DiBenarkan Fakta Atau Interpretasi?

6/11/2008

1206

BERITA

DIPAPARKAN SARI BERITA PENTING.

IMPLIKASI DARI KETERLALUAN SLOT MEDIA TERHADAP PEMILIHAN KEPIMPINAN YANG TIDAK WAJAR BERLAKU.

Yang terbakar hangus ialah muslimin.

Apabila semakin jelas semakin nyaring suara-suara yang mulanya sayu mendayunya kini mulai membakar jiwa.

Merdeka dengan bingitan burung besi di angkasa tetapi bukan miliki kita (muslimin).

TAJUK KEDUA

Bagaimanakah disantuni sikap keterlaluan mengambil catatan peribadi untuk dijadikan milik sendiri?

Sebelum sempat idea baru upaya dikurung sangkar,ia terlebih dahulu berjaya disisip untuk kepentingan diri.

TAJUK KETIGA

Lantaran keperluan untuk diketahui telah diwar-warkan bahawa pemantauan dan pengawalan media eletronik kini menerusi internet telah menjadi medan kekayaan apabila ia berjaya memberikan pendapatan.

Akibat tidak berhati-hati sintom hypertensyen akan menjadi saluran yang  disediakan untuk mengecilkan arteri urat pembuluh darah agar degupan jantung menjadi kian sesak.

Ia juga dinyatakan sebagai akan menjadi dorongan memuncaknya libido yang tidak dapat dikawal sehingga membina tabiat ketagih yang memerlukan terapi.

SARANAN YANG ARIFF BUDIMAN

Ummah berhadapan dengan kadar buta indera rasa apabila Kasih Sayang Tuhan tidak diendahkan.

“Sesungguhnya pemimpin mu (yang sejati) hanyalah Allah dan RasulNya.

Dan orang-orang yang beriman.

Orang-orang yang mendirikan solat.

Orang yang membayar zakat.

Orang yang tunduk dan patuh kepada Allah.”

TAJUK KEEMPAT

Kini telah diketahui bahawa dari realiti kemiskinan kemunduran dan kelaparan telah menghasilkan ketidak adilan agihan di dalam ekonomi lalu ia dijadikan tema bagi memperbaharui dunia.

Didakwa ia sebagai hipokrasi lantaran masih ia dipaksi tetapi dicerakinkan bersegi-segi.

Tetapi ada pertikaian siapa yang menjajah ekonomi?

Tidak pula ada yang menjawab Mukminin?

Lantaran agak lazim diulang  sehingga menjadi taboo hakikat ekonomi yang dikuatkuasakan oleh politik terbiar lesu dari kesedaran untuk mahir berfikir kerana kritis itu sesuatu yang dilarang.

BERITA YANG BARU DITERIMA

Semakin terzahir kemelut-kemelut dunia diarcakan oleh arab dan yahudi yang memberi peranan kepada muslim dan nasrani berpecak silat bertari seni untuk dipeduli agar berkongsi.

Berkongsi idea tetapi bukan kekayaan dari rezeki yang melimpah dari Ilahi. Didakwa semula ini juga hipokrasi.

RINGKASAN BERITA

Rupanya beramai-ramai manusia telah menjadi kroni globlalisasi

Menjadi pemuja yang berencana, telah dipelajari

Sadis menempa demokrasi secara berhipokrasi

Kanak-kanak perempuan dan yang lelaki

Dijadikan perisai rahsia disembunyi

Manakala yang remaja dan pemuda pemudi

Umpama ibarat tangan kanan usah percaya si tangan kiri

Kelak terluka tangan kanan dek si tangan kiri.

Silu mulai terasa.

Lantaran belum ada warga dengan beranika kewarganegaraan upaya dimiliki.

Kini di rumah-rumah,penonton-penonton wajar dididik tidak menjadikan slot  televisyen yang keterlaluan bersikap tidak professional, memaksa warga mereka bermimpi menjauhi realiti perlu mendapat tumpuan untuk dibina  pemfokusan diri kerana pengidolan bukan sepenuhnya etika yang wajar dicontohi.

Sesungguhnya kecil dunia terjadi apabila ketidaksedaran bahawa kesemua warga mesti berfungsi.

Timur tetap Timur kerana Barat tetap Barat.

Sayang bila Timur mahu menjadi Barat tetapi Barat tetap enggan menjadi Timur.

Lepaskan diri kita untuk bebas dan berani berdikari.

Jejak Bunian

Apabila penceroboh mula bersuara

Muziknya sudah tidak merdu di telinga

Menghampakan saat mahu berkasih rasa

Diujarkan  bahawa rahsia peribadi dijaja ke dunia

Gerangan apakah ini wahai anakanda?

Tidak pernah kita beradu mata

Tidak pernah kita bertewas kata

Tidak pernah kita sudi berbicara

Alih-alih anakanda mengusul fakta

Tidak berasa aib rahsia diperdagangkan di persada nusa

Gerangan apakah ini wahai anakanda?

Apa yang menjadi sumbang hingga cemar budi bahasa

Apa yang menjadi bala hingga susila tidak berbudaya

Apa yang menjadi racun hingga tertuba rasa cinta

Apa yang menjadi resah hingga gelisah mengancam rasa

Apa yang menjadi radang hingga aktif berjariah diujar faktor penyumbang kemiskinan didakwa

Gerangan apakah ini wahai anakanda?

Berbagai muzik menjadi halwa telinga

Berbagai aksi idola menjadi tabah hati untuk tidak membenci

Berbagai hawa berahi menjadi sabar itulah iman berfungsi

Namun apakah lantaran menolak seorang bapa yang telah berusia

Anakanda mengusul kata bahawa tidak dihargai bakti dan jasa?

Keliru jadinya

Apabila harus ada rasa memaksa

Siapa yang membawa keaiban ke seluruh dunia wahai anakanda

Andai bukan keluarga sendiri yang melakukannya

Berteman rakan bersifat antarabangsa

Berteman fikir rakan sealiran putaran modal untuk wang dilaba

Rumah anakanda tidak akan dicari lagi alamat penanda

Jiwa orang muda tidak harus marah memeta minda

Kerana yang akan rugi adalah diri anakanda.

Hayat kita sudah semakin pendek

Anakanda masih mahu berlena leka

Gerangan apakah ini wahai anakanda?

Seakan peribadi menjadi cop mohor untuk beragenda

Tentang apa wahai anakanda

Tentang kecurangan?

Tentang perceraian?

Tentang pukulan?

Tentang mata yang pernah lebam?

Apakah sebenarnya wahai anakanda?

Tentang hutang?

Tentang imbuhan kekayaan?

Tentang karya yang diterjemahkan?

Apakah maknanya semua ini anakanda?

Andai bukan dinamakan sebagai kerendahan nilai insan bernama manusia?

Kita tidak akan menjadi mulia hanya kerana menolak seorang tua ?

Tua yang bagaimana wahai anakanda?

Tua menyembunyi miang kerana berahi?

Oleh cakera digital fotokopi dara sunti?

Tua menzahir haram kerana gah halal berjenama?

Tua kerana apa wahai anakanda?

Tua untuk kuasa?

Tua untuk idea dikongsi bersama?

Tua untuk menampan kemampuan membentuk pandangan?

Tua untuk dirasakan biarlah pengurusan tanpa keilmuan?

Belas, kerana penjagaan bapa anakanda menjadi tidak saksama.

Sujud itu perbuatan tonggang-tonggekkah anakanda?

Tidakkah ada lagi perumpamaan yang lebih sopan?

Untuk dirasakan anakanda berpendidikan?

Tidak begitu menzahir radang pantulan

Tidak begitu menunjukkan geram dendaman

Tidak begitu membuktikan kemajuan

Tidak begitu melunaskan keluhuran kesusilaan

Tidak begitu menyatakan kita ini bebas di zaman kemodenan

Hingga menjadikan anakanda khilaf berhitungan.

Betulkan semula kata-kata anakanda

Tidak indah gadis sunti melagakan jiwa hanya kerana berperasangka

Tidak pantas sujud itu dimaknakan sifat membuang masa

Anakanda tidak pernah tahu betapa tajamnya sebuah doa

Saat ia dipohon sewaktu kita bertonggang-tonggek sebagai hamba

Anakanda tidak pernah tahu betapa dekatnya hamba dengan Pencipta

Saat dipohon doa sewaktu kita bertonggang-tonggek merendah jiwa.

Anakanda jelas tidak biasa dengan perbuatan bertonggang-tonggek seorang hamba

Bukan tonggang tonggek atau beriba yang mengasah senjata anakanda

Bukan yang pernah kita tonton sedikit adegan pada Gubra

Diajarkan zina itu kelaziman

Bukan anakanda!

Tonggang-tonggek seorang muslim rukuk sujudnya

Dipandang dengan cahaya cinta

Diraih dengan kasih para malaikat

Disambar dengan cemburu oleh bidadari bidadara

Andai tanpa pernikahan anakanda terpadam hayat

Tonggang-tonggek seorang muslim

Melahirkan harapan

Melahirkan kekuatan

Melahirkan keimanan

Bukan kemiskinan

Bukan kemunduran

Bagaimana mampu anakanda memahami tanpa makanan mukminin masih di dalam kekenyangan?

Bagaimana upaya anakanda menyedari tanpa makanan mukminin masih di dalam kesyukuran?

Bagaimana boleh anakanda menghayati tanpa makanan mukminin masih di dalam kekuatan?

Andai ungkapan tonggang –tonggek itu diabaikan menjadi pelaras pembangunan.

Lalu aib mana yang anakanda mula menggemakan bicara?

Ini adalah catatan peribadi

Catatan tanpa ada penipuan

Catatan tanpa ada pemalsuan

Catatan tanpa ada perjanjian

Catatan tanpa ada persefahaman

Ini adalah catatan peribadi wahai anakanda.

Bukan catatan ditawar runding

Bukan catatan diundang ganding

Bukan catatan dimuafakat bimbing

Bukan catatan dipadam ambil seperti aksi seorang ‘maling’

Lalu

Apakah sebenarnya wahai anakanda?

Mahu menyemai benci amat mudah tidak sukar

Mahu membibit sangsi amat senang tidak sukar

Mahu kita menjadi seperti yang mana

Wahai anakanda?

Apabila semua dilabelkan kebendaan

Anakanda akan sering kehampaan

Hidup kita bertujuan

Bukan sekadar kroni suap-suapan

Bukan sekadar halal untuk makanan dan halal kepada perbuatan yang haram

Bukan anakanda

Kerana warisan secara tradisi seorang bapa

Kita menjadi tidak karuan

Dari mana ianya bermula

Dari penggalakan untuk dilahirkan usahawan

Rasuah sudah menjadi bukan kesalahan

Dari percaturan mahu digagas satu wawasan

Integriti sudah menjadi sekadar ungkapan

Dari pembogelan seorang anak saat menjadi banduan

Kepentingan mulai diuli diganding-gandingkan

Di mana undang-undang

Di mana perlembagaan

Di mana adil penghakiman

Di mana saudara dan rakan

Di mana jika bukan

Insan yang kita sebut pembangkang?

Nah kini kroni mahu diubah ungkap untuk pengertian modul

Bukan harta untuk dikongsi secara pukal dan cabul

Mengaibkan minda peradaban teknologi

Untuk dipertonton minda cemerlang yang tinggi

Oleh wawasan.

Memualkan

Bila hakikat ummat dijendelakan dengan kemusnahan

Sekadar kekayaan untuk siapa dipertaruhkan

Sekadar keselesaan gaya oleh citarasa kepenggunaan

Hutanghutang semakin dibebankan

Sudah melepasi kiraan 50 tahun

Bukan lagu-lagu yang mahu dipuitiskan

Bukan

Bukan gitar piano gabus drum mahu diungkitkan

Bukan

Namun hutang anakanda

Hutang seketurunan

Hutang sekurun zaman

Hutang oleh pindah milikan secara mudah tanpa sekatan

Hutang oleh berani simiskin menanggung risiko di bursa saham

Hutang oleh kad kredit sedang wang tidak dukup di tangan dan simpanan

Hutang anakanda

Hutang.

Mempercayai wartawan

Mempercayai sumbangan ilham penulisan

Mempercayai pencacai mencanai penipuan

Kita yang sebenar didungukan

Oleh petikan gambaran

Perasaan berkaryawan

Untuk kekayaan

Untuk keberanian

Untuk semangat kesejagatan

Untuk kemanusiaan

Dengan menjaja keamanan

Sedang tangan

Darah berlumuran.

Apakah dasar kualiti

Piagam Pelanggan yang menjadi pelarian?

Memastikan kes yang didaftarkan

Tanpa pernah dibicarakan?

Memandang dunia

Ia luas saujana memandang

Punca-punca kuasa

Telah diundang

Untuk menasabkan malang

Yang miskin terus mundur

Yang kaya terus termasyhur

Kita tidak berhasad

Kita tidak berdengki

Sebagaimana Bung Karno

Yang didakwa menyesali tidak dilahirkan sebagai bangsawan

Bukan

Ia kebertanggungjawaban

Amanah

Yang tidak dikhianah.

Angan-Angan Mu Bukan Mimpi Ku

Masih kesal setiap tindakan urusan perlu berkiblatkan kepimpinan yang ditentukan piawaian haluannya.

Apakah kita dilahirkan untuk sekadar berada di pinggiran sahaja?

Apakah kita dilahirkan untuk sekadar bertumpangkan redupan naungan orang lain sahaja?

Di manakah silapnya apabila ummah kehilangan mercu tanda penanda yang telah diberikan oleh Pencipta dunia ini yang diistimewakan pemilihan dan permaktuban bahasa Al-Quran sebagai bahasa rasmi syurga?

Isu syurga isu masa hadapan yang bermodalkan tarbiah pendidikan rohani jasmani.

Apakah akidah tidak membangunkan peradaban?

“Berpeganglah dengan kukuh kepada agama yang telah diwahyukan kepada mu. Sesungguhnya kamu berada di jalan yang lurus. Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar satu kemuliaan besar buat mu dan bagi kaum mu yang di akhirat nanti akan diminta kamu mempertanggungjawabkannya.”

Isunya apabila masa hadapan setiap jiwa dan negara masih mahukan diadaptasikan kepada perencanaan-perencanaan di luar lengkungan Islam, bagaimana mahu dan upaya diserlahkan kemandirian dan kebolehan diri dan raga juga watan yang berada di dalam lengkungan Islam itu sendiri?

Sudah banyak negara yang merdeka dan membangun dengan jayanya di peringkat sejagat namun masih memerlukan pengeluaran dan penempatan pelajar ke luar negara yang membuktikan masih tertinggal banyak lagi ruang-ruang kosong yang tidak dipenuhi oleh negara itu sendiri untuk memangkinkan fungsi diri warga. Moral yang jujur lebih memerlukan bagaimanakah diusahakan agar warga yang tidak berkarier dan tidak berjaya melanjutkan pengajian lanjutannya dibantu diberdayakan usaha untuk digalakkan turut sama bersaing secara sihat dan bertenaga di dalam masyarakat.

Potensi dan kemahiran teknikal amat berbeza dengan penumpuan sepanjang tahun di dalam kelas semata-mata kerana tidak semua berpeluang untuk memasuki pasaran pekerjaan sesuai dengan bidang pengajian yang didalaminya.

Isu susila yang mempengaruhi menerusi politik telah menjadikan kepekaan dan kesedaran berkurangan di kalangan warga sehingga terabai kumpulan yang perlu disasarkan untuk didorong berkeyakinan kerana sektor perburuhan juga memerlukan pendekatan pemikiran secara professional untuk dirasionalkan fungsi dan peranan mereka sebagai pembina negara.

Profesional bukan lagi perlu menjadikan warga diasingkan mengikut kelas dan status diri kerana perwatakan yang terampil oleh sifat jujur amanah turut dimiliki oleh mereka.

Sehingga Tiada Fitnah Lagi

Beberapa malam yang lalu saat sedang  bermundarmandir di lokasi pelancong di sini… terdengar sinis tertawaan lelaki muda tempatan terhadap apa yang dipandangnya…

Mengapa ya..

Seni merendahkan diri yang tanpa pesona? …

Ya sekular dan mata nilai yang mengukur …

Ada perubahan? Belum, belum ada perubahan lagi.

Tanpa maksud membenihkan  amarah, izin dipohon menyantun kata dengan manis bicara, sedang  dicambahkah hiburan bertema pempopularitian idola di bumi anbiak ini atau diujar bumi jejak-jejak solihin tabiin?

Atau amarahkah dirasa tatkala ditanya bagaimanakah upaya dihayati pengintegrasian peradaban berbudaya untuk moral menjiwai akal dan dibangunkan nurani untuk berakhlak?

Andai amarah mu tiada bernyala ingin diujar tanya lagi bagaimanakah mahu menjiwai keremajaan pada pepatah yang berkata usia kehidupan baru bermulanya pada sekitar usia empat puluhan?

Lalu bagaimana ingin diwujudkan persamaan di antara usia dengan teladan?

Bagaimana pula teladan dicirikan apabila kudwah hasanah menempatkan hukum-hukum bukan pada aspek praktikal, “love their neighbour by making love but love their neighbour like love theirself.”

Marahkah lagi?

Makelar

Semasa di menengah empat telah berpeluang mengikuti cikgu bersidang di salah sebuah sekolah di Melaka di dalam kolokium rasmi dan tidak rasmi gabungan melayu.

Cikgu-cikgu bersidang kami menjadi pemerhati, pengamat dan peneliti.

Hakikat berrealiti adalah politik telah mula diperkenalkan semenjak dari peringkat sekolah lagi di kalangan pelajar-pelajar.

“Andai begitu mengapakah diperkenalkan penggunaan ISA dan AUKU?”

“Anda meragui kesan pencemaran imunisasi individu yang mengingini hak Tuhan yakni terpelihara dari kesalahan?”

“Wabak ini telah lama menjangkiti minda dan vaksinnya belum lagi ditemui.”

Semenjak usia di sekolah rendah menerusi sambutan Hari Kanak-Kanak Se dunia  telah didengungkan di jiwa adalah sesuatu yang lazim pada usia-usia muda, telah bermula dikerah secara bersantun untuk terarah kebiasaan minda di bawah sedar ditaakul agar mudah dirasuah andai gagal disihir untuk menjadi kroni.

Berulang lagi penaakulan berlansung saat menjelang gerbang usia remaja cikgu sekali lagi mengundang untuk ke salah sebuah menara kebangsaan di sebuah bandar yang baru dibangunkan untuk menjadi penyokong gabungan berpersatuan.

Di situ juga buat pertama kalinya berlaga mata dengan ‘Cik Roz’ yang pada waktu itu mulai menjadi pembinda minda warga di medan cetak yang lafaz konsonan vokalnya berbutir ayat-ayat seruan, ayat-ayat penyataan, ayat-ayat perintah yang tidak mahukan laungan sanggahan walau pun fakta dan hikayat saling umpama minyak dan air yang tidak mungkin bercampur.

Di situ juga berlaga mata dengan mata (mujur tidak bersentuh tangan) dengan Bapa Dilemma Seluruh Alam  yang diundang khas merasmikan persidangan gabungan.

Tiba-tiba kembali mengenangkan perihal seorang anak dari Tronoh yang pernah menggambarkan kekhuatiran terhadap program beragama sempena percutian semester kuliahnya. Mencuba menjelaskan padanya aktiviti seumpama itu hanya sekadar memperingati kewajipan dan tanggungjawab untuk berbakti kepada agama selaku tradisi pelajar sebagai pelapis pembinaan kekuatan ummah di masa hadapan.

Kegusaran, keresahan dan kerisauan yang termetripahat kuat di minda pelajar Tronoh ini membolakbalikkan minda diri ini bagaimana tidak bersedianya mereka ke arah pengkaderan mendenyutkan kemahuan bertanggungjawab kepada agama berbanding pengkaderan untuk berasa istimewa dengan taraf melayunya.

Sayugianya pelajar bukan terjemahan kelompok subsidi yang memerlukan dokongan dan sokongan melainkan dibina kemahiran bagaimana memaksimumkan kemampuan diri mereka untuk mmelihara dan membina rasa kasih beragama dan bertanah air.

Berdikari mereka adalah di dalam batas-batas yang diberikan oleh Perlembagaan.

Melayu wajar ingat bahawa bukan hanya bangsa mereka sahaja yang beragama Islam.

Wajar diperjuangkan adalah bagaimana mahu meningkatkan tahap muslim menjadi mukmin yangmembawa kepada wujudnya ummatan khair yang bersifat sederhana bukan semata-mata moden lantaran ummat pertengahan ini upaya melihat dunia dengan kenyataan dan realiti.

Ia menjadikan tidak wajar apa yang digenggam pada hari ini sedia dilepaskan ia berlalu tanpa usaha-usaha membetulkan apa yang menjadi kesalahan.

Moden perlu diberikan anjakan baru bahawa ummat pertengahan adalah bersifat sederhana untuk menyanggah gelar ekstrimis dan fanatik sebelum dituhaj gelaran pengganas.

Kita tercabar dengan kegagalan menampilkan watak insan kamil sebagai modal pelaburan.

Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau?

Bangun dan berdirilah dengan bangganya wahai Ustazah

Bukan gelar itu dimiliki oleh sebarangan insan

Hanya Islam yang dipilih yang oleh Rabbul Alameen sahaja memberi anugerah

Apakah terlalu unik gelar professional

Maka gelar Ustazah gelar senda pengakhiran pilihan?

Aib jiwa yang gagah itu aduhai Ustazah.

Benarkah Ustaz itu bermakna Encik?

Lalu

Ustazah juga bererti Cik?

Pasti Ustaz Ustazah pada istilah dunia juga bermakna intelek.

Bangun dan berdirilah dengan rasa bangga Ustaz Ustazah

Istilah bila ber’slang’kan minda

Kita wajar tertawa.

Bila kalimah Ustazah itu lebih luas ungkap bicara

Guru Pendidik yang juga Murabbi akhirat dan dunia

Masih menjadi siulan momok-momok kemajuan berseloka

Benar

Bila istilah di’slang’kan kerana minda

Kita wajar berasa ceria.

Bebas?

23/Febuari/2009

1148

Kebiasaan menggunakan beca beroda tiga sebagai altenatif selain berjalan kaki dan sesekali menaiki kereta menjadikan pengalaman pertama kali menaiki bas awam  menterjemahkan bahawa kekurangan dan kelemahan itu tidak wajar berulang.


Kelemahan tidak tahu masa dan tempat yang tepat untuk menekan loceng sebagai tanda destinasi telah sampai agar bas berhenti menjadikan diri sering dirugikan.


Terpaksa turun di hadapan premis syarikat kereta dan termenung bagaimana mahu menyeberangi lebuh raya yang pada waktu itu berhadapan dengan kelajuan kenderaan yang masih belum banyak seperti masa kini di jalan raya sering menduga tahap kesabaran diri.


Sikap pendajal pemilik kenderaan yang diminta memberhentikan kenderaannya dibalas dengan bunyi hon yang nyaring dan panjang.


Beberapa kali mencuba masih dilaungkan bunyi-bunyian yang menambah kuat degup jantung.


Sama seperti degupan kencang jantung  sewaktu  menaiki bas yang membawa penumpangnya ke dalam ladang  yang dipenuhi oleh pokok –pokok getah.


Perjalanan di jalan raya memilik lorong-lorong pintas  pejalan kaki dan kenderaan bermotor yang terpaksa melalui  ladang-ladang yang bersemak samun. Kedudukannya yang jauh terpinggir dari kesibukan lalu lintas menjadikan kami saling berpandangan dan menyembunyikan wajah  cemas.


Dari Subang  disusuri simpang  memasuki lorong kecil.


Pemandu bas menzahirkan ketidak mesraan apabila tidak upaya membaca reaksi cemas yang dizahirkan oleh penumpangnya.


Dan kami pula tidak upaya menewaskan ketakutan yang mulai menyubur  akibat tindakan pemandu yang mengotoritikan haknya sebagai pemandu yang berautoraksi. Waktu itu tidak terlintas pun persamaan makna diktator yang dituntut diterjemahkan setiap masa kepada pihak yang berkuasa.


Pemanduan yang mengetahui jalan menuju destinasinya tidak wajar disergah atau diberitahu berulangkali kerana alih-alih kami telah memasuki semula jalan utama di simpang Batu Tiga (bukan merujuk TV 3 mengapalah saya perlu berhadapan dengan tekanan waktu mahu menulis di catatan peribadi ini).


Kini lorong yang sepi dan mencemaskan itu  merupakan sebahagian dari jalan pilihan utama di Glenmarie.


Sesekali apabila bas melalui rumah-rumah setinggan di Kampong  Dato Harun terzahir peminggiran dan pengabaian nasib bukan tertakluk hanya kepada satu-satu keturunan sahaja.


Landasan keretapi yang terlalu hampir dengan rumah setinggan itu membuktikan wujud  pilihan yang tidak tepat di dalam melokasikan pembangunan. Sudut-sudut yang terpinggir  mengaitkan ulang ujar yang munasabah perlukah membiarkan kepentingan berlawanan dengan amanah dan kewajiban yang membela marhaen yang dianggap melarat.


Malang terasa apabila masih sehingga saat ini saya tidak memiliki lesen yang membolehkan memandu mengikut haluan pilihan sendiri.