Bangsa ‘t’

 

Dia tidak tahu kisah ini sudah disiarkan atau belum.

Cerita tentang apa?

Kisah jenaka dan komedi.

Bacakanlah biar pun ia telah disiarkan.

Ok.

“Masih berprojekkan American Dreamer dan Survivorkah?”

“Ada idea lain?”

“Bagaimana jika dijadikan Taman Binatang juga sebagai projek?”

“Tidak berasa simpati?”

“Mengapa?”

“Ayam-ayam di pasar yang mahu disembelih untuk dijadikan makanan itu kebanyakannya tidak berbulu,  kecil seperti bantut tidak membesar yang rupanya seperti anak-anak ayam tanpa diketahui jantan betinanya.

“Ayam begitukah yang dibekalkan menjadi menu kita?”

“Bulu ayam itu hanya terdapat di kepaknya sahaja. Waktu berhasrat mahu mendapatkan ayam segar memandangkan kerap sangat memasak ayam beku yang kecil dan sedang saiznya, saya telah ke pasar. Tatkala melihat rupa sebenar ayam yang boleh dianggap segar hati saya menjadi tidak karuan dan sebelum air mata merembes keluar, pasar daging ditinggalkan.”

“Ayam tidak berbulu! Sukar dihayati tatkala wujud  lembu besar  yang boleh diarak dibawa ke mana-mana.”

Saya mahu tergelak. Berhentilah dari berlawak.

Bagaimana jika kita menternak ayam yang dipelihara persekitarannya dengan kualiti yang tidak dicemari oleh sisa buangan dan bersih suasananya?

Kamu yakin suasana begitu ayam itu upaya membesar dengan fitrah aslinya sedangkan ianya dikurung.

Lembu sahaja yang harganya ditentukan oleh berat daging.

Senyum dan tawa saling berganti.

Apakah haiwan-haiwan ini miliki persamaan dengan kita di masa hadapan?

Mungkin kerana kita sama-sama memerlukan suntikan hormon untuk miliki awet muda dan kelihatan remaja pada usia yang senja.

Kita akan melahirkan dan membesarkan anak-anak di kandang-kandang? Begitukah maksud mu?

Beeeenaaar kerana itu Sony Alpha DSLR, Lumix, Samsung WB500,Pentax 7, JVC, Nikon D5000, Olympus e30&e620 digalaskan ke bahu dan mata anak-anak kita untuk merakamkan apa-apa sahaja yang akan dirujuk sebagai sejarah di masa mendatang.

 

Baru saya faham mengapa dikau semakin sukar mahu memaniskan wajah mu sejak akhir-akhir ini.

 

Saya membenci keadaan ini dan tidak akan membenarkan wujud penglibatan saya dengan mereka yang sejak berdekad awal-awal lagi diasuh untuk  diternak menjadi generasi tender.

‘Anda’ dan ‘Kamu’ Membuatkan Saya Malu

Masihkah keluhuran moden ini menjadikan sesetengah minda dijadikan tawanan kepada keterpaksaan yang apabila diadili dengan saksama setiap diri itu menjadi silu oleh keterlanjuran yang disengajakan sehingga aniaya itu menjadi tabiat sikap dicirikan?

Lalu di awal pagi pembantahan dirakamkan tatkala ‘bertengkar’ dengan laman face book.com

Ketelanjuran menguasai persaingan di medan telekomunikasi tidakkah melahirkan ramai mangsa?

Sejak bila perkara ini didiisukan?

Mengenai penolakkan untuk memuat turunkan gambar-gambar mu di laman mu sendiri?

Mereka ini tidak memiliki sistemkah atau sistem itu yang menjadikan mereka PENGKHIANAT kepada harga kebebasan yang mereka cetuskan sebagai perjuangan?

Hanya untuk ‘smart phone’ yang jenamanya berbagai pilihan dan PC yang diwujudkan banyak capaian aksesnya mereka sedia menjadikan persaingan yang berat sebelah dan tidak adil sebagai sifat mereka?

Maknanya murahlah nilai prinsip yang menjadi pegangan mereka.

Orang kaya atau orang miskin yang berrsifat begitu?

Kepada saya sifat tamak dimiliki oleh orang kaya dan juga orang miskin.

Lalu apa isunya?

Apakah rakaman untuk memuatkan rakaman video yang menjadi peraturan baru di face book itu diwar-warkan dan difahami oleh penggunanya?

Apakah pengguna awam face book memahami kandungan format yang anda tetapkan sekiranya mereka bukan bertaraf profesional?

Tidakkah pemantauan ini bersikap pendominasian yang menghalang hak kepenggunaan media lainnya selain yang mereka pilih untuk menjadi senarai penetapan dan syarat?

Apakah sifat utama Black Berry atau Nokia atau Samsung atau ipad atau Sony Ericsson atau apa sahaja jenamanya upaya membezakan peringkat usia penggunanya apabila kebanyakan muat alih turun naik akses internet dan komputer kemudahan ‘çopy – cut-paste’ masih menjadi ciri kelemahan utama kesemua rangkaian syarikat soft ware Microsoft Words, Google Chrome, Yahoo menerusi dotcom dan dotnet?

Catatan yang masih tidak selesai itu telah diselak berulang kali oleh mereka yang tidak amanah, begitukah maksud mu?

Itu menjadikan saya merendahkan nilai diri kebanyakan mereka walau pun status kelayakan diri mereka tinggi.

Sombong juga menjadi sikap mu?

Ya setelah mereka mengasuh sifat angkuh dan bongkak sebagai ciri pengenalan diri dalam mengisi tuntutan kemodenan.

Mereka mengisi kemerdekaan dengan kehilangan jati diri oleh konsep ‘hijrah’ sehingga pelepasan kenal diri itu dibentuk sepenuhnya oleh sikap profesional atau amatur.

Benar juga kerana itu ramai yang kini rela hidup bernafsi-nafsi apabila teladan itu tidak dibentuk oleh contoh untuk diikuti.

Kamu manis dengan senyuman.

Nilai barat nilai timur nilai utara nilai selatan memuakkan apabila penyatuannya ialah pro atau tidak sikap bagi mematangkan tindakan. Inikah nilai yang  mereka mahu paksakan untuk pilihan yang tidak diterima malah mudah dipertikaikan?

Apakah yang masih tersirat?

Bagaimana kita mengasuh dan mendidik untuk membela hak-hak pengguna siber dan menguatkuasakan  undang-undang terhadap harta intelek apabila gabungan telekomunikasi di antara PC, ‘Hand Phone’ ,Televisyen, Radio, Penyiaran, Percetakan, Penerbitan Media dibenarkan menggunakan capaian interaksinya yang pada masa yang sama  ‘membuli merendahkan’ harta dan hak intelek ke atas  hak cipta pengguna awam yang bersifat peribadi dan individu seperti nama tejathanaif@thanaif itu?

Maksudnya?

Tatkala wujud sessi pemboikotan atau pemembargoan atau sekatan ekonomi atas dasar politik yang berpilih-pilih bagaimanakah polisi pasaran terbuka mahu dihadami proses perlaksanaannya apabila sekatan ke atas makna merit itu masih berlingkar mengitari eliet dan sarjana yang masih bercirikan pemonopolian pendominasian pengeksploitasian terhadap makna kebebasan apabila peruntukkan undang-undang masih tidak dihormati oleh institusinya sendiri?

Apa Nilai Mimpi Mu?

 

Kelemahan sistem demokrasi Barat telah memberi impak kepada kestabilan dan keseimbangan politik di dunia Islam yang berkait rapat dengan penerusan penjajahan di dalam bentuk pemikiran yang menjurus kepada segenap bidang terutamanya pendidikan yang mengukuhkan hegemoni dan pembudayaan sistem ekonomi yang tidak adil umpamanya pengagihan kekayaan peribumi yang membelah dua corak masyarakatnya, yang membina jurang antara elit dan marhaen di mana sifat konsumernya menjadi liabiliti tatkala penurunan kuasa beli semakin menyusut.

Di mana pacuan perjanjian yang melansungkan perkongsian sebenarnya tidak benar-benar memberi permuafakatan yang membangunkan kesedaran marhaen miskin dan mundur bahawa mereka miliki kekuatan untuk melakukan perubahan bukan semata-mata menerima semangat keganasan yang cuba dihalatujukan oleh kuasa-kuasa penentu yang mahukan keterbukaan masyarakat tetapi menyempitkan peluang dan kesempatan untuk marhaen berdikari dan menentukan pilihan terbaik mereka (alasan saya menolak untuk bersama Mesir/Bahrain/Yamen/Libya) adalah berdasarkan kesedaran hanya mereka yang mampu dan berupaya mengubah nasib diri sendiri dan memiliki kejatian diri dan peribadi yang membudayakan akar umbi asal usul diri menerusi berasa bangga terhadap bahasa sendiri seperti yang telah dilakukan oleh penganut Kristian yang mengambil sebahagian besar fikrah Islam sewaktu berhadapan dengan ketinggian dan kemajuan peradaban yang telah dilakarkan oleh pemerintahan Rasul SAW dan kejujuran pemerintahan Khalifah di waktu zaman Abbasiah juga Muawiyyah biarpun berhadapan dengan penyelewengan oleh amalan kronisme dan nepotisme yang menjadi sebahagian amalan yang sukar diakui oleh sesetengah kerajaan lantaran keterbiasaan dan melihat ia sebagai kenormalan di dalam pentadbiran yang memisahkan agama dari politik yang memberi keraguan kepada minda kini bagaimana demokrasi yang wujud kini tiada roh keadilan dan tidak bersedia memegakkan kebenaran malah menjadikan persaingan sebagai pembentukan kekebalan blok-blok tertentu untuk terus menguasai kuasa?


Kebanyakan kita telah kehilangan ketuanan dan harga diri kerana sudah terlalu lama mewarisi pemisahan dan pengasingan rasa kebersamaan yang dihasilkan oleh pemikiran menerusi pendidikan dan kini kita bersama perlu menilai kembali keberdayaan tamadun yang ada ini untuk melahirkan kepimpinan baru yang lebih berwibawa dan menterjemahkan kelemahannya apabila mengemukakan idea baru yang menyonsangkan agama aqeedah untuk diberi persaingan oleh deklarasi politik.

Sendirian Berhad 2

Sukan – mungkin kami anak beranak berkongsi pada acara bola sepak jika kumpulan dan pasukan juga jenis sukan yang menjadi kegemaran kami dibawakan ulasan selarinya di televisyen.

Hub hiburan menjadi agenda negara arab?

Hanya mahu mewujudkan pusat pengkalan dunia hiburan tanpa identiti kemusliman sahaja yang dipersaingkan oleh negara-negara rantau ini untuk memilikinya?

Apakah remaja dan anak-anak muda memahami apa makna hub?

Pengkalan atau pusat aktiviti hiburan yang masih sama sifat ciri identiti dan jenis aktivitinya?

Lalu apakah yang mahu dihayati makna pembaharuan ini?

Apakah makna integrasi dan transformasi andai yang dibawa masih benda yang serupa samada dari holly wood atau  bolly wood?

Hakikat yang hanya berubah tempat sahaja.

Apakah mekanisme sifat yang upaya menjadikan muslim berbeza dengan bukan muslim? Atau dengan lunak manis untuk lebih bersantun apakah mekanisme yang upaya menjadikan yang beragama berbeza dengan yang tidak mempercayai agama?

Jika teja ku ada ingin ke sentuh jarinya sebagai tanda membantah betapa tergamaknya dia memberikan hak persamaan sebebasnya tanpa upaya ku fahami makna perubahannya.

Apakah dia mahu menjadikan setiap inci dan meter tanahnya ini umpama disko yang dikendalikan oleh joki dj yang bercaca merba jenis pembawaannya?

Kehendak siapakah yang akan diturutinya untuk kesekian kalinya?

 

Selebihnya saya sukar dari berhenti berfikir.

Buku-buku membantu mengaktifkan kerasionalan emosi saya dan aktiviti spritual sebagai muslim mengukuhkan kedamaian dan ketenangan jiwa saya.

Kehidupan aktiviti di sini sepenuhnya dipengaruhi oleh iklim dan persekitaran.

Pada musim-musim sejuk (bermula di penghujung Disember dan berakhir awal Febuari) bagi tahun 2011, sangat terhad tempat-tempat untuk dikunjungi. 

Premis dagangan di sini berbahagi tempatnya di antara keluarga dan pekerja bujang yang tinggal di sini  mengikut hari dan masa.

Lantas menjadi fenomena biasa apabila di setiap lokasi bandar Doha akan dipenuhi oleh pemandangan pekerja-pekerja lelaki dari luar negara khususnya di Souk, Corniche dan jalan-jalan utama seperti An Nasar , Al- Aqwaa, yang sering diabaikan oleh rakaman-rakaman petikan kamera tatkala menyoroti rak-rak buku di bandar ini.

Amat wajar diketahui bahawa masyarakat di sini khususnya masyarakat tempatan bukanlah merupakan ulat buku lantaran hanya ada sebuah kedai buku yang hanya dikendalikan oleh sebuah syarikat sahaja di premis-premis perdagangan utama di bandar ini.

Kedai buku utama ini pula lebih menumpukan kepada jualan barangan eletronik terkini yang kelihatannya begitu mendapat perhatian anak-anak yang masih muda usianya tetapi memilikki kuasa beli yang tinggi.

Sering saya tertanya apakah sasaran kanak-kanak dan remaja-remaja ini dengan alat-alat yang memudahkan pekerjaan sebagai seorang pelajar?

Kelihatannya mereka hanya berniat untuk bersuka-suka dengan pemilikkan peralatan canggih seperti Ipod dan Ipad sementelahan radas telefon bimbit yang banyak fungsi kawalannya pada hakikatnya tidak banyak digunakan oleh pelajar-pelajar muda ini.

Bukan sesuatu pemandangan yang mampu ditemui kelompok remaja atau anak muda (tempatan dan yang berlainan kerakyatan) membaca di tempat-tempat awam atau  di cafe-cafe yang menjadi tumpuan untuk bersembang sambil menikmati sajian kopi atau teh segera.

Mereka hanya berfokus kepada aktiviti-aktiviti mudah untuk tidak melibatkan fikiran sebagai wacana aktiviti dan rehlah.

Sungguh.

Sukar menemukan sebuah perpustakaan dan khutub khanah sewaktu mula-mula tiba lima tahun lalu.

Saya tercari-cari sehingga menemukan papan tanda Library.
Apabila dimasuki ia hanyalah kedai yang menjual alat-alat tulis dan buku-buku.

Pemilihan penggunaan papan tanda yang menggunakan kalimah Inggeris sesekali membuatkan minda tersumbing kerana istilah-istilah yang kurang tepat.

Ahhhhh bukan urusan saya.

Sendirian Berhad 1

Jumaat

Hari ini hujung minggu di Doha.

Setiap minggu kami akan bersiar-siar mengikut pilihan tempat yang ditentukan oleh anak-anak.
Jika mereka mahu ke pawagam kami akan ke sana.
Jika mereka hanya mahu berjalan-jalan tanpa ‘window shopping’ kami akan turuti.


Apa yang pasti saya tidak masuk ke dapur pada setiap hujung minggu.

 

Televisyen kurang mendapat perhatian anak-anak di rumah ini. Masing-masing ada pilihan dan selera tersendiri.


Saya merenung etika pembinaan teknologi ke atas cara hidup kami sebagai pengguna. ‘Penderaan’ menuju tahun 22 seperti menjadi hukuman ke atas kehidupan kami.

Sungguh televisyen masih tidak mendapat perhatian anak-anak remaja saya.

Saya tidak melihat kelainan pada diri mereka lantaran banyak radas yang ada membantu mereka mendapatkan kerehatan secara peribadi. Kecuali siri yang menyeramkan pada chanel 490 dan aksi-aksi lasak kebanyakan siri yang di udarakan di kaca televisyen atau cerita bertemakan kekeluargaan,  saya tidak menonton televisyen selain paparan berita dan rencana yang sesekali cuba disoroti perkembangan semasa keewangan dunia. 

Menyatakan berterus terang dengan suami bahawa apa yang menjadi minatnya tidak semestinya perlu menjadi minat saya begitu juga di sebaliknya.

Sitcom komedi saya tidak menontonnya kecuali sesekali sitcom Oprah dan Ellen Show.Itu pun sudah lama saya tidak berkesempatan berada di hadapan televisyen lantaran kerap terlelap selepas waktu maghrib. 

Apa yang penting apakah idea yang mahu dipersembahkan oleh siri-siri televisyen ini kepada penonton? Medan sasar Teluk ialah Afrika sedangkan kami masih memerlukan gelombang dari rantau negara kami yang sudah tentu bukan agihan dari terminal media perdana dan prima yang swasta.

Sasar laporan Al-Jazeera dan TV Press selain rangkaian berita dari Amerika dan England sepanjang sebulan ini mengenai kebangkitan kesedaran berpolitik di Mesir, Yamen, Tunisia, Bahrain dan Libya seperti tidak mendapat perhatian masyarakat tempatan.

Saya sedari kenyataan ini setelah bersiar-siar di premis, klinik dan tempat menjamu selera.Tidak kedengaran bualan-bualan mengenai apa yang berlaku di tempat yang dinyatakan tadi. Malah tidak terlihat genggaman akbar di tangan mereka mengenai isu -isu yang banyak dibicarakan di siaran televisyen tempatan.

Mungkinkah lantaran jumlah pekerja asing yang begitu ramai di sini yang berasa tidak perlu terlibat dengan apa yang sedang berlaku di rantau ini menjadi antara andaian di minda saya.

Ada kemungkinan besar keadaan di negara masing-masing tidak wujud keadaan seperti itu atau mungkin benar negara arab hanya tempat untuk mendapatkan faedah dan manafaat berpendapatan bagi rakyat asing di sini.

Nafas dihela panjang, andai begini rasa di naluri sanubari kami, alangkah sedihnya andai dimuktamadkan negara rantau teluk adalah milik bangsa arab sahaja.

Biarlah mereka yang menguruskannya mengikut apa yang sewajarnya mereka lakukan walau pun pada hakikatnya apabila diungkapkan bani arab akan tertusuk sembilu rindu betapa Kekasih seluruh ummat muslim ialah Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam.

Nabi Muhammad dan seluruh kerabat kekeluargaannya bukan milik bani arab sahaja yang kelihatannya tidak begitu mengendahkan ‘harta’ milik mereka sebagai bumi barakah.


Hanya kerana mereka tidak pandai mensejagatkan untuk diuniversalkan etika luhur akhlak Kekasih Allah ini, etnik lainnya bersedia meminggirkan diri. Silu malu masih tebal menyelimuti diri kebanyakan kami khususnya yang datangnya dari tenggara Asia.

Sementelahan nasab persepupuan bani arab ini hanyalah nasrani dan yahudi walau pun waris jurai Haman Qarun dan Firaun selain Abdullah bin Ubay masih mengitari lingkaran rumpun bangsa ini, kami tidak layak berkongsi apa-apa di bumi barakah ini apabila bukan menjadi kroni.

Dang

“Minda berasa amat tertekan. Selirat susur atur gentian perjalanan voltej menjadikan kemeluatan bermaharajalela.”

“Sehingga suaranya juga dikau benci?”

“Suaranya ditindih oleh suara-suara yang lain sehingga semakin sukar mengenali suara manakah yang asli dek tulen yang masih sebati sedangkan sifat manusia antaranya berhipokrasi.”

“Dikau gusar oleh ujaranmu sendiri atau dia yang akan berjauh hati?”

“Cara hidup muslim tidak sepenuhnya memerlukan teladan barat dan kemusliman masyarakat barat tidak wajar menuntut pengorbanan cara hidup muslim di Tenggara Asia.”

“Apa katanya?”

“Dia berusaha dalam diam. Mengawal dan memerhatikan setiap bicara ini dengan gari tanpa kunci.”

“Tidak baik berburuk sangka begitu.”

“Seperti dia tidak mengetahui bahawa sesungguhnya kita sudah semakin jemu dengan cara hidup dan budaya barat yang mengganggu sistem peradaban kemanusiaan walau pun telah berjaya mengilmiahkan sekular dengan nama moderat.”

“Dia menggari hati mu atau minda mu?”

“Sistem kekhalifahan kita tidakkah selama ini telah mengkonsepkan pengurusan Illuminaty dan Freemason  lalu mengapa wujud fenomena fobia kepada hukum syariat kita?”

“Itukah yang menyalakan sungutan mu terhadap soal unjuk rasa tentang riba yang tidak wajar menjadi pendapatan untuk perbankan keewangan Islam?”

“Itu sudah menjadi antara punca  jaminan bonus dan elaun diterima.”

“Petunjuk dari pendapatan perkapita benar-benarkah mewakili bacaan kecapaian taraf hidup rakyat di sesebuah negara”?

“Dia akan menggari minda mu.”

“Daku mahu dia berjalan sambil memamah angin. Adakah dia boleh kenyang dengan diet begini?”

“Apakah yang dikau mahu bina dengan setiap pertanyaan-pertanyaan itu? Dia tidak pernah tahu kewujudan mu.”

“Jiwa rohani jasmani emosi ku dibina oleh proses keinsanan walau diasuh pendidikan yang berusia lebih empat puluh tahun lalu.”

“Dia dakwa masa ini yang perlu dibicarakan.”

“Lihatlah realiti bahawa generasinya tidak berfokus lantaran tidak wujud sasar hala tuju bagi mematlamatkan kejayaan negaranya sebagai negara maju setelah sekian lamanya menjadi antara negara paling tinggi pendapatan perkapitanya.”

Ciri kepimpinan Illuminaty, Freemason, Mosanic, Zionis, Imprealis, Neo Konservatif Fundamentalis, Sekular Liberalisme selain Sosialis tidak menepati kepimpinan Kekhalifahan kita lantaran banyak kemusnahan dan pembinasaan selain penindasan yang diimpakkan oleh pemerintahan-pemerintahan ini.”

“Tidakkah itu sifat-sifat  yang dihasilkan oleh laras  ‘civilization’?

“Bantu boleh? Berujarlah di dalam bahasa rakyat (bahasa melayu). Ramai yang upaya memahami.”

“Usah dikau lupa pemerintahan-pemerintahan jenis itu juga mengimpakkan alam dan dunia semakin berhadapan dengan peningkatan suhu apabila sempadannya diperbaharui keluasaannya oleh lingkaran saliran minyak dan gas oleh pemindaan peraturan domestik wilayah-wilayah tempatan yang menjadi laluan pelayaran sistem aliran pemunggahan kekayaan kembali dimulai semula prosesnya.”

Entah ke mana telinganya entah di mana matanya entah di mana hatinya entah di mana jiwanya apabila jasadnya hilang dari pandangan secara tiba-tiba.

Lalu ku tambah catatan :

Rasuah dan salahguna kuasa masihkah sedia diasingkan dari pengadilan sivil dan jenayah apabila prosiding mahkamah tidak berlaku oleh pengendalian Tribunal-Tribunal Pesuruhjaya yang berjaya mencerakinkan fungsi-fungsi Mahkamah secara teknikal?

Adakah undang-undang Inggeris masih diterimaguna ke atas negara yang sudah merdeka?

Sumber makanan bagi penggunaan tanah yang didominasikan oleh faktor salahagih untuk kepentingan ketenteraan yang dicemari oleh uranium kesan penggunaan radi-aktif selain lokasi yang terdedah pada risiko menanggung beban yang diterbitkan oleh alam masihkah menjadi sebab alasan dikau bermundar-mandir atas nama tugas ke pelusuk dunia dengan tuntutan tuntutan elaun keraian untuk  ‘melancong sambil berehat’  dengan wang rakyat?