Kehilangan Warkah Buat Perayu Lelaki Dayus

Pada hari ini sekali lagi kecanggihan dan maksud kemodenan interaksi upaya dipertikaikan tatkala catatan peribadi di blog friendster bertajuk Warkah Buat Perayu Lelaki Dayus dihilangkan tatkala dalam proses untuk disimpan sebelum diterbitkan.

Setelah catatan peribadi di email upaya dicerebohi tatkala masih belum selesai ditulis, apakah makna sebenar kemudahan peralatan yang mahu diyakini kepercayaannya di zaman moden ini?

Adakah hak penulisan juga merupakan harta peribadi yang dikronikan agar mudah dimiliki seperti yang mahu diwawacarakan oleh FTA yang mahukan syarikat negaranya sahaja kekal mendominasi yang kini diagihkan berwakilkan kepada negara-negara lainnya?

Malu ahhhh

WordPress tanpa memperakui hak-hak saya sebagai pemilik blog ini pemoderatornya mencerobohi dengan memasuki dan mengubah peluncur pada suntingan kiriman tanpa kebenaran saya.

Anda tidak boleh memajukan pembangunan teknologi dengan cara dan kaedah begini.

Ayuh Melobi Lagi

Bagaimana rahsia di dalam rumah tangga dibuka oleh media?

Bagaimana ya?

Bagaimana pula rahsia peribadi di dalam siber menjadi bahan cerita?

Bagaimana ya?

Bagaimana frekuensi dan pancar gelombang membuka rahsia?

Bagaimana ya?

Bagaimana kini kesemua ‘shutter’ kamera secara tiba-tiba berfungsi dengan petikan perakaman untuk dunia?

Bagaimana ya?

Bagaimana mengintip-ngintip itu bukan sebahagian dari sifat pendajjal yang bercatur demi dunia?

Bagaimana ya?

Apa jua kalimah tidak wajar menjadikan kita kecewa tetapi mudahnya keaiban ditutup ke atas sebahagian kecil komuniti untuk dilaraskan hak-hak Tuhan wajarkah dikompromi?

Ya Ummi Syafiyyah  binti Abdul Mutalib

Darah-darah megah bani quraisy tidak lagi sudi menjadi pengawal yang disegani

Ya Ummi

Pintu dan jendela tidak lagi ingini diruntuhi buat dijarakkan musuh dengan kami

Kini di antara mereka dengan kami telah menjadi sebati.

Ya Ummi Syaffiyah binti Abdul Mutalib

Tabarruj telah menjadi sinonim refleksi moden berjati diri

Semua telah melupai diri dan janji

Semua telah menodai hati dan hanya ingin hidup bernafsi-nafsi.

Belum Reda

268070509

Terkenang sewaktu berada di tingkatan enam guru Kertas Am meminta kami agar memilih tokoh setempat untuk dijadikan biografi lantaran telah menyumbang jasa untuk masyarakat setempat.

“Tokoh itu bukan sahaja dikira berjasa tetapi ada sesuatu dari dirinya yang membuatkan kamu menghargainya.”

“Misalnya apa ya cikgu?”

“Kamu sendiri yang membuat pilihan dan saya akan menerimanya sebagai hasil kerja yang memenuhi soalan untuk aktiviti ini.”

Waktu itu belajar di salah sebuah di Bandar Di Raja dan ingatan terimbas kepada sebuah nama yang sering diucapkan di bibir sewaktu belajar di salah sebuah bandar yang terkenal oleh menara gadingnya di samping kepopularan sejenis makanan tanda pengenalan tanah air.”

“Kamu tidak boleh memilih ayah saya sebagai tokoh yang dihargai.”

“Mengapa cikgu?”

“Ayah saya bukan pejuang yang dianggap penyumbang bakti buat negara kita.”

“Guru yang memberi tugas menyatakan kesediaannya untuk menerima siapa sahaja tokoh pilihan kami.”

“Tidak,saya juga guru.Saya sedar ayah saya sehingga bila-bila tidak akan diiktiraf sebagai tokoh.Carilah tokoh lain.”

Perasaan marah sukar dikawal pada waktu itu melihatkan penerimaan bekas cikgu terhadap hasrat diri untuk berziarah ke sana untuk menemubualnya buat diikuti perjalanan kisah hidup ayahnya yang dipilih untuk dijadikan profil biografi.

“Dato Kam Rad itu pembangkang. Orang sosialis.”

“Lantas kerana itu tiada sumbangan jasa yang boleh diperakui?”

“Apakah ciri-ciri yang membolehkan seseorang itu dianggap layak memiliki pengiktirafan sebagai berjasa?”

Sejenak seimbas selayang kenangan berputar kembali di saat melihat wajah-wajah tokoh tanah air yang telah terakam oleh sejarah namun masih ada wajah yang tersembunyi yang telah berjaya menghidupkan jiwa.

Di dalam Islam roh yang menghidupkan jiwa adalah keinginan dari hasrat mahu berbuat baik, berpesan dengan kebenaran menasihati yang berbuat khilaf lantaran kemahuan agar terbuka pintu-pintu kemuliaan untuk setiap manusia agar mereka berpeluang menunjukkan bukti biarpun di sudut dhammir yang paling dalam,bahawa rasa kasih kepada kebaikan adalah fitrah asal kejadian insan.

Sewaktu negara tempat permaustautinan memperingati ulangtahunnya yang empat belas tahun lebih muda dari tanah air terlihat kesediaan dan keupayaan negara kecil ini mengaktif kreatifkan idea-idea bernas yang berfokus untuk memfungsi dan membuktikan keinginan merubah menuju keamanan menerusi generasi yang menghayati bahawa pemikiran literal sahaja tidak berupaya mengakar umbikan budaya jika bahasanya tidak mencirikan imej bangsa kerana  bahasarasmi adalah bahasa pengantar kepada penghayatan ilmu dan bersedia membezakan penggunaan bahasa asing sebagai bahasa komunikasi yang mengintegrasikan penyampaian dan pengumpulan maklumat berinfo.

Bidang kajian yang diselenggarakan secara berhikmah merangkumi penaakulan sifat kemanusiaan menzahirkan kecenderungan untuk tidak berprejudis dan meletakkan sangkaan-sangkaan baik kerana  adalah tempat untuk dijana ketinggian diplomasi yang melahirkan peluang dan kesempatan untuk dipelajari kemajuan-kemajuan baru yang tetap mewarisi sifat tradisi oleh rasa tinggi penghargaan Penguasa terhadap ulamak.

Bagaimanakah dilahirkan daerah dan wilayah baru yang merintis kepada kemampuan untuk menjadi pasarana bermukimnya warga dan cendiakawan yang hadirnya mereka mewakili negara atau organisasi dengan hasrat dan tujuan memperbaharui tekad untuk bebas berpendirian,bebas berdikari, bebas memimpin,bebas berfungsi,bebas bersuara,bebas berkesedaran,bebas berubah,bebas berjati peribadi membina syaksiah dalam menganalisa erti demokrasi tanpa perlu terlalu terikat menjadikan alaf 21 sebagai alaf ketoleransian yang mensinonimkan kekuasaan tanpa kemanusiaan atau direlevankan agama dengan penafsiran baru tanpa penghayatan keimanan?

Meringankan Beban?

“Setelah melihat tindakbalas ujikaji terhadap telur penyu pada air didih 212 darjah  terbukti fakta tidak perlu dipertikaikan.”

“Berbeza dengan telur-telur lalat yang upaya  bernyawa di dalam wayar-wayar yang terbuang, kecuali apabila virus dan bakteria kuman penyebarannya mandul, telur-telur itu tidak mungkin menetas.”

“Dari uji kaji ini bolehkah disimpulkan bahawa sifat telur penyu umumnya tidak boleh membina kejayaan di atas kebinasaan.”

“Benar, begitulah maksud cikgu tetapi kamu mengaitkan proses fotosintesis dengan mengujarkan sifat tropisme.”

“Tidakkah graviti memberi sifat setiap benda  yakni tumbuh-tumbuhan haiwan dan manusia menyembah bumi cikgu?”

“Kelihatannya isu kita kali ini mencanangkan bahawa usah dikhuatiri apa pun jika menyakini Allah itu wujud. Jenazah yang diliang lahatkan juga upaya menjadi pengiktibaran.

“Ada soalan cikgu, bumi yang telah lama menakung rezab sehingga menjadi simpanan peribadi adakah ia bukan harta yang perlu menjadi hak bersama?”

“Ini bukan lagi bicara sains.”

“Sains fizik cikgu. Uraian sebatian yang sukar dikelaskan dari hukum Mendel.”

Maksud kamu sifat genetik?”

“Tidak juga apabila tidak upaya diasingkan di antara hak ahli dan hak induk.”

“Lebih kurang begitulah.”

“Mana adil cikgu, bukan semua ahli berindukkan  induk yang serupa.”

“Kamu tidak sedar di sini ada CCTV?.”

“Nasib baik saya telah membakul sampahkan transistor cikgu.”

“Kamu juga sama seperti saya?”

“Cikgu buang radio?”

“Televisyen juga.”

Kelas bingar dengan tawaan yang nyaring.

“Tengah hari nanti kita makan bersuap cikgu?”

“Suapan besar atau  suapan kecil?”

“Gusar suapan besar menggunakan dollar suapan kecil menggunakan euro.”

“Itu namanya rasuah cikgu. Ustazah kata tidak boleh dimakan.”

“Walau pun diberi percuma?”

“Lebih hina bila ada yang sedia menangguk di air keruh”

“Siapa?”

“Pemilik produksi dan stesyen.”

“Begitukah makna pintu gerbang cikgu?”

“Saya tidak pernah lalu di bawahnya tidak pula tahu bagaimana perasaannya.”

“Apakah tinggi pintu gerbang itu sama dengan pintu gol cikgu?”

“Mana yang lebih tinggi ukurannya saya tidak tahu tetapi sifatnya serupa sebagai persinggahan.”

“Penerapan sahaja lebih menyerlahkan kulit dari isi.”

“Mengapa semakin ramai yang meninggalkan negara cikgu?”

“Rezab sudah habis.”

“Lalu tiada benda yang kekal?”

“Nama kekal hingga ke kubur kerana itu nama mesti dipelihara baiknya bukan sekadar memilih yang ada makna.”