguli oleh dunia arab dan kerajaan-kerajaan di dunia muslim!

Bangsa mu juga keliru, teja.

Apabila tulisan-tulisan pencatat muslim yang beriman ditangani oleh penulis yang berlainan pendiriannya bagaimanakah impaknya ke atas pembaca?

Apakah hanya jaminan dari Amerika dan sekutunya sahaja lebih berwibawa berbanding jika seseorang itu dijamin oleh negaranya sendiri?

Apakah mahu difahami agama yahudi memadai dengan merujuk Wikipedia dan adaptasi dari filem terbitan Holly wood dan dicanai pula oleh Bolly Wood untuk disenggamakan dengan Arab Wood?

Apakah sebenarnya yang tergetar di hati mu thanaif?

Apakah benar mereka yang tidak sopan cara berpakaiannya kesemuanya tidak beradab? Begitukah maksud pertanyaanmu, thanaif?

Jika dada dan semua yang menghairahkan diserlah terbuka sehingga tidak ada rahsia, bolehkah dikatakan sebagai berbudaya, teja?

Mudah bahasa ku teja, jika dikau berpakaian seperti orang arab adakah dikau  boleh menjadi orang arab tatkala mereka mahu menjadi seperti mana orang di Amerika dan Eropa?

Dikau memperumpamakan bangsa saya seperti mana sistem ‘multi-lateral trading’?

Benar setelah dikau keterlaluan ‘memulti lateral tradingkan’ pakaian. 

Imej

 Pakaian wanita melayu muslim pada tahun 2003.

Selingan ( Buat Petugas-Petugas Lelaki Meronyan di QBS )

Saya menemukan seseorang tengah hari tadi ( pagi jam 22 hb April 2012 )

Sebuah kenderaan Lexus dua pintu berwarna merah saga yang agak ‘sporty’ menarik minat untuk dilihat siapakah yang memandunya sementelahan kenderaan itu agak baru dan tidak pernah kelihatan di kawasan kediaman saya di Al Maamoura.

Kenderaan mewah buatan Jepun yang kelihatan bergaya menanda status kedudukan orang tempatan.

Menjadi kebiasaan saya dan anak perempuan untuk melirik ke arah kenderaan-kenderaan mewah yang dipandu di atas jalan raya di Doha, Matar Qadeem, Al Maamoura dan Al Sadd yang merupakan jalan-jalan utama yang sering dilalui setiap hari.

Dalam diam kami selalu berteka siapakah yang menjadi pemandunya.

Lelaki atau wanita Qatari.

Tampan atau cantik dan tua atau muda.

Mengapa?

Jika pemandunya lelaki tua kami faham mereka sedang menikmati hasil usaha yang diraih setimpal dengan kudrat yang dicurahkan.

Jika pemandunya masih muda kami yakin ia hasil dari kekayaan yang diperolehi dari keluarga tanpa usaha gigih untuk mendapatkannya.

Jika pemandunya seorang wanita yang telah berusia mungkin ia hadiah pemberian suami atau kekayaan yang dimilikinya sendiri.

Jika pemandunya seorang wanita yang masih muda kami sering tertanya-tanya tentang nasib dan tuahnya menjadi anak kepada keluarga kaya atau berkahwin dengan lelaki kaya.

 

Kebetulan kebelakangan ini kami sering menemukan wanita-wanita separuh usia yang mulai memandu Hummer dan GT serta jenis sport mewah yang lain.

 

Kami melihat nikmat ‘penghormatan’ yang diperolehi oleh wanita di Qatar yang tidak disalahgunakan … sementelahan jalan raya di sini tidak begitu sesuai untuk pemanduan laju kenderaan-kenderaan mewah ‘sporty’ yang kerap dipandu oleh wanita tempatan.

 

Kami sering berharap agar kenderaan-kenderaan mewah ini dan dari jenis ekslusif seperti Ferari Porshe Lambhorgini selain Merces, BMW dan setarafnya tidak dipandu oleh para pemandu yang seringkalinya membuatkan kami tersenyum … apabila mereka sering menunjukkan tingkah pemanduan yang dianggap ‘lebih sudu dari kuah’.

 

Tengah hari tadi sewaktu menanti anak membeli keperluan saya melirik ke kenderaan mewah berwarna merah saga yang diberhentikan di tepi mesin automatik untuk mengeluarkan wang.

Lama juga saya menanti untuk melihat siapa yang turun dari kenderaan itu.

Denyut nadi saya berdenyut pantas … ahhhh lelaki atau perempuan yang memandu kenderaan ini ….

Kebahagiaan memenuhi rasa di jiwa saya apabila melihat pemandu yang keluar dari kenderaan mewah itu adalah seorang wanita.

Kegembiraan itu lebih meriah apabila melihat susuk tubuh yang dibaluti oleh jubah dan tudung hitam …

Sepasang kaki yang beralas oleh sepasang kasut bertumit tinggi menambah riang di hati saya.

 

Wanita ini agak berusia tetapi lazimnya sifat fitrah wanita arab ialah jelita.

Keaslian yang menambah nilai tanpa sepenuhnya diragui bahawa bina diri dan kegenetikkan wanita di sini menyangi paras rupa wanita dari barat, timur dan eropah.

Cara bertudung di kalangan wanita arab sememangnya boleh dipertikaikan… ia mengikut keperluan dan keadaan agaknya.

 

Ia bukan isu saya ketika ini kerana di mata saya masih jelas rupa wanita itu yang dikira mempunyai potongan rambut yang pendek dan ala seseorang yang pernah dilihat paparan gambarnya di majallah dan akhbar juga internet … rambut persis Anna Wintour – muhahhahhaha dengan kaca mata ala-ala Yoko Ono – masa bilalah saya melihat Yoko Ono bercermin mata …

 

Lintasan jahat di minda saya secara tiba-tiba terbit keraguan adakah benar pemandu itu seorang wanita atau sebaliknya … tatkala bukan rahsia lagi bahawa nisbah pembahagian gender di Qatar adalah lebih lelaki dari wanita dan tidak juga menjadi sesuatu yang asing untuk dinyatakan bahawa sememangnya wujud fenomena di antara sesama lelaki untuk saling terpaut jiwa – muhahhahahahaha – apalah arab nie

 

Kebelakangan semakin ketara kewujudan lelaki-lelaki lembut persis wanita memenuhi lokasi-lokasi tertentu di mana ianya jelas mengganggu minda ini.

(Catatan Ego saya telah disalah gunakan? Sewajar ‘mereka’ tahu mengapa saya tidak suka catatan saya dibaca oleh sesiapa)

 

Dalam keashikkan saya ralit memerhatikannya yang berada di balik kaca legap yang hanya lut sinar di bahagian kepala, saya terlihat sepasang matanya turut memerhati ke arah luar yang memandang ke arah kenderaan saya … apakah wanita-wanita yang memandu kenderaan mewah dan sering mengakui dirinya jelita akan sering melakukan sesuatu bagi menarik perhatian awam?

 

Mata saya mengekori susuk tubuh wanita itu tatkala dia keluar dari ruang kaca yang menempatkan mesin pengeluaran wang … wanita itu seperti mengetahui perlakuan dan gerak gerinya diperhatikan … seolah-olah dia sengaja menunjukkan sombongnya dengan mengepit di jarinya tiga helai kertas berwarna coklat kemerah-merahan …

 

Wah – wanita ini seperti sedang berusaha untuk menunjukkan sesuatu kepada saya … kuasa NLP mulai menguasai sepenuhnya minda saya. Kaedah neurologi yang sudah lama tidak digunakan setelah saya didera oleh kepelbagaian kehendak ‘asing’ dan ‘anih’ mulai berfungsi pada kadar kawalan yang dibebaskan secara semulajadi.

Wanita itu cuba menzahirkan kedudukan status kuasa kekayaan untuk menyatakan sesuatu.

 

JANGAN TUNJUK LAGAK . Terpancul ungkapan ini tiba-tiba.

 

Hanya dua kali saya melihat not kertas bernilai 500 sejak berada di Qatar dan hanya beberapa kali sahaja melihatnya sewaktu di negara sendiri seumur hidup saya.

Secara umumnya not-not wang kertas bernilai kurang 100 adalah jenis lazim yang berdaya dipegang … sememangnya beza antara orang kaya dengan orang miskin atau perbezaan di antara majikan dengan pekerja sesuatu yang tidak sukar dilihat.

 

Wanita memandu hanya di jalan sunyi dan sepi sahaja?

Hanya berani di atas jalan raya yang agak luas bahagian lorong-lorongnya sahaja?

Ke manakah destinasi pemandu wanita tempatan dengan enjin berkapasiti lapan atau lebih kuasa kuda tatkala jalan-jalan raya yang berturap dengan tar kian mudah ditemukan rekahannya akibat laluan kenderaan berat yang tidak dikhususkan untuknya. 

Kenderaan berat di sini dipandu dengan laju dan sering menimbulkan kecemasan tatkala berseliseh di jalan raya.