Berikan Titik

Pelayaran Kemanusiaan itu bukan Al Qaeda Tuan.

Selama manakah kita perlu mewujudkan sikap anti terhadap negara-negara muslim sehingga rakyat negara itu melakukan perkara yang sama terhadap negara Tuan, Israel?


Bagaimanakah mahu mengadili alasan kepada peperangan yang dianggap ‘suci’ jika kita masih memerlukan korban sedangkan niat kita ialah mengekalkan kepimpinan untuk misi keamanan bagi memanafaatkan keuntungan dengan faedah-faedah menerusi kekayaan?

Siapakah yang akan rugi jika suara ‘kebijakan’ kepimpinan dari etnik Yahudi Nasrani dan Muslim tidak sedia disatukan tatkala pada dasarnya wujud kebolehan di kalangan rakyatnya untuk menyatu dalam memperjuangkan nilai-nilai kesejagatan dan kemanusiaan?

Jurusalem/Baitul Muqaddis dikatakan sebagai wilayah yang dijanjikan namun Al-Aqsa itu hanya bangunan yang perlu dibuktikan sebagai hak yang mendapat jaminan keselamatan untuk sesiapa sahaja yang berada di bangunan itu tetapi benarkah begitu?

Ingin dikongsikan perasaan peribadi bahawa ‘ketokohan’ dari generasi muda yang ingin ditampilkan oleh Barat tidak miliki sifat keuniversalan/kesejagatan kerana masih dicari keseimbangan pengetikaan moral akhlak dalam sosial masyarakat bagi pembinaan ummah dan ianya hanya tercapai menerusi agama tauhid dan calon yang cuba ditampilkan bukan tokoh yang dinantikan kerana nilai-nilai ketuhanan (beriman) mesti wujud di dalam diri setiap jiwa demi kebaikan dan kemuliaan sifat insan itu sendiri.

Amat perlu penjelasan bersabit pendakwaan Kekhalifahan itu diperlukan menjadi usaha yang menyatukan kepimpinan namun wujud persoalan andai sistem dan tokohnya upaya dan sedia dikawal kelola untuk dipengaruhi oleh pihak yang berkepentingan bagaimanakah kesannya kepada keseluruhan negara yang Islam sebagai agamanya, negara yang Kristian sebagai agamanya dan Yahudi sebagai agamanya?

Seri Dewi Malam Dan Siang

Selama empat tahun ini ada seseorang yang sering membuatkan dia sukar bertumpang dagu untuk menyantaikan rasa dengan merehatkan minda tatkala ditemui keperluan ketetapan pandangan dan pendirian diutamakan dalam membuat ukuran bagi mengelakkan pertikaian.

Lalu dicatatkan pertanyaan :

Jika ekonomi tanah air yang bermasalah mengapakah perlu dikaitkan dengan dasar-dasar luar negara luar yang tidak sedia berubah meski pun berkepimpinan baru?

Bagaimanakah pula seandainya ditegaskan bahawa kita tidak boleh mengasingkan isu ummah (Gazza-Palestien) dalam memperkatakan apa jua isu yang melibatkan blok negara Barat kerana sifat globalisasi itu sendiri mengharuskan nilai-nilai kemerdekaan membenarkan penyama- rataan warga tanpa dipisahkan hak-hak asas mereka dilahirkan sebagai manusia?

Dengan menyudut pada kebocoran  yang mencemari perairan Atlantik takungan bahan asli yang meladungi Teluk itu bagaimana upaya dikaitkan sebagai pengabaian terhadap ketirisan kesalahan pelaku/penjawat sektor swasta dan kerajaan yang pergolakan dalaman mereka  dihayati oleh masyarakat sebagai  kegagalan  menyegerakan kewujudan penggantian sumber untuk diturunkan kadar pengeluaran karbon dioksida.

Apakah tidak disedari bahawa globlalisasi telah menjadikan mentalitii sebagai elemen utama yang membina sikap tatkala kita menyedari penerusan kewujudan sistem penyelidikan ekonomi yang masih kekal bergantung kepada nisbah  20:80 sebagai kaedah pengkonsepan mendominasi keseluruhan kekayaan dunia?

Saya tidak tahu wanita-wanita anggun itu menderiakan peka ransangan berhaluan apa dan ke mana juga untuk apa terhadap bandingan pendapatan per kapita yang bacaan anggarannya tidak sepenuhnya mewakili keseluruhan taraf hidup rakyat sesebuah negara.

Luxemburg dan negara-negara yang rendah penduduknya tetapi tinggi pendapatannya bagaimanakah perbandingan diadili?

Cik Puan-Cik Puan itu senangnya membisu lalu bagi mendorong sorotan perhatian mereka dicatatkan lagi telah ditemui  jawapan mengapa kini pembicaraan/pencatatan/penulisan di blog dan medan interaksi siber lebih diyakini untuk menjadi pilihan utama masyarakat dan upaya menjadi sendi pembaharuan di dalam kita membina dan menyuburkan psikologi sosial untuk berhemah yang melansungkan pembudayaan meletakkan keadilan bersama kebenaran, bukan semata-mata ingin berlaku adil dengan sedia mengkrompomikan kebenaran.

Massa dan masyarakat membina kelansungan kewujudan sebuah kerajaan dan seiringan dengan itu wujud ledakan untuk mencari kebenaran yang menatijahkan pemeliharaan kepada nilai-nilai kebenaran yang tidak lagi mampu diberikan oleh massa eletronik dan cetak saluran dan medan permaklumatan yang kurang daya pekanya sehingga menjadikan saluran-saluran yang bermedankan alam siber  masih berterusan mahu  sepenuhnya dikawal.

Lantas disusuli penegasan bahawa sebarang kaedah capaian penduplikasian yang tidak adil hanya akan membawa kerugian kepada ummah.

Wanita-wanita itu masih setia pada kebisuan, putar serunya apakah memungkinkan minda upaya bertahan?

Ketenatan Prejudis

Persepsi sedia diubah tetapi pendirian masih kekal diutamakan mengikut kepro-aktifan kegiatan dan aktiviti yang diterjemahkan mengikut keperluan mengapa ia berterusan dilakukan.

Anak dara saya suka kepada seni hiasan diri yang menjadikan dia sedia berjam-jam berjalan-jalan menyusuri premis-premis peragaan pakaian yang tidak lagi sedia dituruti kemahuannya menjadikan dia sedia membiarkan saya menantinya di tempat yang dipersetujui untuk kami bertemu.

Dia hanya mengamati dan menghargai reka cipta pakaian bukan berniat membelinya melainkan apabila wujud tawaran jualan penghabisan stok atau ketika penyesuaian harga dilakukan sementara menunggu ketibaan ‘design-design’ baru dipasarkan.

Dia mengelak dari membayar lebih dari 60 riyal untuk sehelai dua pakaian.

Satu sikap yang terpuji setelah berterusan mendapat runding nasihat dan pesan kami, dia mulai memahami nilai tinggi yang perlu dibayar hanya kerana ia direka oleh nama yang telah dijenamakan, sesuatu yang agak keterlaluan untuk ikuti.

Setelah bertahun-tahun dia menghargai penghormatan yang saya dan suami berikan dia mulai mengadun ilham reka daya diri dengan menggunakan baju-baju lama abangnya untuk diperbaharui mengikut cita rasanya sendiri. Malah saya turut teruja melihat berhari-hari dia menggunakan sebatang jarum dan selembar benang untuk membuka jahitan lama buat dijahit semula mengikut ukuran saiz dirinya sendiri yang disesuaikan dengan cita rasanya yang sederhana ringkas agak ‘up date’ tetapi masih mengekalkan nilai antik dari sifat konservatif jiwanya.

Seluar yang tebal sedia digunakannya pen-pen baju untuk menyemat tetasan kain agar upaya dikecilkan dan tidak kelihatan gedoboh apabila dipakaikan ke atas badannya.

Mesin jahit di sini amat mahal dan tidak berbaloi dibeli jika hanya untuk memenuhi minat dan bakatnya dalam bidang seni berhias diri.

Seperti mana sukarnya untuk mendapatkan sebuah mesin taip manual yang kembali wajar digunakan bagi menghukum sifat cela etika interaksi masa kini yang sedia menafikan hak-hak untuk individu memperolehi kejayaan, kami terkedu pemikiran untuk menjelaskan keikhlasan.

Kini fenomena masyarakat semakin menyerlahkan ketidak bolehan  menghargai dan menghormati hak-hak individu untuk berjaya.

Kesemua usaha seperti perlu dipecah-pecahkan untuk dinikmati atas nama perkongsian walau pun secara paksaan tanpa kerelaan.

Kedayusan zaman atau kedayusan peradaban menjadikan ketidak tentuan harapan.

Kemudian dia mulai mengubah langkah kakinya dari menyusuri Villagio, City Centre, The Mall dan Landmark dengan menghala ke Souk.

Premis yang tidak menerima bayaran dilakukan dengan kad kredit.

Premis yang mengajar bagaimana makna harga upaya direndahkan atas budi bicara dan ketiadaan broker yakni penglibatan orang tengah  yang menetapkan harga jualan.

Malah tidak keterlaluan di premis  ini upaya ditemui peniaga-peniaga yang jujur yang sedia menghargai pembeli mereka dengan berkata benar mengenai sesuatu pilihan yang dibuat oleh kami.

Di Souk anak dara ini memilih sehelai kain bernilai 12 riyal semeter dan dengan kadar upah 50 riyal bagi sehelai jubah tidak berlengan yang memenuhi ilham dirinya persepsinya terhadap makna berpakaian mulai terlihat.

Renungan dari bualan-bualan kami yang dilakukan dengan terbuka matang dan sedia untuk tidak ditentukan siapa yang lebih mendominasi menjadikan masih anak dara saya menghormati dan memberi perhatian kepada pandangan dan alasan-alasan yang cenderung membawanya ke arah mentaati  dan menerima penjelasan saya.

Mengamalkan sikap prejudis tidak membawa ke mana-mana.

Kesal

Setiap kali mahu memulai mencatat di ruang milik peribadii di Microsoft Words setiap kali itulah minda berasa terganggu.

Apakah jenis huruf bagi mewakili entiti diri dan tanah air saya?

Semakin berasa termanggu apabila yang dizahirkan piawaiannya ialah samada English UK atau English US.

Sementelahan menggunakan modem, kecurigaan oleh kemudahan pengaksessan oleh para hackers berlaku apakah lagi masih perlu wujud sandaran keyakinan tatkala kembali wireless jenama Linksys dijadikan pengatur pengacara pelayaran saya di siber?

Dahulu anak saya bersenda gurau dengan rakan Slamburgernya mengenai jawatan menjaga kilang gula di Perlis bagi menghindari manisan itu dinikmati secara rahsia oleh angkatan semut yang sukar dikesani kewujudannya.

Mereka tertawa dan saya juga tertawa.

Kini tangisankah yang mahu dihujani untuk meladungi teluk-teluk kekecewaan yang tetap teguh tidak tergugah walau dikasari oleh badai pengkompromian laungan danaan kebajkan menerusi tindanan ‘sharing, recognition dan participation’ ?

Bagaimanakah penggalian sumber-sumber pembinaan insan milik kita penemuannya seperti dibukakan pendominasiannya kepada orang lain?

BilaTiba Musim Damai Kita Menjadi Mamai?

Boleh bertanya lagi?

Wajarkah pendidikan dimahalkan tetapi pendapatan dimurahkan?

Lagi?

Wajarkah siasah ditiadakan untuk agama menetapkan?

Tidak faham soalan.

Bagaimana mukminah dibenarkan berfungsi dengan peranan yang dibenarkan oleh fekah supaya mereka tidak diwakili oleh pihak lain?

Kemunasabahannya sedang difikirkan.

Benarkah dakwaan dengan cara hidup yang sihat upaya hayat dipanjangkan namun dengan kaedah rawatan yang dibenarkan pembunuhan diwujudkan?

Tuduhan yang tidak berasas!

Pengguguran janin tidak boleh menjadi bukti untuk dibuat pertanyaan?

Soalan lain.

Usia-usia yang panjang mahu dipendekkan tempuh perkhidmatannya tetapi mahu dihantar ke mana mereka tatkala yang muda dididik menjadi tamak dan sedikit rakus dalam mengungguli kejayaan?

Tidak relevan.

Apabila dianjurkan berpengetahuan menerusi asuhan membaca ditemui jawapan, mengapa pula dicadang menjadi jenaka untuk ditertawakan?

Kita menukar wang.

Bolehkah moral dipertikaikan tatkala terlihat unsur tabarruj menjadi antara tuntutan pembinaan esteem diri?

Mengumpat?

Salahkah mencabar pengaktifan interaksi komunikasi dari proses pengintelektualan ilmu oleh frekuensi yang berhadapan dengan kerendahan pengaruh akibat terlalu mensasarkan kepentingan sendiri?

Beri contoh.

Dengan dasar dan piawaian sistem yang membenarkan pencerobohan sehingga mencemar nilai ketenteraman tidakkah keperluan-keperluan asas perlindungan bertukar menjadi tidak selamat, kecukupan makanan bertukar menjadi kelaparan rohani dan jasad, kesempurnaan berpakaian pula bertukar menjadi separa terbuka hingga mendedahkan aurat sehingga ternoda wanita dan lelaki oleh perbuatan yang tiada hak.

Berhenti berlawan boleh tak?

Insuran Minda Terbakar

Mempelajari makna bebas di siber buat kita tersenyum tersumbing-sumbing menahan hati.

Mengapa?

Jika di tanah air buah-buahan yang mekar ranum putiknya dihindari dari hurungan parasit yang upaya menyumpik dan menurunkan mutu buah itu apabila  ingin ia dipetik dalam keadaan yang baik, putik itu dibalut dan dibungkus serapi-rapinya.

Menyembunyikan putik-putik yang baik ini hanya upaya dilakukan oleh penanam yang bistari yang tidak mengetikakan bahawa setiap putik-putik buah mengkal licin mulus itu dijamah apa lagi dihidu oleh anika jenis parasit atau hama yang berterbangan umpama langau yang memindahkan ‘keharuman’ hanyirnya buat dikongsi bersama yang menatijahkan buah gugur sebelum masanya.

Tersenyum dengan fenomena ini yang mana buah itu tidak miliki sama nilai dengan wanita yang dikagumi oleh parasnya kepada manusia.

Di mana sahaja di padang atau digelanggang ‘buah-buah’ mengkal ini seolah-olah mahu menjadi penentu status kelelakian yang dimamah usia menterapikan jiwa mudanya untuk tidak berasa tua.

Aduhai atas keperluan apa diakui hakikat ini?

Sudahkah dikau terjemahkan catatan khususku buat mu mengenai pengalaman memandu di sini?

Sakitkah Dimanipulasi?

“Sedang menjuruskan pengertian erti budaya moderat sejauh manakah sedia meminggirkan budaya menganiaya?”

“Apakah maksud kamu?”

“Adakah diterima seandainya saya tidak membenarkan diwakili oleh mana-mana pihak yang mengamalkan   rasuah dalam sistem pengkronian yang mengkhazanahkan pendapatan negara hanya untuk parti  dan kompenannya  yang berniaga dari kekayaan pendapatan tanah air yang terlihat diligarkan hanya di kalangan ahli sahaja tanpa upaya menglibatkan kesemua rakyat?”

“Dikau membuatkan daku termanggu untuk dicari kesahihannya.”

“Setakat ini pemimpin-pemimpin tanah air kita hanya berligar dari sekitar negeri Kedah, Pahang, Johor, kembali semula ke Kedah yang kemudiannya ke Pulau Pinang dan kini Pahang semula dengan Timbalannya dari negeri Johor. Selama lima puluh tahun tahun hanya keluarga ini sahaja yang menduduki tampuk pemerintahan dan apakah mellinium ini tidak mampu mencabar untuk apa ia dipertahankan?”

“Daku semakin membenci dirimu.”

” Mengapa? Adakah dikau tidak sedia kita mencabar secara sihat beretika dan beradab kerana kita bertamadun?”

” Kerana perkara ini akan dianggap sebagai ekstrim oleh para pemuda pemudi umno juga BN malah seluruh penjawat di sektor kerajaan dan swasta.”

WHO IS WASTING ALL THE TIME FOR ALL THIS CENTURY?

“Apakah para pemuda dan pemudi itu tidak peka seolah-olah negeri-negeri lain tidak berkeberdayaan untuk menjadi pemimpin kerana kebanyakan anak-anak negeri yang berkelayakan tidak dilahirkan oleh dinasti Doktor Mahathir atau dinasti Aruah Tun Abdul Razak yang juga bernasabkan dinasti aruah Dato Onn?”

“Dikau bersikap fanatik!”

“Malaysia ada sistem Raja Berperlembagaan bukan berdinasti kekeluargaan!”

“Begitu lancang suaramu!”

“Saya perlukan jawapan tatkala persengketaan kroni perlu disanggakan ke atas diri rakyat dan disaratkan bebanan ke atas mereka masih mulia wajah mahu dipelihara.”

“Apakah perlu menjadi anak orang kaya terlebih dahulu baru boleh terbuka peluang menjadi pemimpin?”

“Apakah pula pendirianmu jika individu itu termasuk ke dalam kumpulan lelaki yang mendiskriminasi kaum wanitanya?”

“Isu saya ialah apakah kepimpinan ini akan bertukar menjadi kepimpinan berdinasti untuk akar rakyat yang tertentu sahaja lantaran keperluan memelihara pendapatan negara yang menjadi hak ahli sesuatu parti sahaja yang berniaga bukan untuk memelihara hak bersama yang dimiliki oleh rakyatnya?”

“Apa lagi yang masih terbuku di hatimu? Luahkan sekarang.”

“Sistem undi pos yang sangat kejam yang tidak mengambil perhatian kepada rakyat yang bertungkus lumus berusaha mahukan hak-hak bernegara dihormati kerana mereka yang berkuasa sepenuhnya untuk memilih sesebuah kerajaan walau pun hanya dalam tempuh empat dan lima tahun sekali. Sangat sadis jika usaha telus yang tidak berbayar ini dikhianti oleh kesan undi pos.”

Diam pula.

“Isu pemindahan pengundi dan penyertaan ke senarai pengundi berdaftar bagi rakyat yang telah meninggal dunia menjadi isu yang diabaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya selama dua belas kali kita berpilihan raya tatkala saluran dalam tempuh masa berkempen hanya terbuka buat kerajaan yang memerintah sahaja tetapi bersifat tertutup kepada pembangkang yang juga dilahirkan oleh demokrasi.”

“Berterusankah mahu menuduh media tidak berjaya membebaskan diri dari memelihara kepentingan kerajaan?”

“Ya, selama rangkaian badan penyiaran kerajaan mahu pun swasta sepenuhnya dimiliki oleh kerajaan.”

“Tahukah dikau isu ini tidak perlu didetailkan kerana Amerika dan Eropah juga rangkaian media di Asia Jauh sendiri menjadi pelopor perbadanan penyiaran yang memaklumi bidang penyiaran dan permaklumatan yang bermatlamatkan mass media ini keperluannya adalah adalah terarah untuk berpendapatan bagi mengekalkan kedudukan serta prestasi mereka secara individu dan berkumpulan bukan sepenuhnya memenuhi wawaran berpradigma iman sebagai proses yang mempercepatkan daya pertumbuhan keamanan?” “Cuba dikau jawab apakah persekitaran-persekitaran yang dianggap kondusif jika natijah dekad mellinium ii masih dijadikan kesejagatan sebagai hak untuk mendiskriminasi?”

“Berkata lebih mudah dari bertindak! Tuliskan soalanmu di kertas dan tinggalkan di atas meja saya.”

Kegloblalisasian tidak wajar hanya menjadi payung buat beberapa wilayah sahaja yang mengumpulkan kroni untuk digerakkan kekayaan tatkala kemiskinan tidak sedia dicabar.

Apakah bentuk kemiskinan masa kini tatkala Parlimen diberikan nilai istimewa tetapi perwakilannya yang mewakili suara rakyat diberikan taraf yang rendah untuk tidak dihormati kerana mewakili parti yang tidak termasuk ke dalam komponen kerajaan?

Apakah yang ada buat kami rakyat yang semakin tahu hak dan kebersamaannya?

Adakah dibunuh/didakwa tanpa bukti/diabaikan/dirasuahkan atau Tuan-Tuan ada pilihan lain yang lebih baik dari ini buat kami yang dianggap merupakan ciri kemiskinan alaf baru?”

Apakah perancangan yang ideal untuk memulihkan kebenaran kebersamaan dalam mendapatkan keadilan?

Apakah sistem memilih di dalam pilihan raya perlu berterusan dimuslihatkan penipuannya?

Apakah kesinambungan pertalian kekeluargaan keluarga di kalangan sepupu ipar dan menantu bukan sesuatu yang perlu direncanakan apabila keuntungan parti yang berniaga perlu dipelihara?

Boleh tahu – Tuan-Tuan mewakili siapa?

Apa yang mahu dilakukan kepada pendirian yang berdasarkan fakta bacaan?

Wajarkah berterusan diterima sahaja dakwaan meracun fikiran dari setiap aktiviti membaca?

Tuan-Tuan mahu menyalahkan diri saya tanpa sedia menyalahkan diri sendiri?

Bagaimanakah Makna Se Tanah Air?

Bagaimanakah mahu diadili andai serumpun sebangsa senegara namun saling menentang untuk berpaling arah?

Mengasihi warga senegara tentu tidak terjadi penentangan penafian juga pemencilan.

Berbangga dengan negara tentu tiada kuasa menjarakkan rasa cinta sesama manusia.

Penunjuk sudah memberi tanda andai segalanya tanpa nilai dan harga agama nasib akan berpilih-pilih untuk dibela.

Sesuatu sentiasa ada akhir dan nokhtahnya.

‘Adakah negara yang membina agama atau agama yang membina negara?’

Runding cara untuk bertata negara adalah membangun dan membina minda berfokus untuk menjadi kuat bukan dengan memisahkan dan menceraikan setiap jiwa yang senegara setempat tertumpahnya darah walaupun saling berbeza arah melangkah.

Ingin diketahui apakah yang harus berubah?

Haruskah kita menyedari bahawa andai memang benar wujud sesebuah negara yang tidak mampu memberi perlindungan dan memelihara keselamatan warganya dengan mengekalkan keamanan dan terus-terusan tidak berupaya melahir dan menciptakan kepercayaan untuk diyakini dengan memberi peluang dan kesempatan untuk rakyatnya memperbaiki dan memelihara sikap dan membuat penilaian yang baik terhadap sesuatu tindakan,wajarkah kewibawaan kita dipersoalkan?

Apakah tidak diwajarkan agar ada perikatan perjanjian baru untuk melindungi dan memberi jaminan agar perdamaian dapat diusahakan untuk semua penjuru alam meliputi semua bidang kemasyarakatan kehidupan tanpa dibataskan mengikut keperluan tanpa dibatasi oleh pendirian politik,kepentingan ekonomi,penggunaan teknologi dan bidang kaji selidik biarpun dari berlainan bahasa dan seni budayanya juga agama.

Mengulangi semula untuk sekian kalinya apakah mungkin dari pendidikan yang baik bukannya memisah menilik mengagihkan urus tadbir sekolah-sekolah yang terus mewariskan kedalaman jurang elit dan marhaen,pelajar akan lebih bersedia untuk bersikap menguasai diri berimej yang lebih bermaruah beretika bermoral berbudi dari kita dalam menangani masa-masa hadapan yang lebih mencabar?

Biar dan redalah pertikaman lidah perdebatan pengghujjahan pada masa-masa mendatang memungkinkan lahirnya persetujuan yang mampu diangkat dan diikat amanahnya dengan usaha dan iringan doa mudah-mudahan ia akan berjaya menjadi realiti.

Masa akan menentukan dan setiap kebaikan yang telah kita mulakan tidak perlu ada permintaan sebagai balasan atau pengiktirafan kerana memahami rasa kebertanggungjawaban.

Tunas Yang ‘Mati’

Mahukah diterima antara cabaran-cabaran masa kini ialah bagaimana mahu agar tidak dijadikan penganutan sebagai muslim adalah cara dan saluran untuk membalas dendam di atas perundangan syariahnya yang tidak  difahami sehingga berjaya menatijahkan  perpecahan sehingga menjadi sebab kepada fitnah?

Isu murtad bagaimanakah ditangani tatkala muslimin sendiri tidak sedia memahami asas-asas fardhu ain terhadap maksud lima hukum pada haram, halal, sunat, makruh dan makruhnya walau pun berpengetahuan dan berpendidikan?

Apakah wujud pembaharuan pada istilah buta huruf kepada celek intelek iman?

Apakah upaya diwujudkan perbezaan pendidikan dan pengetahuan  dalam membudayakan celek intelek iman yang berpaksikan pembinaan insan dalam konteks bagaimanakah mahu dilihat imannya seorang Nasrani dan berimannya seorang Yahudi yang dikenali sering menganjurkan permusuhan kepada Islam sebagai asas membina perdamaian bukan hanya semata-mata ketoleransian!

Bagaimanakah sedia tidak diplomikkan andai diujarkan beza status di dalam sosial tidak diperlukan di akhirat?

Adakah kerana itu  iman tidak sepenuhnya dituntut perlaksanaannya di dunia ini  sehingga keterlaluan diyakini Islam memundurkan ummatnya pada ketika kemodenan itu diperlukan pada fizikal dan rohaninya?

Sehingga terabai bahawa jenis sifat mereka yang bermasaalah dilahirkan oleh sosial yang masyarakatnya terdedah kepada jenayah oleh kesan kekayaan tidak teragih secara saksama dan adil dari lingkaran pendapatan yang sepenuhnya ditentukan oleh taraf pendidikan yang sistemnya diperniagakan.

Bagaimana dengan fenomena jumlah lelaki melebihi dari wanitanya  sehingga menzahirkan   keperluan untuk menjayakan mereka yang sudah melazimi hidup di dalam kemewahan?

Sesuatu yang dilihat ketara dari fakta yang mewujudkan kaedah bagi memperjudikan acara sukan kelihatannya wajar diperbetulkan oleh negara Teluk khususnya dan dunia muslim umumnya yang amat berminat pada sukan khususnya bola sepak tetapi agak tercicir dari upaya menguasai gelanggang mana-mana acara sukan.

Sukan pelancongan dengan disediakan stadium-stadium yang diberikan peluang untuk disewa bagi acara-acara serantau yang dilokasikan secara adil penempatannya upaya menjimatkan kos-kos di luar dugaan oleh tanggungan membina pasarananya perlu diberikan perhatian yang merintis dunia baru membangunkan sukan mengikut piawaian bina insan.

Kehilangan fokus kebanyakan mereka di dalam bidang pelajaran menjadikan kekayaan negara di tempat permaustautinan ini telah dicurahkan untuk membangunkan bidang sukan  sebagai dorongan agar belia lelaki mereka terlibat memajukan negara sendiri berjaya menyerlahkan realiti sosial masyarakat muslim.

Perbezaan yang lain ialah tidak ada penjualan senjata api secara terbuka. Menjual dan menyimpan senjata tidak dibenarkan tanpa lesen.

Masih wujud negara yang tidak menjadikan berpendapatan aktiviti menjual dadah (kecuali di Afghanistan)  walau pun mereka miskin namun pengguguran janin-janin oleh perhubungan tanpa pernikahan yang dikembang -luaskan kaedahnya oleh negara-negara maju masih menjadi kecacatan yang amat parah kepada dekad kemodenan dan ketinggian peradaban ini.

Lantas kerana itu kemodenan wajar dihayati dengan makna jenayah perlu disifarkan tanpa pengedaran dadah, tanpa jualannya walau wujud masalah ketagihannya yang berpunca dari rokok yang diletakkan bahan dari jenis dadah tanpa diketahui bagi tujuan pengedaran dan penjualannya yang didahului secara kecil-kecilan dan perseorangan. Isu kecil ini menatijahkan kesan besar yang upaya merosakkan sosial kemasyarakatan yang sepenuhnya mahu dihalakan dengan kemodenan.

Pengetahuan asas pendidikan sebelum berumah tangga juga wajar sudah memasuki tahap bersedia memberi kefahaman bagaimana unit kekeluargaan yang kecil dilihat sebagai keperluan masa hadapan bagi melahirkan kualiti nilai hidup yang disempurnakan oleh iman kesan dari pernikahan.

Isu saya salahkah diujarkan pertanyaan bahawa selama mana penzahiran minda barat dari interaksi hiburannya mahu kekal dilihat telah menyalahkan sifat asas kemanusiaan yang diberi kebebasan untuk memilih dalam membina sasar daya kemanusiaan yang berkasih sayang dengan nilai moral?

Bagaimanakah wujud anggapan kesemua mereka yang mengikuti atau melayari saluran hiburan menjadi dalil bahawa mereka mahu menjadi selebriti atau bintang yang dikenali?

Justeru itu salahkah jika mukminin memperbetulkan khilaf khianah ini?

Namun masih diulang gema tanya di manakah mukmin dan mukminah itu?







Redalah Amarah Ini

Ada sesuatu yang ingin saya tanyakan kepada dia. Boleh tolong sampaikan pesan?

Tentang apa?

Isu jaminan keselamatan setiap jiwa tidak sesekali boleh dipersenda dan dipermainkan kerana ia adalah tanggungjawab mereka yang miliki kuasa untuk memeliharanya.

Untuk siapa?

Katakan buat saudaranya di Gazza dan Iraq.

Dikau tahu bukan dia tidak mengambil tahu hal yang dipudarkan oleh masa kerana lelahnya menanti itu sering berakhir dengan sia-sia.

Katakan padanya seharusnya ini antara kaedah yang berupaya mendidiknya yang bercita-cita menjadi pemimpin agar sentiasa miliki idealisme perjuangan yang lebih matang terbuka adil benar bijak dan saksama selain jujur dan telus yang tidak sedia dipura-purakan.

Dia tahu dikau masih berhangat hati kerana masih tidak menerima jika pilihannya masih mahu dijadikan ‘mujaddid’ pembaharu zaman di mellinium ini.

Dia tidak faham maksudku tentang komitmen untuk membudayakan pembelaan wajar menyerlahkan kesejagatan dan menjadi paradigma baru untuk bersiasah. Agar dapat dihindari berlakunya khilaf atas kelemahan hingga melihat ketenteraan sebagai satu-satunya cara yang membolehkan penyelesaian dilakukan. Itu kegagalannya untuk menghadami.