Preskriptif

Kocakan mindanya masih mahu dipersendakan tatkala 23 Jun lalu  nyalaan yang memfungsikan satelite  mulai bernyala semula setelah hampir lebih dari lima bulan paparan nyalaan itu tidak bernyala di laptop.

Pagi ini minda seperti disengajakan kocakannya tatkala sekali lagi latar belakang asal laptop berubah dan pemadaman keseluruhan paparan laptop menjadikannya hanya berupaya berfungsi di dalam keadaan ‘save mode’,menjadikan laptop pertama digunakan.

“Menyebarkan virus di laptop bukan kerja orang bijak. Ia usaha sifat tamak,”merengus minda ini dengan kekesalan.

Pernah skrin fungsi sesentuh untuk imej ikonnya  secara tiba-tiba dicadangkan sebagai pilihan sedangkan laptop ini tidak menyenaraikannya sebagai sebahagian dari program yang dibekalkan semasa ianya  dibeli.

Seperti wujud budi yang minta dibalas sedangkan tidak terasa wujud jasa yang perlu digalas oleh sesiapa.

Kasih Kekasih SAW membisik,”ummatku, setiap hari wujud saat kewajiban untuk menderma walaupun mengutip sampah dan duri di laluan awam kerana setiap pagi akan ada dua malaikat yang mendoa agar diberikan ganti buat mereka yang menderma dan malaikat yang satu lagi mendoakan agar dimusnahkan harta para pembakhil.”

“Suci batin bermulanya dari mana minda,”jiwa yang tidak pernah letih memperingatkan.

Lalu sekitar jam tujuh pada tarikh 22 Jun dinukil bicara bersantun kepada seseorang yang tidak ketahuan rupa dan dirinya :

Selama manakah tekanan ketenteraan diperlukan bagi tujuan politik dan ekonomi di wilayah, perairan, sempadan udara dan angkasa rantau Cik Puan ini?

Bagaimana pula pendirian Cik Puan- Cik Puan  terhadap kekayaan hasil bumi Teluk yang gagal digunakan untuk membasmi kemiskinan, kemunduran, kelaparan/kebuluran lantaran tidak ada kuasa beli, butahuruf, ketidak sediaan wanitanya berintelek dengan sifat-sifat iman (kerana dari sudut pandang ini ahli kitab begitu terzahir di Teluk) telah diabaikan di kalangan warga muslim di seluruh dunia.

Adakah kekayaan minyak barakah dari keturunan anbiak tidak menjadi hak muslimin menikmatinya yang telah kehilangan hak-hak bernegara dan berwarganegara?

Bagaimanakah langkah-langkah kemajuan pembangunan menurut Cik Puan-Cik Puan di wilayah perkhemahan kanvas-kanvas yang majoritinya dari keturunan arab?

Apakah makna kebebasan apabila tidak upaya dibezakan yang hak dan batil, antara dosa dan pahala, antara neraka dan syurga, antara undang-undang dengan tuduhan tanpa bukti, antara bias dan fakta sifat media, antara peradaban dengan tiadanya nilai budaya etika membenarkan bahasa ibunda bebas bersuara dan antara kehilangan merdeka kerana rela minda ‘dipenjara’ saat demokrasi hanya merupakan percetakan penguasaan bangsawan ke atas warganya?

Warkah itu diakhiri dengan pertanyaan mengapakah perlu dikecilkan ruang untuk menulis?

Sehingga ke saat ini tiada balasan.

Klasik Yang Tidak Nasionalis

Di antara cerita klasik yang pernah ditonton di televisyen tatkala masih remaja adalah mengenai kisah lelaki yang berada di dalam koma tidak sedarkan diri dalam tempuh masa yang panjang.

Walau pun begitu proses denyut jantungnya tetap menurut fitrah yang dikurniakan oleh Tuhan Rabbul Jalil yakni rerambutnya sihat pertumbuhannya di kepala dan wajahnya.

Dia dirawat oleh seorang penyelidik wanita yang menguji sejenis vaksin ke atas seekor tikus sebelum melakukannya kepada lelaki yang tidak mahu mati-mati itu lantaran nyawa sebenarnya bukan berada di tangan manusia untuk menentukan panjang dan singkatnya usia tetapi ia berada di dalam kekuasaan Tuhan yang meminjamkan usia itu untuk merealisasikan maksud cinta dan kasih sayang Tuhan itu tidak sama sifatnya dengan manusia.

Sering yang jahat dan zalim itu dilengkapkan dengan kekuasaan, kekayaan dan rendah moralnya untuk diberikan peluang menginsafi dan menyesali perbuatan khianahnya agar tidak diulangi, namun unsur kehaiwanan antara tabiat yang turut membentuk genetik oleh keturunan yang dilahirkan dengan cara yang tidak siuman.Saat ini andai ada kenalan yang tinggi kemahirannya di makmal mungkin lebih berhikmah cara berbicaranya untuk tidak mengguris perasaan dan minda oleh fakta dan bukti bagaimana kemiripan wajah saling wujud di antara generasi dengan keturunan datuk nenek dan moyangnya yang lalu. Apalagi sifat yang membentuk tabiat. Pecahan kromosom dan komposisi kimia genetik tentu upaya memaklumatkannya.

“Kecacatan genetik lebih utama dihasratkan bagaimana ianya terjadi.”

“Perkahwinan di dalam lingkungan keluarga yang dekat kerana itu larangan sumbang mahram mesti dihayati lantaran hubungan jasad tanpa pernikahan upaya melahirkan kesonsangan keturunan yang berisiko lemah dan cacat di tengah masyarakat yang akan menjadikan di antara mereka saling tidak mengenali walau pun berasal dari keluarga yang sama.”

“Kamu doktor?”

“Andai meminta pergi katakan sahaja,maklumat di buku untuk apa jika tidak mahu dimanafaatkan.Doktor sahajakah yang pandai membaca?”

“Anak-anak yang dilahirkan tidak bersalah tetapi keterlaluan manusia meletakkan cinta dan kasih sayang dengan ukuran tertentu dengan kebendaan yang dinatijahkan oleh materialistik menjadikan risiko  ‘buta’  sebagai penyakit yang  dihidapi oleh masyarakat dunia masa kini.”

Berbalik kepada cerita yang ditonton itu, pesakit yang koma telah tersedar namun kehilangan akal untuk berfungsi sebagai manusia dewasa.

Dia dirawat sebagai seorang kanak-kanak kecil yang dilatihkan satu persatu tahap kemahiran.

Antaranya setiap hari diajar dengan melihat model sebuah kereta merah (tidak ingat antara merah dan biru ) jenis Austin dengan ungkapan ‘stop that red car’ berulang kali.Dia juga turut diajar ungkapan, ‘good day’ dan ‘thank you’.Watak lelaki itu amat terbatas perbendaharaan katanya. Namun perkara-perkara ini kemudiannnya telah menyelamatkan lelaki ini yang sesat setelah keluar bersendirian dari hospital yang menjadi rumahnya.

Lama kelamaan perhubungan intim doktor dengan pesakit ini sebagaimana menjadi ‘trend’ yang mudah dibaca dari filem barat yakni perlu terikat mengikut apa yang diskripkan, timbul persoalan apakah tidak boleh diubah apa yang bukan menjadi teladan yang baik untuk diikuti  oleh penonton?

Watak itu  perlu saling suka menyukai (sehingga lakonan mereka memunasabahkan perzinaan berlaku di dalam set lakonan yang disaksikan oleh jurugambar, pengarah dan penjaga lampu).

“Isu sudah basi dan bukan baru lagi.”

“Tetapi jelas isu yang diujarkan usang ini tidak ada pembaharuan untuk melihat nilai moral dan akhlak capaian tinggi intelek ummat tatkala rasuah dan salah guna kepercayaan bukan lagi kesalahan.”

“Adakah kamu tahu bahawa mereka yang bukan muslim dan tidak mempercayai agama tidak mahu termasuk ke dalam maksud ummah?”

“Bagi ku komuniti ini sukar untuk tidak didefinasikan sebagai manusia lantas  perlu juga dipanggil  mereka ummat yang menjelaskan bahawa Islam tidak mengabaikan mereka walau bagaimana jenis dan sikap tabiat perwatakan yang ditunjukkan oleh kemahuan dan kehendak mereka.”

Kembali semula pada cerita di televisyen itu sukar  diimbas lagi namun rasanya tanpa pengetahuan penyelidik wanita itu, lelaki ini telah menemukan tikus yang menjalani rawatan dari suntikan itu yang  diperhatikannya setiap hari,walau pun dengan cara mencereboh tanpa izin kawasan larangan itu.

Akhirnya wujud perlakuan yang ganjil di mana tikus itu tidak lagi aktif tanpa tindak balas pada makanan yang disajikan dan akhirnya mati.

Dan lelaki ini mulai menyedari suntikan yang sama yang diterimanya selama itu akan menatijahkan kesan yang serupa.

Mulai hari itu lelaki ini mulai menjauhi dirinya dari penyelidik itu dengan mengasingkan diri dan sekali lagi kitaran permulaan berlansung, dirinya kembali tidak berfungsi sebagaimana awal sesudah sedar dari koma, murung dan tidak lagi berkomunikasi dengan penyelidik itu yang akhirnya… sudah tidak upaya diingati bagaimana kesudahannya.

Apa yang pasti skrip itu tidak boleh memandai-mandai ditamatkan. Ia bukan hak diri penonton untuk menentukannya.

Ekspresi?

Mata-mata itu tilikannya meresahkan sehingga langit biru  kelihatan gelap dan suram.

Minda-minda itu susurgalur susun aturnya mulai terungkai dari ikatan jalur saraf medula dan ia mengesankan sukma jiwa yang melantun gema sayu…

“Mengklonkan Imam Mahadi sebagai mesin-mesin untuk menguruskan wilayah-wilayah yang disempadani oleh dasar imprealis sesuatu yang bukan lagi rahsia.”

Mata-mata itu mulai mengecilkan retina akibat ‘hypertention’ natijah lelahnya menumpang jendela yang separa terbuka dan oleh katup yang sememangnya menjadi sifat.

“Apakah dikau rasakan kerana Nabi Isa (as) akan menggunakan bahasa inggeris menjadikan begitu aktif pendualisme dan pentripplism bahasa diwujudkan?”

“Kamu wajar tahu setelah pembinasaan bahasa ibunda, bahasa perantaraan hubungan antara masyarakat tidak mengilmukan keberanian kerana ilmu bahasa itu tidak mengasah kemandirian.”

Penjara hati dengan rona luka umpatan diri yang ditabur hanya janji asuhan iri, tatkala muafakat di sudut demokrasi hanya memihak-mihak secara kroni.

“Dikau mengumpat siapa?”

“Diri,keluarga dan kerabat sendiri.”

“Nekad dan sungguh berani!”

“Untuk apa melindungi yang jelas salah beralaskan gusar dikhianati?Bukankah itu jelas khilaf untuk diwarisi?”

“Usah disimpan di dalam hati andai bukan itu yang terpendam menjadi rahsia peribadi.”

“Apakah sistem pajakan kontrak transaksi sewa beli harta tanah rumah upaya menyahkan hak milik kekal pemilik yang asli?”

“Simpanlah separuh kesedihanmu.”

——————————————————————————————————————————————

Kemboja meluruh

Redup meneduh

Hati birat melusuh.

Harum barus

Hidu menusuk terus

Jiwa inginkah telus?

Sesal yang malar

Parut mencalar

Dek terlalu menyelar.

Kemboja kan segar

Didakap dengan gelar

Segala kesukaran telah berpagar.

Warkah Buat Dikau

Buat Dikau Yang Tidak Ku Kenali,

Allah Maha Mengetahui kelemahan dan kekurangan hamba-hambaNya kerana itu Sifat PemurahNya tidak mampu diikuti oleh kita tanpa latihan bimbingan dan hasrat untuk ikhlas melakukannya.

Justeru itu menghubungkan masa hadapan dengan akhirat sebahagian tuntutan yang menjadi keperluan dihadapi dengan amanah.

Justeru itu pengadilan yang jujur saat mengadili penguasa perlu dilihat sebagai hak warga dan rakyat yang tidak perlu dicurigakan.

Misalnya bagaimanakah perlu ditolak penerusan diaibkan mellinieum abad 21 yang menjadikan perjuangan diadaptasikan untuk memanjangkan hayat ‘survivor’ yang semakin tidak relevan untuk kekal meletakkan kesalahan atau kesilapan juga kekeliruan ke atas pihak yang perlu berusaha mendapatkan hak mereka untuk bermilik berstatuskan kemerdekaan sebagai manusia?

Sesuatu yang wajar dilihat sihat apabila ditolak untuk diberi hak kebersamaan bukan warga sesebuah negara terlibat dengan siri pemilihan kepimpinan negara lain kerana kehendak keperluan setiap negara itu berbeza menurut sumber-sumber interaksinya dengan rupa bumi, cuaca, persekitaran, sumber-sumber yang ada yang menterjemahkan bahawa keperluan pendidikan sesebuah negara itu perlu bebas dari sistem idea dan nilai  dari apa yang dimiliki oleh negara itu sendiri.

Saudari juga perlu tahu dasar yang dilahirkan oleh Kepenggunaan Perdagangan Pengedaran Badan Dunia mesti bertindak secara adil saksama untuk tidak membenarkan pemonopolian dan pendominasian berlaku kerana ruji setiap negara berbeza.

Kita berhadapan dengan ketiadaan ‘gudang penyimpanan makanan’ milik negara sendiri misalnya.

Kita berhadapan dengan ketiadaan ‘hasrat dan keinginan beragama’ itu mampu menjadikan Pembetulan Pengubah Suaian berstuktur dengan rangka dan dasar yang membentuk sistem.

Kita berhadapan dengan pembaziran dan pengabaian potensi-potensi warga yang dikelas-kelaskan mengikut kelayakan (di dalam hal ini sejauh manakah kesan pendidikan yang diperdagangankan di dalam jangka masa yang panjang berupaya menjadikan warga negara kita berdaya di dalam membinda projek-projek di negara sendiri apabila kaum elit dan bangsawan keterlaluan memenuhi kelayakan-kelayakan di dalam menguruskan kekayaan negara sehingga kesan kemuflisan dipindahkan kepada warga yang menerima kerendahan pendapatan dan kelemahan kuasa membeli) natijjah mewarisi pengangguran sepanjang abad.

Bidang-bidang baru pekerjaan mengharuskan bahasa-bahasa ibunda setiap negara dibenarkan berperanan.

Kita bermasaalah dengan pengurusan misalnya penggabungan perbankan hanya bersifat melindungi kepentingan korporat berbanding memelihara dan melindungi penjawat awam (mungkin anda boleh membantu saya untuk lebih memahami bagaimanakah peningkatan indeks di bursa saham tidak berupaya meningkatkan pendapatan penjawat awam dan sektor swasta).

Sejauh manakah diterima bahawa Amerika dan Eropah sebagai negara sekular tetap meletakkan fanatik agama sebagai pengawal urus tadbir pentadbirannya?

Saudari perlu melihat sama isu Gazza dan Palestien untuk melihat realiti hakikat yang diperkatakan ini selain di Patani, Khasmir dan Mindanao sebagai contoh lainnya.

Sebagai muslim wajar digandakan usaha agar muslimat dilibatkan untuk berfungsi di dalam ruang yang dibenarkan oleh hukum-hukum syariah menerusi sistem hijab lantaran pembaharuan millenium mesti membawa agama yang menjurus kebaikan dengan memelihara kebajikan kepada warga yang sistem moden demokrasi memberikan hak perkongsian negara adalah secara adil sudut kebersamaan dan persamaannya untuk setiap warga difungsikan.

Saudari perlu menyedari hakikat tidak lagi dibenarkan isu kemanusiaan keamanan dan keselamatan digunakan oleh negara dan kuasa utama dunia untuk bertindak sebagai polis dan tentera bagi mengakhiri konflik dan kesengsaraan ummah.

Juga dari cara hidup yang semakin sihat tidak wajar diaplikasikan penyelidikan yang menjurus ke arah menyebarkan virus dan wabak penyakit ke atas wilayah-wilayah yang mundur dan miskin tinggi kadar buta hurufnya yang kepekaan bersiasahnya juga lemah.

Nilai hidup Islam tidak perlu dicurigai.

Hukum-hukum syariat kita adalah untuk melindungi manusia yang mengundang keredhaan Allah.

Hukum-hukum ini lemah dari sudut perlaksanaan teknikalnya yang diwujudkan dari peraturan perundangan yang tidak sepenuhnya berniatkan mendidik misalnya adakah jumlah perzinaan tidak menggusarkan kita selain jenayah sivil dari pembuangan janin yang didenda dengan bayaran dan penjara sahaja?

Agar dikau upaya bersuara agar daku kenali dirimu.

Tirai Kebebasan

Catatan ini ditujukan buat seorang wanita yang dikenali sebagai Merah Hitam.

Cabaran alaf semakin memperlihatkan kelonglaian minda untuk dihayati nilai kemerdekaan kepada insan yakni warga, tanah air dan negara.

Meski pun ruang dan kesempatan diperuntukkan oleh undang-undang, masih menjadi kemelut untuk dihargai peruntukan dan keizinan warga memahami perlaksanaan undang-undang yang menjamin pemeliharaan hak-hak kebebasan mereka.

Pensia-siaan potensi dan kebolehan diri warga menjadi antara titik utama natijah yang ditinggalkan dari kekangan halangan akta dan peraturan untuk dibina perpaduan dan keharmonian antara warga.Ia juga telah menjadikan pengabaian secara tidak disedari oleh generasi demi generasi yang berilmu dari memahami realiti keperluan melibatkan diri di dalam siasah dan sistem urus tadbir negara sebagai latihan membina minda.

Natijah ketidak-bolehan warga untuk mendepani cabaran masa depan ummat dan negara membolehkan sikap lemahnya kemandirian dan berdikari warga diletakkan sepenuhnya ke atas kepimpinan yang menerajui kebertanggung-jawaban beramanah yang diberikan oleh warga.

Istilah perundangan juga memerlukan dipermudahkan penggunaannya jika sasaran memandaikan warga menjadi fokus untuk dilahirkan ummat yang menjadi sebagai antara sumber  tidak dieksploitasikan.

Isu tahanan yang tidak dibicarakan membuktikan kini bahawa wanita-wanita muda dari berbagai bangsa mulai tidak memilih isu dalam memperkatakan kebenaran.

Apa yang kita lihat adalah fenomena dari hasil perlaksanaan dasar-dasar negara yang memerlukan dinilai semula sistem perlaksanaannya.

Justeru itu hak-hak Allah juga berperanan untuk memulihkan pemahaman hak-hak asasi manusia terbela.

Anti Biotik

Catatan bertarikh 9 Mei dibelek-beleknya berkali-kali tanpa menemukan alasan mengapa ia tidak dikirimkan seperti selalunya yang dilakukan.

Di manakah kesilapan dan khilafnya?

Mahu sahaja ditanyakan buat dikau yang baru sahaja kembali dari permaustautinan yang dimukimi selama hampir enam tahun.

Apakah cenderahatimu buat warga yang selama ini turut membiayai pengajianmu dengan menjadi pembayar cukai. Potongan gaji menjadikan menguncup slip pembayaran. Tidak pula ada tarif perkhidmatan yang menurun akan tetapi unjurkanlah apa sahaja mereka tetap membayarnya walau memotong secara tunggakan. Tiada pula diterima syer dari saham terbitan perniagaan dari dagangan negara walau mereka dihimpunkan untuk berdana.

Tiada?

Benar-benar tiada?

Terlupa…

Mari ku tawarkan cenderahati buat dikau agihkan  untuk mereka.

Ianya bukan benda yang bertanda nama cuma ungkapan  yang meminta dikau sulam menurut aktif mindamu mengkeronsangkannya agar mudah digapai dengan sentuhan.

Usah mewarisi  kezaliman .

Ya, hanya itu sahaja.

Usah mewarisi kezaliman.Cenderahatiku buatmu sebagai ucap selamat pulang.

Cenderahati ini bukan tidak ada harga juga bukan terlalu murah nilainya kerana telah ada yang  terkorban nyawanya hanya untuk diiktiraf kewujudan sebagai seorang yang bertanahkan watan, memiliki sebuah perlambangan.

Namun tidak semua upaya disopan dan disusilakan meski memiliki kewarganegaraan.

Usah mewarisi kezaliman.

Cenderahati ini  nukilan oleh cedera minda yang dilukakan.

Semenjak Mac  musim yang lalu  kenyataan yang hadir tidak lagi upaya disingkirkan.

Kami tidak mahu mewarisi tradisi kezaliman penzalim  yang menzalimi.

Jualan lansung minda dan akal menjadikan ummat perlu menghayati jangkitan kuman yang menjadi wabak  penawarnya adalah pada keberanian kita untuk berlainan pendirian dengan Sang Pemaksa.

Sistem berkebajikan itu bukan dengan menganiaya.

Manusia bukan objek untuk diinstitusikan  agar menjadi mangsa atau bersifat penganiaya.

Bukan.

Bukan juga disusunstrukturkan  menjadi cerbisan peralatan .

Bukan.

Bagaimanakah menjadi kesalahan  jika warga mulai mengambil tahu hak mereka?

Diujarkan kepada seorang yang baru bergelar doktor perubatan.

Selamat merawat kesihatan.

Menjawab Boleh?

17/10/2008

1126

“Bagaimanakah berfikir  dengan menggunakan kaedah ‘Soft design’ dengan ‘Hard design’?”

Senyum lagi.

Terimbas sejarah dilemma seorang suffiah yang telah kehilangan suami yang didatangi oleh lelaki-lelaki yang bersifat zuhud yakni mengenepikan dunia dengan niat mahu menjadi pengganti suaminya telah pergi mengadap Ilahi.

Suffiah ini telah mengumpamakan perbezaan di antara satu nilai akal yang lembut yang dimilikinya  berbanding 99 nafsu naluri emosi yang membina sifat berdirinya seorang wanita dengan nilai satu nafsu tetapi memiliki 99 akal yang dimiliki oleh penziarahnya.

Di belakang tabir lelaki-lelaki budiman yang kaya iman berdialog dengan ahli suffiah.

Lelaki : Pilihlah di antara kami ini.

Wanita: Akan diterima dengan senang hati kerana menghargai namun yang terpintar akan diterima sebagai pengganti.

Lelaki : Ajukan pertanyaan-pertanyaan itu.

Wanita: Apabila hamba mati bagaimanakah akan roh berdestinasi yakni masihkah roh disertai iman atau tidak?

Lelaki : Soalan ini dari jenis yang samar-samar. Jawapannya terletak kepada Allah.

Wanita: Setelah melangkah mereka yang mengiringi hamba ke kubur upayakah dijawab pertanyaan-pertanyaan Munkar dan Nakir?

Lelaki : Soalan ini hanya di dalam pengetahuan Allah.

Wanita: Saat ummat diiring di akhirat, tangan yang manakah akan menyambut catatan amal dan dosaku?

Lelaki: Bukan manusia upaya menjawabnya.

Wanita: Adakah kunci syurga atau neraka menjadi milikku?

Lelaki : Jawapan terletak kepada Allah.

Wanita: Masa hadapan di akhirat menjadikan soalan-soalan itu lebih utama berbanding dipenuhi tuntutan kehendak mencari pengganti.

“Nauzubillah himinzalik.”

“Mengapa?”

“Bimbang ada pula  nanti yang ditimpa perasan.”

“Tidak ada perkaitan dengan sangka-sangka dan duga mereka, percayalah.”

Peliharalah catatan ini dari fitnah mata-mata yang menyertai tanpa izin catatan ini Ya Allah.

Lalu wajarkah untuk berterusan minda-minda generasi baru dikekalkan untuk mempersaingkan di antara anak lelaki dan anak perempuan?

Apakah nasib seorang bapa yang telah meninggalkan dunia andai yang dimilikinya hanya enam anak-anak perempuan buat mengutusi doa tahlil zikir untuk menempatkan bapa mereka agar beroleh sejahtera di alam barzah?

Apakah ke enam-enam anak perempuan ini perlu membebaskan diri dari berdoa bertahlil dan berzikir lantaran jantinanya sehingga alam barzah yang menjadi alam ghaib yang wajib diimani dibiarkan kesempatan menjadi anak soleh tersia-sia?

Atau ia untuk menjadi alasan buat anak-anak perempuan agar tidak berupaya memperdayakan ketaqwaan sehingga wirid-wirid doa dan tahlil untuk roh yang meninggalkan dunia tidak perlu dipelajari?

Terhalangkah Rusa Oleh Tanduknya?

“Angin yang menderu itu mahu ditampannya hanya dengan jari.”

Senyuman lagi.

“Bumbung langit yang tinggi itu mahu ditahannya dengan jari.

Senyuman lagi.

“Gelap lautan yang dalam itu mahu dicecahnya dengan jari.”

“Hanya dengan jari sahajakah?”

Senyuman itu semakin menyeringai mengecilkan bundar mata yang sememangnya sepit.

Apakah yang upaya dilakukan oleh jari-jari itu?

Merekah senyuman dengan hilai tawa yang menyuakan sinikal nadanya.

Talian itu mahu ku matikan kerana lorong lahar alir pancar gelombang itu miliki legap karbon dioksid yang menghitamkan mata kerana tebalnya jerubu debu hingga perlu dikesat oleh labuh jubah.

“Jubah?”

“Siapakah yang memakai jubah?”

“Pekerja di Istana.”

“Kamu khadam Istana?”

“Khadamkah yang mampu menaiki kenderaan mewah pacuan kuasa lebih sepuluh ekor kuda yang menyerbakkan wangian lebih 500 riyal sebotol kecil sehingga keashikannya melalaikan jiwa yang sakit?”

“Dikau menuturkan hydroeletro sesalur magnet atau hydroeletro eletron eletronik yang diadun oleh tonik-tonik murahan oleh subsidi pecahan kroni?”

“Saya sedang memperkatakan tentang ‘kerajaan eletronik’ yang dipaksakan secara tidak adil dan saksama bagi mempercepatkan kemudahan pencetak ulang tiru dan salin ke atas minda dan permainan idea.”

“Sehingga diabaikan terapi hydrolisis muntahan kekerapan memakan barangan yang berjenama dan berkualiti rendah atas kerakusan aktiviti pembangunan?”

“Dikau rasa bersalah?”

“Bermoralkah persekitaran tatkala keberdayaan tenaga diri dan potensi minda dibelenggu? Sempadan apakah yang mahu dikau bina di bumbung langit, di dinding udara dan di perairan samudera?”

“Mereka mengabaikan keluasan permukaan bumi yang tidak dihuni akibat pertukaran komuniti penghijrah beridentitikan pelari.”

“Mereka tidak menyebut tentang pulangan lumayan natijah pelaburan dari pembangunan.”

Gajah Putihkah Yang Ditambat/Hambat?

Hati berbunga senyuman melihat pahlawan siber kami semenjak semalam ashik berulit dengan salah sebuah novel.

Pahlawan siber itu sudah mulai merebahkan keribaannya novel-novel yang menjadi sebahagian kewajipan diri mengurus maklumatnya.

Pahlawan siber itu bukan penonton televisyen yang tegar sifatnya.

Pahlawan siber kami yakni anak yang tertua kini sedang menghabiskan masanya untuk menelaah sebuah novel.

Bermakna masa di mayanya juga upaya dimaksimumkan.

Pahlawan siber kami ini andai tepat dan benar kaedah pendampingnya banyak yang upaya dicapainya.

Dilemma kini bukan bangsa tetapi amanah yang dikhianati.

Novel penulis wanita itu mengisar tentang lelaki yang dikhianati oleh kecurangan ibunya sehingga menjadi trauma untuknya menjalin hubungan dengan wanita setelah wanita yang diminatinya adalah tunangan orang.

Menyibak semula minda tentang olahan Cry In The Heaven penulis wanitanya begitu kuat melunaskan kecurangan warga yang mendapat pengiktirafan kemuliaan masyarakat pada masa itu terhadap kanak-kanak di jalanan yang dikumpulkan atas nama kebajikan sehingga hubungan sonsang menjadi budaya pihak yang memegang amanah.

Watak tu kekal dengan naluri yang mulai dibentuk oleh pengalaman sesat sehingga sukar dipulihkan.

Adakah penulis novel itu sendiri menjalani kehidupan yang sebegitu?

Tentu tidak.

Lalu fitnah mana yang mahu disembunyikan apabila pengkaryaan dari peristiwa yang benar-benar berlaku kesannya telah dibuktikan dilaporkan digambar rakamkan?

Kerendahan moral dan amanah yang dikhianati isu globalnya perlukah diabaikan?

Debar Debat

Beberapa jam ini diri menjaga jiwa dan minda sendiri namun hati sukar dituba oleh pemanis bicara atau simpulan madu menduga belenggu dan pusingan pertama debat terus bermula (sehingga bila?)

Satu saat dahulu pernah hiba bermain di dada melihat warga dewasa di perkampungan bonda yang sentiasa dihidang talam-talam berisi manisan gula-gula, sehingga pernah bonda yang semakin senja usia bersendirian berpeluh-peluh di dalam bas lantaran setelah memenuhi undangan jemputan walimah anak jirannya, dibawa pula untuk menonton persembahan nasyid di perkarangan berhampiran masjid, hatinya mendengus bersendirian tatkala hampir dua jam menantikan bas kembali dipandu.

Belas dan kasihan mendengarkan keluhan sebahagian kecil warga tua yang diarak ke sana ke sini memenuhi khemah undangan, diri menjadi tempat luahan mereka melepaskan kecewa.

Orang muda dan dewasa tetap berbeza.

Anak sendiri menjadi perbandingan. Seorang remaja yang lansung tidak menabung hasil pendapatan pekerjaan sambilannya sekitar beberapa bulan yang lalu. Hartanya adalah sepasang kasut berjenama sekitar 300 riyal buatan Cina, makan-makan di restoran yang semakin meningkat harga setiap hidangan (pernah bilnya dan rakan-rakan mencecah 1000 riyal yang dibayar berkongsi setelah beberapa rakannya pulang dari ‘off shore’ di dermaga pelantar minyak,  butang jubah bapanya 100 riyal, adik-adik mendapat tajaan kad pra bayar telefon bimbit hampir dua bulan dan emaknya hanya dibayar hutang lama tanpa faedah, kelihatannya tidak adil tetapi lebih tidak adil apabila dia tidak berupaya menyimpan wangnya sendiri.

Cara hidup di sini amat mencabar.

Adiknya semalaman menghabiskan masa di rumah kelab villa kediaman rakannya berendam di kolam,  aduhai tatkala melihat rakannya melepaskan hajat di sudut tempat meletakkan kereta di tengah malam, mengharukan jiwa yang sedia pilu…

“Mereka tidak biasa menggunakan tandas rumah orang ,”alasan remaja yang lazim didengari.

“Di situ juga mungkin wujud hidupan yang melata dan menjadi tempat lalu lalang awam,”perlahan diri mengingatkan.

“Lelaki memang jenis yang kurang sifat malu agaknya,”hujjah lemah kakaknya bermula.

“Kakak cemburu sebab sukar mahu melakukan seperti kami,”fakta yang tidak upaya disangsikan mula bergema.

Kembali kepada debat, seperti halilintar yang mengalirkan arus kuasa tinggi memanah ke hati tatkala terlihat sahaja wajah mangsa-mangsa kemanusiaan.

“Kakak sering bertanya apakah apabila kita gemarkan lagu Mariah Carey, adakah itu bermakna kita tidak sukakan mereka apabila tidak menyukai penampilannya yang kelihatan ‘menarik’?”anak perempuan yang bersikap terbuka mengarah kepada mematahkan ujaran adik lelakinya.

Perkongsian rasa antara kami sering menghala kepada rahsia kerana sama-sama memiliki perasan yang sama.

“Yang kaya akan terus menyukat keuntungan yang tidak beretika masih terus bersuara sebagai pembela,”pantas tanpa dapat dielak  butiran debat kembali bermula.

“Pasti tidak akan kelihatan atau kedengaran ungkapan pengganas militant ekstrimis melainkan persahabatan demi ‘Noth Pole’ berbanding  di Timur Tengah,Palestian dan di Gazza khususnya, hujjah semakin terang isunya.

Akan pasti setiap perjanjian, setiap deklarasi piawaian undang-undang hak persempadanan, taraf pengecualian untuk zon bebas berkecuali perairan selat dan lautan akan diiktiraf dihormati malah diperakui hak-hak kebersamaan memiliki berbanding Pulau Putih. Sehingga kini masih tidak upaya difahami pelepasan yang tidak bersagu hati ini.

Seperti tahu kekesalan diri, dicetuskan pula oleh minda anak-anak mengenai  ‘bail-out’.

“‘Bail-out’ mungkin merupakan rasuah alaf kini yang menyelamatkan kroni dan apakah warga sedar kesemua kepimpinan dan bakal kepimpinan mereka berniaga dan memiliki kepentingan peribadi untuk dipertahankan?”sanggahan mulai berkeras kata.

“Bagaimanakah kewajaran kepimpinan berniaga berbanding negara yang berdagang?”

“Bagaimanakah pemusatan kuasa esekutif tiada undang-undang berhak membatas dan mempertikaikan keluasan kuasanya?”

“Di antara memelihara kepentingan warga dan kroni bagaimanakah ahli-ahli dewan yang berniaga menguat-kuasakan  penguatkuasaan undang-undang ke atasnya?”

Perdebatan perlu dibatalkan. Juri hakim tidak hadir.

Keluhan diluahkan.