Isu Intelektual?

 Buta internet. Saya boleh digolongkan ke dalam kategori buta internet. Tetapi saya menyanggahnya di dalam diam kerana meminta dijawab kemusykilan di bawah ini :

Apabila anda mengabaikan aktiviti cetak rompak di kalangan para pembina ‘motherboard’ bagi cakera padat yang digunakan oleh syarikat komputer yang menjadikan sektor pendidikan sebagai medan mengasuh cemar intelek di kalangan pelajar yang dipersetujui secara waras untuk merasionalkan kegiatan penciplakan atas nama projek universiti yang turut dipelopori oleh Dekan dan Jabatannya melalui pembinaan jaringan hubungan setelah graduan berada di luar kolej dan universiti bagi terlibat dengan pembinaan semula ‘pengkronian’  berbentuk enterprise dan syarikat lainnya di dalam pengedaran tender, saya tidak fikir saya boleh dimasukkan ke dalam senarai buta internet walau pun tidak ada ijazah.

Adakah pembeli komputer dan laptop mengetahui tentang projek-projek yang diusaha samakan oleh aktiviti kolej dan universiti yang dibenarkan mengakses ke laptop-laptop tertentu bagi mendapatkan idea?

Menjadi malang apabila perincian bagi sistem pengkomputeran ini yang sepenuhnya dimiliki oleh badan bukan muslim dijadikan sumber bagi memahami dan mengenali bagi mempelajari sifat, sikap, kekuatan, kelemahan pegangan budaya, kepercayaan, adat resam, kelaziman, tingkah laku pekert,i minda, emosi, rohani, jasmani, sumber permakanan, sosial, pskitrit kemanusiaan, semangat spiritual, persekitaran, kehendak, tekanan dalaman dari aktiviti bersosial di antara pasangan suami isteri dan keluarga, lokasi pekerjaan, ruang komunikasi dan hubungan peribadi yang meletakkan fokus untuk memahami bagaimana masalah-masalah dikenali bagi menjadikan kesempatan untuk di dilemmakan sesetengah bangsa ini yang mewatakkan jati diri berperibadi bangsa.

(dalam hal ini tentunya saya merujuk bangsa melayu saya yang masih asli pembinaan jurai keturunannya tanpa perkahwinan campur)

 

Sementelahan sudah tentu sistem dan cara hidup seorang yang beriman dengan agamanya tidak sama dengan mereka yang hanya perlu berpendirian kerana beragama kerana itu masa hadapan saya kekal sebagai akhirat.

Bagaimana Upaya Diam Tatkala Saya Tidak Bersuara?

Saya tidak suka memaksa.  Semuanya perlu dilakukan dengan rasa terpaksa apabila dia suka memaksa. Dia mendakwa saya terlalu lantang berbicara tatkala saya tidak pernah mengeluarkan suara. Saya hanya menulis catatan dengan tulisan sedangkan dia yang banyak bersuara kerana berbicara.

 

Kali ini saya mahu mendengar suara santunnya menzahirkan keberanian.

Adakah siri ‘Jack Ass’ siri tontonan yang berupaya meningkatkan intelek?

Mengapakah mempertontonkan ponggong dianggap budaya berkemajuan di zaman moden sehingga dimeriahkan dengan dijadikan tontonan untuk tayangan keluarga oleh stesyen-stesyen tv satellite?

Adakah kerana rankingnya, kerana keberaniannya, kerana kebaratannya, kerana sifat seninya kerana bakatnya kerana kemodenan tamadunnya, kerana ketoleransian tingginya, kerana keterbukaan sikap masyarakatnya, kerana kebebasannya, kerana hak asasinya kerana kebebasannya atau kerana budayanya?

 

Adakah negara Teluk juga sedikit masa lagi akan membenarkan aksi menunjukkan ponggong menjadi slot adegan bagi mempertunjukkan pameran emosi setelah ‘belly dance’  menjadi imej bagi bangsa arab?

Inikah antara kaedah untuk ‘psikologi sosial’ setelah mendapat ranking untuk dibenarkan ia menjadi sebuah filem tontonan umum?

Tingkah laku ini akan mengubah peri laku moral siapa?

 Kecacatan akal siapakah yang mahu dijulang oleh generasi dan masyarakat hari ini?

Adakah benar masyarakat hari ini perlu dimodenkan untuk bersikap toleransi tinggi terhadap pembogelan jasad dan tubuh badan wanita dan lelaki yang menganggap ia adalah pekerjaan dan benarkah holly wood dan yang setaraf dengannya adalah institusi bagi melahirkan jawatan-jawatan ini di setiap zaman untuk diwariskan kepada generasi?

Mereka bukan perosak masyarakat kita kerana kita menerima dan menghormati cara hidup mereka.

 

Dan adakah Qatar dan masyarakat modennya mulai sedia membawa adegan bukan mewakili cara hidup muslim seperti yang dikandungi oleh Black Gold?

Apakah perubahan ini dianggap kejayaan takala ia hanya kelaziman tradisi yang diulangi dari masa ke semasa?

 

P/S:

Catatan peribadi saya dicerakinkan untuk menjadi simbol birahi tanpa berusul selidik tentang niat saya untuk memahirkan wanita bagi menolak sikap salah laku yang dilaraskan oleh ‘Ego Diri’ sendiri.

Satu lagi pesan saya berhentilah memaksa. Saat saya menerima makna berdiskusi ialah bertujuan mencari kebenaran dengan adil dan saksama.Usah meminta saya diam kerana saya sememangnya tidak bersuara.

 

 

 

Belajar Fizik Menolak Sihir?

Saya cuba bertanya tetapi tanpa suara kerana tidak mahu ada yang keliru dengan pertanyaan ini.

Jika tidak mahu mengeluarkan suara gunakanlah jari  tanganmu memegang pen atau menekan ‘key pad’ menyatakan soalan mu itu.

Dia masih terus memberikan pendapat tanpa diminta.

Anak-anak setan (Lucifer) mengapakah diberikan kepada wanita?

 

Apakah Ratu Balqis tidak memperlihatkan beberapa peringkat perhubungan antara alam maujud  dengan alam metafizikal?

Mungkin masyarakat saya masih kekal mahu menzahirkan sihir kerana naif tentang sifat jin dan syaithon itu ialah bergeraknya menyerupai kepantasan cahaya walau pun ia makhluk yang dilahirkan oleh api.

Oooooh masyarakat nusantara mu masih suka kepada pelajaran sihir?

Mereka tidak tahu makna istilah fizik. Sifir tenaga yang disamakan dengan masa, kemahiran yang dimaksimumkan dengan kaedah cara guna. Tidak tahukah masyarakat mu mengenai perkara ini?

Mereka belum moden lagi agaknya.

Walaupun mereka berpakaian setaraf dengan mereka yang berada di Holly Wood?

Saya berasa malas berbual denganmu. Semakin menyakitkan emosi.

Soalan saya lagi. Bagaimanakah wujud perbezaan di antara Kitab Perjanjian Lama dengan Kitab Perjanjian Baru apabila pembinaan laras huraiannya dipetik dari Kitab Testament yang asli?  ‘Why you still neglect the fact that when you modernize the language you change everything and is this the purpose for Nabi Isa (as)  when he do know which is the most secure place location people to be with without guided by Allah? 

What wrong with Christian Jews and Muslim now days? Itu maksudmu?

Dikau masih membaca buku? Oshin masih mewatakkan kisah perempuan. Ada buku kisah Oshin?

 

 

 

Sebahagian Dari Catatan Lama

Mindanya terkesan dengan makna dari surah An-Nisa ayat 119 yang  diperincikannya sebagai mencacatkan haiwan ternakan.

 

Kajian penyelidikan menjadi wacana Al-Quran  dan kepada siapakah mahu ditanyakan tentang kekeliruan mengenai Kod 19 yang menumbuhkan fakta fizik berdasar bilangan angka dari surah-surah di dalam Al-Quran?

 

Apakah  keunikkan  angka-angka  akan  menjadikan  manusia  semakin tersesat?

 

Syaitan  gemar  berbisik  supaya  manusia  suka berangan-angan dengan istilah hari ini melahirkan idea agar dibelah telinga-telinga haiwan ternakan yang kesannya menimpakan kerugian kepada masyarakat itu sendiri.

 

Terjemahan ayat itu berulang kali digemakan di hati.

 

Mengubah  mutasi  yang  penukaran  bakanya mengakibatkan  gen sel  menjadi  tidak  sempurna hingga  antigen keseimbangan  protein  tidak upaya mengimunisasikan  kedaya-tahanan  tubuh pemakannya, apakah  tidak  boleh  difikirkan oleh orang awam?

 

Bagaimana  pula  dengan  keindahan  yang  dibantu  pulih  untuk  menyembunyikan  usia  yang  kian  meningkat, tidak sengsarakah  tatkala dibenarkan  hormon estrogen  dikirai  rungkaikan  dengan  virus yang  upaya  dihasilkan  oleh implan?

 

Ahhhh wanita-wanita  ini  marahnya  sukar  difahami  riangnya pula begitu  mudah  diredakan.

 

Begitu rendahkah nilai seorang wanita?

 

Kepada siapakah mahu ditanyakan tentang risiko yang perlu didepani tatkala asid deosiribonukleik  mulai menyentuh minda untuk dicari kesahihan fakta anak ikan tetap membesarnya sebagai ikan yang tidak mungkin membesar menjadi yang lain dari benih ia dihasilkan?

 

Akan meruapkah kehangatan di hati oleh cemar batin yang inginkan penulenan diri?

 

Saya semakin gusar saat suara-suaranya semakin hilang di udara.  Saya hanya ingin bertanya padanya apakah ilmiah seperti tidak wajar diketahui oleh mereka yang tidak berpendidikan tinggi?

 

Bagaimanakah cara berkirim warkah antara Sultan di Aceh dengan King James 1?

 

 

 

Ke Manakah Dikau Menghilangkan Diri?

When can we do speak more sincere about numerical church architecture that have been built when we do know only islam be prove religion by The Almighty God?

Catatan pesanan ringkas dari C903 – 12/11/2011 ditemui di dalam fail yang bertindih-tindih judul kerana tidak terurus akibat sering berpindah randah dari Toshiba 1 ke Toshiba 2, dari Toshiba 2 ke Mini Compaq yang akhirnya menjengah ke Vaio Sony.

Ia menghilangkan hampir seluruh fokus saya dan menumpulkan minat untuk menulis. Sementelahan beberapa tajuk kecil dari fail yang tersimpan di USB hanya mempaparkan helaian skrin yang kosong.

Anak-anak mengusulkan agar saya menyalin kesemua catatan menggunakan tangan. Saya tidak mampu kerana tahun ini memasuki tahun ke enam membiarkan ‘mesin bodoh’  menjadi laman untuk simpanan catatan yang dihasilkan secara spontan yang semakin bertambah bilangannya.

Saya memang bencikan ‘mesin bodoh’ yang diberikan taraf intelek. Tidak adil mesin kaku mahu diberikan status intelek saat wujud kemahiran yang diasuh menyemai kecekapan berfikir dari manusia tidak berkelulusan tinggi dipersendakan.

Sonsangan ini agak kritikal di minda saya.

Bukan semua perlu menjadi ahli fizik yang memerlukan ketepatan kiraan untuk menguji kepantasan laluan cahaya. Semua orang boleh melakukan perjalanan ke bulan selain orang kaya? Mudah memahami logik mempesaingkan gender pada dunia rohani nasrani sehingga masyarakat kekal berkonflik.

Saya ingin mengutus bicara kepada Vatican City.

Rakan saya sudah menghilangkan diri. Dia semakin diam. Jenuh saya menanti.

Apakah benar Kota Kahirah menganuti kebebasan  yang  tidak  ada  juru  pandu  arahnya?

 

“Dikau tidak menyukai ku kerana anutan bahai ku?”

 

Dia membuka lagi rahsia peribadinya.

 

“Seni sastra apakah yang dinukilkan dari Al-Quran?”

 

“Seni ‘muraqabah’ yang mengemas rapikan diri dengan ilmu untuk beramal setelah beriman tentang Allah.”

 

“Sangka mu saya tidak mempercayai Tuhan?”

 

“Bukan sekadar mempercayai tetapi menerima kehadiran Allah di dalam setiap urusan kehidupan kita.”

 

“Bahasa membina intelek. Al Quran kami membina intelek apabila upaya ia dihayati menggunakan faham minda yang jelas. Apalah  maknanya  apabila  bahasa  yang  dituturkan  tidak difahami? Bagaimanakah diraih  kekayaan  spritual  bilamana  acuan  digunakan  tatkala berbahasa?”

 

Rawan  hati  bagai dipasung  luka. Apakah  tidak  upaya  tidak  dijadikan  tingkalak  menghadap  mudik  lukah  menghadap  hilir?

 

Dia diam sambil mencatat sesuatu.

Catatan saya bilakah akan selesai?

 

Rasional Sebuah Emosi

Rasional dan emosi  dihasilkan oleh pendidikankah?

Menungan panjang 2012 membuatkan saya perlu terus menyemak catatan-catatan dahulu.

Pendidikan menjadikan wujud sifat rasional dan emosi apabila pembetulan dan pembaikan kepada fungi dan peranan wanita tidak boleh sama kaedah pendekatannya di antara negara-negara khususnya di negara yang beragama.

Ahhhh wanita itu masih mengganggu jiwa saya.

Isu baru kepada masalah krisis masa lalu adakah setelah berakhir Peperangan Salib/ Peperangan Suci masih Nasrani tidak berjaya menubuh dan membentuk sebuah negara agama Christian yang tidak ditemui ciri dan sifatnya di Amerika, England, Perancis, negara-negara Kesatuan Eropah dan juga Rusia.


Wajarkah tidak ditolak atau diabaikan keberdayaan negara-negara bekas jajahan England,Perancis,Belanda dan Portugis mewujudkan negara beragama seperti keberadaan negara-negara muslim di Asia Tenggara.

Kali ini saya yang membuatkannya terdiam.

Kita benar-benar mahu mengekalkan keselamatan atau menjamin keselamatan atau membentuk keamanan atau memelihara keamanan atau apa?

Kini kami sama-sama terdiam.