Sejauh Mana ‘Baru’ Mu?

11.10.11

Apakah boleh dinyatakan padanya bahawa saya mahu menukarkan fakta bahawa bukan Tuan Mahatma Ghandi yang wajar diikuti di dalam memahami proses demokrasi?

Saya tahu dia akan terus mendakwa semua ini hanya membuang masanya tatkala saya berhadapan dengan masalah mahu membaca kesemua catatan yang tidak tersusun.

Lalu menurut mu siapakah penggantiTuan Mahatma Ghandi yang ternyata lebih memilih keamanan dan jaminan keselamatan dengan tindakan berjalan kaki dan tidak makan kerana berlapar sebagai membantah Inggeris?

Saya percaya orang arab juga tidak mahu mengakuinya jika diilmiahkan Muhammad bin Abdullah (SAW) sebagai pengamal demokrasi yang lebih memilih jaminan keselamatan bagi menyuburkan semangat kemanusiaan.

Jika mahu membetulkan sejarah betulkan sekarang.Benarkah begitu?

Siapakah yang sedia meninggalkan tanah airnya bagi menolak pertumpahan darah?

Hijrah yang tidak mengorbankan darah tanpa paksaan dan dilakukan hanya kerana bebas untuk memilih tanpa ganjaran tanpa tawaran keuntungan.

Tidak wujud penjajah masa itu, thanaif.

Kaum keluarganya dan kerabatnya teja, yang menjadi penjajah. Mereka mahu menguasai dan menolak kebebasan yang dimiliki oleh Muhammad bin Abdullah (SAW).

Mengapakah sudut pandang  ini diabaikan oleh masyarakat intelek arab,thanaif?

Diktator menjadi sifat pembesar quraish,teja.

Berpindah meninggalkan tanah tumpah darahnya menjadikan nilai demokrasi Muhammad bin Abdullah (SAW)  jauh lebih berharga jika dibuat perbandingan dengan pemahaman demokrasi tokoh-tokoh yang sedia mengangkat senjata.

 

Saya pasti tidak ramai yang setuju dengan anjuran mu thanaif.

Saya tidak peduli teja. Saat mereka mulai mewacanakan demokrasi saya sudah mahu mulai mencabar pandangan-pandangan mereka yang moden dan jauh lebih berperadaban.

Mengapa thanaif?

Mereka mahu mewacanakan tokoh keamanan.

Biar saya laungkan sekuat suara MEREKA MAHU MEWACANAKAN TOKOH KEAMANAN dengan anugerah nobel keamanan.

Dengan embargo?

Dengan sekatan ekonomi yang memiskinkan rakyat awam?

Dengan apa?

Saya tidak tahu thanaif.

Untuk siapa anugerah Nobel Keamanan itu teja?

Mereka tidak suka thanaif.

Kerana mereka berasa mereka berada di pihak yang rugi jika demokrasi Muhammad bin Abdullah (SAW) diilmiahkan. Tidak ada kerosakan dan kebinasaan yang diimpakkan oleh pemahaman penghadaman demokrasi ini oleh Muhammad bin Abdullah (SAW),malah Saidina Ali (karamallahwajha) berjalan kaki bagi menjelaskan maksud keamanan sehingga kulit ke dua belah kakinya terkelupas menampakkan isi oleh jauhnya jarak perjalanan yang ditempuhi bersendirian.

 

 Aduhai, di mana dan di pangkuan siapakah diri mu thanaif?

Berapakah Upah Yang Didapati?

Semakin berasa ‘silu’ dengan penterjemah yang tidak pernah mengambil peduli samada pernah meminta izin atau tidak kepada penulis asal sesebuah catatan yang dicatatkan di siber.

Apakah penterjemah pernah berasa teringin untuk mengenali pencatat yang catatannya dipilih?

(Wajar juga ditanya adakah mereka pernah meminta untuk dipilih catatan mereka diterjemahkan?)

Keparahan dan kecacatan globlalisasi semakin dalam apabila penginggerisan secara tradisinya masih gagal mengubah corak pembinaaan intelek masyarakat dunia.

Kegagalan menghormati etika ini amat menyerlahkan sikap lazim yang menjadi anutan yakni sombong dan angkuh untuk terus kekal menstatuskan diri dengan label sarjana.

Membosankan bukan?

Dewasa?

Penawaran untuk berpendapatan bagi kumpulan tidak berkelulusan tetapi mempunyai paras persona nan grata atau memiliki kemahiran fizikal, dengan syarat-syarat ketat displin ilmu bagi kelayakan memasukki kolej+institusi yang bertujuan untuk mengaktifkan aktiviti masyarakat dengan tempat yang sengaja dihadkan , memasukki medan professional denga had minimum pendapatan yang menjadikan tidak rasional kebolehan mereka digunakan semaksimumnya kerana taraf syarikat yang rendah berpendapatan, adakah keegoan Illuminity dan Freemason masihkah dipelihara?

Sukar kedudukan saya saat ini apabila wanita di sini sedia didominasikan oleh lelaki dalam usaha mereka mahukan hak untuk bersiasah.

Semakin tidak jelas apa yang dimahukan oleh wanita-wanita ini setelah semakin difahami kesediaan mereka diletakkan di posisi kiri sahaja.

Mereka tiada keberanian.

Mereka hanya berhasrat untuk bermain-main dengan kisah penglipur lara mencari cinta dalam membina imaginasi menghapuskan realiti.

Lemah sekali matlamat yang berdaya disasarkan oleh mereka.

Lalu dikau mahu ke mana thanaif?

Pergi jauh dari mereka kerana beg-beg wang kertas lebihan cetak mudah diangkut yang lebih mereka perlukan.

Mereka hanya mahukan wang bukan kebenaran.

Mereka ada pilihan yang bukan ditentukan oleh kita.

Masyarakat arab hanya ada modal pelaburan tanpa sesuatu nilai yang upaya dipegang untuk dirujuk sebagai milik mereka kerana itu hakikat yang sukar dinafikan dan diharap usah tergganggu emosi mereka andai dinyatakan mereka tidak wajar dihormati hanya kerana MODAL PELABURAN YANG  DIMILIKI SAHAJA.

Ramadhan menghukum saya teja.

Bulan mulia ini tidak mahu berkongsi rohnya dengan batin saya.

Dilemma dan konflik mengocakkan hening damai kebarakahan Ramadhan oleh keashikkan pentelahan minda.

Wanita teluk dan kebanyakan wanita yang mahu menjadi teladan didapati telah menyediakan diri mereka untuk menjadi ‘survivor’ bagi mengekalkan kemewahan dan keselesaan hidup kerana siapakah diri mereka jika tidak digandingkan dengan lelaki-lelaki eliet yang menjadikan wang sebagai cara mencipta aktiviti kebahagiaan.

Wanita tidak berkarier di kumpulan pertengahan dan bawahan menikmati kebahagian berkasih sayang kerana penghormatan dan kemuliaan dari hubungan yang ikhlas.

Ikhlas sahaja?

Saya faham maksud mu.  ‘Sharing is caring without permission is a plunder same a robbery .’