Menjawablah

Dia.

Termenungnya menggusarkan.

Dalam stuasi yang serba terencana untuk menjadi sempurna dia masih termenung.

“Saya ingin melihat mereka yang sedia menampilkan diri dengan jujur yang berani.”

Dia tiba-tiba meluahkan diamnya selama ini.

Benar. Dia bukan sesiapa dan tidak pernah meminta apa-apa. Itu bukan rahsia.

“Berapakah upah mereka buat mu dan upah dia kepada kelian?”

“Selama ini tidak pernah wujud perkongsian.” Dia senyum dengan ikhlas.

Dia pasti tidak akan mematlamatkan kebinasaan hubungan kekeluargaan andai ikatan  itu menjadi sebahagian syarat persaingan dan permainan.

“Pelupusan bahasa ibunda mu kah  membuatkan dikau masih tidak peka kepada makna sebenar bahasa ke atas hubungan komunikasi manusia?”

“Menghegomonikan kembali keuntungan dan kekayaan yang sedia ada apabila kekayaan hasil dunia 80% masih mahu dikuasai urus tadbirnya oleh minoriti 20%  yang membenarkan penerokaan hutan lautan sedangkan itu kawasan dan wilayah pemilik dhaif yang miskin, adakah sudut methodologi membenarkannya?”

‘Human Rights’ wajar tidak berada di bawah pengaruh politik kerana itu dia mempunyai alasan untuk terus termenung. Rangkaian pembinaan kroni menerusi sistem pilihanraya yang mempromosi penyatuan dengan punca-punca kuasa utama sukar dinyah usir bahawa Illuminati sedia berdemokrasi.

“Siapakah yang mahu kekal bersengketa? Makanan cara hidup budaya sesama kita tidak sama. Kegagalan untuk mendapatkan sokongan bukan isu tetapi keterlaluan menjadikan kesemua warga dunia berkempen untuk Amerika merupakan kelemahan kerana tidak upaya menghormati kemerdekaan. Ada yang berkudrah darah dan air mata hanya untuk mendapatkan kebebasan. Kecuali yang sedia berpangku tangan mereka memperoleh kemerdekaan di atas kesakitan orang lain kesan psikologinya kecil.”

Semalam dan kelmarin apabila anak lelakinya mengujar ‘wanita sial’ kepada salah seorang pelakon wanita Hollywood yang terkenal dengan bibirnya apakah sikap terbaik buatnya untuk dipaparkan kepada remaja itu?

“Mengapa diujar begitu?”

“Dia perampas kebahagian orang lain.”

Aduhai anak ku sayang.

“Lantas kerana itu, wanita agama kita amat perlu berbeza dengan penampilan imej yang diberikan oleh budaya dan adat kebiasaan dari negara barat. Hukum sandaran undang-undang fekah kita masih tidak diterjemahkan dengan baik. Kesempatan sering ditolak kerana syahadah itu tidak diberi ruang untuk difahami. Syahadah ini penyatuan yang tidak memerlukan modal selain kesedaran untuk yakin.”

Namun anak lelaki ku juga turut lemah kerana kesabaran di dalam solat itu tidak upaya ditumpahkannya di dalam pembinaan sikap. Beretika itu bererti berakhlak.  Akhlak selalunya hadir bersama iman yang dihadirkan oleh agama.Iman ialah kata dan perbuatan lantaran itu ia upaya bertambah dan juga berkurangan. Bagaimana ingin ku berimamkan dirimu tatkala solat itu hanya sekadar perbuatan dan suruhan sahaja buatmu?

Lamunannya terhenti.

“Kamu mempertikaikan mualaf yang kini menzahirkan ketidakupayaan kita yang dilahirkan sebagai muslim?”

“Ya tatkala aktif beracara di dalam kegiatan perdagangan ada di antara kita tidak bercemburu dengan perlaksanaan cara mendapatkan keuntungan.”

Anakku marah kerana berasa agama diperniagakan. Katanya agama itu cara hidup cara berfikir yang memberikan ketenangan. Siddiq itu tiada dusta. Benar bermakna tiada rahsia. Tidak berkhianah kerana beramanah Allah Melihat.

Beberapa tahun yang lalu direncanakan pembentukan minda sebagai jalan untuk memberdayakan kemaksimuman tahap pemikiran manusia dan kini inilah natijahnya.

Mana mungkin diabaikan wanita muslim yang upaya membentuk pemikirannya mengikut panduan Al-Quran dan sunnah meski mereka terpinggir oleh kebersendirian mereka yang tidak lansung mengikuti atau terlibat apa lagi mengetahui perencanaan penaklukan baru menerusi penjajahan pemikiran ini? Mereka tetap warga yang berentiti.

Merdekakah Jika Perlu Bertongkat Dengan Kuasa Luar?

9/3/2008

Keaiban yang paling besar apabila tidak memahami tujuan pilihanraya adalah amalan demokrasi yang memberikan amanah untuk dipertanggunggjawabkan kewajiban berkebajikan kepada marhaen di atas kekayaan negara yang membentuk warga yang berdikari tidak perlu bertongkat kepada pembiaya-pembiaya yang menatijahkan kemiskinan andai globlalisasi itu benar-benar adil dan saksama.

Apa juga agama atau keturunan kulit mesti dihormati hak dan prinsip kemerdekaan ia sebagai manusia.

Kemenangan Pakatan Rakyat adalah kemenangan warga dan rakyat Malaysia yang yakin kepimpinan di ke lima negeri dan satu wilayah persekutuan akan meletakkan Malaysia sebagai contoh dan model di dunia antarabangsa.

Badan Kehakiman antara pertubuhan yang akan meletakkan Malaysia sebagai juru bicara keamanan dunia setelah ia distuktur rungkaikan semula menjadi benar-benar bebas dari pengaruh politik dan tidak meletakkan mana-mana individu di atas undang-undang.

Pengalaman sebagai warga yang ternafikan hak untuk mengundi kerana berada di luar negara saat ‘berkuasa’ memilih wakil yang dipercayai mampu mewakili suara warga, dirasakan sebagai merendahkan harga diri saya sebagai seorang warganegara sehingga beranggapan diperlukan menilai semula erti hubungan diplomatik andai fungsi kedutaan tidak termasuk sebagai tempat paling wajar menjadi pusat pembuangan undi di alaf global ini yang turut bermakna tidak lagi relevan wujudnya undi-undi pos. Adakah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan di alaf 21 ini seandainya serentak setelah selesai mengundi, dilakukan proses kiraannya dalam usaha agar sistem perjalanan piliharaya tidak mendiskriminasi mana-mana hak warga.

Pakatan Rakyat merupakan kerajaan yang sah menurut undang-undang dan kepimpinan mereka tidak perlu dicurigai kerana inisiatif mencerdaskan ekonomi akan mempiawaikan integriti dan etika sikap yang program dan aktivitinya kini bertujuan menstabilkan perbelanjaan dari pendapatan negara dengan memandaikan marhaen memahami bagaimana kekurangan sumber dan aktiviti ekonomi (kesan dari penyalah-gunaan kuasa) akan menatijahkan pemaksimuman hasil pengeluaran (yang bermakna keuntungan) apabila syarat-syarat dan terma perdagangan mengikut lunas akta perundangan atas tujuan melindungi hak-hak warga agar tidak terabai.

Konsep dari modul pengurusan berlandaskan prinsip Islam pasti tidak akan membezakan warga atas faktor agama atau keturunannya kerana sifat universalnya telah dizahirkan pemahamannya oleh warga India dan Cina yang memberikan sokongan kerana tidak wujud ciri kuasa imprealis atau pendominasian kuasa oleh kerajaan Islam Kelantan(satu-satunya negeri contoh diurus-tabirkan oleh ulamak) yang amat perlu diadaptasikan ke Sabah dan Serawak demi memberikan keadilan berkebajikan kepada warga bumi putra.

Penzahiran ini menjadikan warga Malaysia antara warga yang bijak membuat keputusan kerana merealitikan (Kelantan) berjaya mengisi makna berdikari yakni merdeka dan bebas dari belenggu pewarisan minda ‘penjajah’.

Di Mana Akhiratmu?

‘Catatanku hilang lagi.’

Di mana?

Di sini.

Mungkin dikau masih didakwa merapu.

Itu kerana mereka berkhayal.

Berkhayal tentang apa?

Demokrasi dan kebebasan berasasi.

Isu lama.

Berasasi untuk mengetahui peningkatan harga keperluan sedangkan komoditi pertanian direndahkan pengangguran semakin bertambah.

Tidak usah banyak berfikir.

Mengabaikan manafaat membaca begitukah maksudmu?

Empatilah pada fikiran sendiri.

Sehingga beza mengurus dengan berniaga juga tidak diambil kira?

Apa perkaitannya?

Apabila kerajaan juga berniaga siapa yang mengurus negara? Sedangkan warga berkuasanya hanya di dalam tempuh kurang lima tahun sekali yang dihadiri oleh sikap lobi yang mendana laba mengurang integriti lantaran tidak boleh dihakimi?

Apa yang perlu dilakukan?

Tidak keterlaluan untuk diketahui pemimpin yang bagaimanakah yang mahu diletakkan dalam konsep satu pengurusan? Adakah yang bermasalah? Adakah yang berasuah? Adakah yang khianah? Adakah mengikut jantina?

Daku hanya terfikirkan penjara lalu lebih baik meminggir diri dari digari.

Aduhai saudari yang tabah lagi tenang. Proses membaca itu bukan terhenti di helaian akhir tatkala tamat pembacaan. Ia wajar disebar menjadi perbualan yang dimanafaatkan. Sengsara jiwa melihat puan. Atas tanda-tanda yang telah diperingatkan. Ria dan duka menjadi peringatan. Tatkala terlaksana perintah dan larangan. Di manakah gerangan duduk Cik Puan?

Mengapa gemar menjaga halaman rumah jiran berbanding menjaga halaman rumah sendiri?

Kesamarataan di dalam Islam membenarkan lelaki dan wanita memiliki tanggungjawab dan menunaikan amanah tanpa dipinggirkan di antara sesama mereka sehingga mempersaingkan jantina. Perhitungan dosa dan pahala bersama mereka dipertanggungjawabkan kewajipan menunaikan dan meninggalkan apa-apa yang menjadi perintah dan apa-apa yang menjadi larangan.

Apa isumu?

Masa hadapan kita adalah akhirat!

Personal Peribadi Lagi Individual?

“Marahkah andai daku bertanya?”

“Tanyalah.”

“Dengan kekalahan satu berbanding menang di enam atau tujuh kerusi perlukah pungutan pendapat untuk mewakili sebuah parti yang mendapat sokongan dan penentu arah politik tanah air?”

“Maksudmu?”

“Adakah benar hanya Malaysia satu-satunya negara yang masih memiliki pengundi pos semenjak 52 tahun yang lalu dan setelah 12 tahun mengadakan pilihanraya?”

“Bagaimanakah berdiplomasi dengan ‘boneka’ yang dilahirkan oleh demokrasi?”

“Dakukah yang dikau maksudkan sebagai boneka atau kefanatikan mu yang sukar mengabai iktiraf yang telah tersalut ke bahu sehingga perlu mengampu diungkap perlu?”

“Pengiktirafan bermakna perlu adil.”

Semakin mahu dipusarakan sahaja bicara-bicara itu.

“Bantu daku buat dicari jawapannya bagaimanakah didepani kemunduran langkah kita yang berterusan tidak bersedia menjadikan undi untuk menegakkan perundangan syariat khususnya di kalangan muslimin buat ditolak kaedah Amerika dan England yang memperbaharui pengurusan kekayaan menerusi demokrasi?”

Diamnya tabiat yang mudah diteka jawapannya.

“Adakah kerana kelemahan yang berterusan dari sistem pendidikan yang tidak berpradigma untuk mengidentitikan iman sebagai kaedah yang melahirkan warga?”

Dia kiranya antara pembekal pelayan-pelayan jasad yang menjadikan daku banyak membazir waktu mencari hala untuk saling bersatu pada saat ummah semakin menjadi medan yang tersejatbeku.

“Apabila dinyatakan tentang iman adakah wajar diliberalkan Islam ke atas muslim seperti mana telah menjadi tabiat agama lain dileberalkan sifatnya? Juga tatkala diujar bangsa (dalam hal ini merujuk melayu) adakah diabaikan ummah yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis etnik yang menggambarkan keseluruhan penglibatan manusia saat perkauman bangsamu itu mengelirukan waras akal ku! Apabila wadahnya ialah kaum dan bangsa juga keturunan sahaja bagaimanakah dituntut kebertanggungjawaban terhadap ummah?”

“Diri mu semakin memualkan!”

“Tanda perseteruan di antara kita? Pelobian itu telah mempariahkan seluruh minda warga dunia. Daku berasa jelek!”

Catatan ini hilang dua hari lalu setelah selesai proses mengirimnya di blog bertajuk Di Masa Mendatang Demokrasi Tidak Lagi Diperlukan (lebih kurang sahaja kerana sudah lupa)

Syuuuhhhhhhhh Diam!

Wahyu dari langit adalah pemberian dari Allah untuk manusia yang menerusi Nabi Ibrahim (as) dinyatakan kandungan suhuf-suhufnya iaitu :

“Wahai Pemimpin/Raja/Pemerintah/Presiden/Perdana Menteri/Putra/Putri dan hamba sahaya,

Sekiranya terjadi diabai hingga terlupa akan hak-hak Allah yang semestinya ditunaikan, sesungguhnya Allah tidak memilihmu untuk menjadi pemimpin agar kamu mengumpulkan harta dunia sehingga berlegar di antara kamu sahaja (mungkinkah kroni/nepotisme), tetapi Allah mentakdirkan buatmu menjadi pemimpin supaya tidak terkabul doa-doa dan permohonan mereka yang teraniaya yang dipohonkan kepadaKu (Allah) kerana Aku (Allah) tidak akan menolak permohonan dan pengaduan permintaan juga doa-doa yang disebabkan oleh penganiayaan biar pun doa itu DARI SEORANG YANG KAFIR/TIDAK BERIMAN.”

Bukankah ini catatan usang suhuf Nabi Ibrahim (as)?

Sudah berapa lamakah  Rasul SAW meninggalkan kita apakah kita semakin melupakan baginda atau perlu mencari pengganti Rasul SAW? Andai dikau tidak mahu berujar tentang sejarah daku tidak sudi berbicara tentang masa hadapan.

Seolah-olahnya dikau mengugut!

Seperti yang dikau mahukan bagaimana benarnya penjagaan politik melalui demokrasi?

Salahkah mengenal sifat-sifat baru?

Millenium nanti bagaimanakah demokrasi akan diorientasikan sesudah fungsi dan peranannya sebagai alternatif pilihan masih membimbitkan perjuangan bernafsi-nafsi yang membentuk perkumpulan-perkumpulan tertentu hingga di dalam sebuah negara hampir kebanyakannya akan menggambarkan wujud perpisahan antara warga yang senegara.

Masih dibelek catatan lama. Semakin tidak bernyala hasrat mahu berbicara lagi.

Meminggirkan sejenak sudut ekonomi (ekonomi adalah antara asas kemahiran oleh keberkesanan pendidikan tetapi menzahirkan penguasaan eliet), pendirian dari penghayatan agama di negara-negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi sudah semakin dalam meninggalkan bekas dan kesan yang menterjemahkan pencemaran budaya sehingga tindakan-tindakan pencerobohan terhadap pegangan nilai-nilai amat mudah disempitkan oleh ketidakpekaan terhadap pemahaman bagaimana hak dan kebebasan perlu dipelihara.

Penyelewengan melahirkan kebenaran seandainya bukan atas kesedaran lantaran kesediaan memilih, pasti pengurangan  kesengsaraan dan penderitaan ummat upaya dilakukan oleh kemahiran tinggi peradaban yang telah dihayati oleh kemajuan fikiran, namun apabila keadaan adalah di sebaliknya ia jelas mempaparkan pendidikan dari Allah sebagai peluang bagi mendapatkan petunjuk.

Peradaban telah merundum tatkala moralnya cela tidak beretika.

Maksudmu manusia moden tidak bersusila?

Kita tidak punyai sifat malu.

Bagaimanakah mahu melihat bahawa pegangan polisi yang mendasari analisa-analisa hingga berbagai ketetapan dilahirkan selama ini upaya mengasah mida untuk berpendirian hingga mampu mengawal dan membendung fikiran tetapi menjadi sempit oleh tiadanya nilai  piawaian yang adil lalu membina kesukaran dan ketidak-bolehan mengadun fikir bina idea yang lebih berani dan agresif bukan untuk menjadi radikal pada perilaku tetapi agresif untuk membentangkan ketidakjujuran menyeimbangi di antara kemahuan dan tanggungjawab yang menjadikan masyarakat sentiasa di dalam kepincangan oleh ketidak-sediaan untuk lebih berhasrat melahirkan sifat-sifat insan di dalam jiwa warganya?

Asuhan yang mencanai doktrin berbagai fenomena pelbagaian citrareka adakah turut menterjemahkan sikap saintifik berasaskan sangkaan dan dugaan fakta oleh pembuktian yang tepat namun masih samar kebenarannya?

Bagaimanakah buku-buku polimik penindasan politik yang dizahirkan secara haluminasi upaya dilakukan pembetulannya apabila sikap jumud dan statis sering dilahirkan hingga pengkaryanya tidak ditunjukkan jalan untuk bertaubat dan disedarkan ‘kemurtadannya’ adalah atas tradisi penghayatan akal semata-mata untuk disahihkan sesuatu pendirian?

Lalu benarkah di dalam pasaran, berspekulasi diperlukan untuk mengukuhkan nilai tawaran yang diselaraskan bagi memenuhi kehendak permintaan?

Bagaimanakah tanggapan yang dibenarkan untuk berspekulasi?

Adakah menerusi pemalsuan terhadap nilai tawaran yang bernatijjahkan dari rasa bimbang akibat dari tindakan-tindakan?

Adakah menerusi usaha-usaha baru yang mensasarkan kualiti sebelum wujudnya penolakan permintaan terhadap tawaran akibat persaingan yang tidak sihat di dalam pasaran oleh kehilangan nilai mutu pada tawaran itu?

Bagaimanakah benarnya kaitan di alam global ini apabila kehilangan semangat kebersamaan yang universal akan mencetuskan ‘sikap diktator’ oleh keinginan untuk terus menguasai?

Bagaimanakah mahu dilihat kerelevanan penggabungan sistem dua parti apabila pemusatan dan pengawalan kuasa secara esekutifnya hanya ke atas seorang pengendali urustadbir sahaja?

Bagaimanakah upaya dihindari penindasan politik yang berlaku berimejkan diplomasi yang demokrat keanjalannya?

Sejauh manakah hakikat bahawa pendominasian hanya sesuatu bangsa sahaja pada sudut ekonomi dan politik lebih cenderung untuk pemupukan nilai fanatik oleh konflik individu akibat dari persaingan mendapat dan mengekalkan untuk memelihara pengaruh?

Bagaimana pula mahu difahami kemungkinan-kemungkinan wujudnya permuafakatan di alaf ini adalah antara muslihat/akur janji/metrai janji/ bagi penyampaian maksud sesuatu tujuan lantaran tidak mudah terhindarnya kesan peninggalan sejarah yang saling memperalat dan diperalatkan adalah kelaziman yang normal di zaman moden dari kalangan moderat?

Bolehkah diam?

Orang Asli Bukan Hamba Abdi

“Marahkah jika diujarkan sesuatu?”

Matanya tajam menikam rasa.

“Apakah tidak upaya dibuka perbicaraan ilmiah bagaimanakah Amerika upaya didakwa sebagai negara fasad?”

Dia ternyata tenang. Mungkin saat soalan ini ditanyakan dia mulai memikirkan kesahihan dan bukti sehingga mendapat gelaran begitu.

“Apakah pula pandanganmu?”tiba-tiba dia mengujarkan tanya kepada ku.

“Adakah tidak mempedulikan perintah-perintah Tuhan wajar menjadi keunggulan untuk manusia berpengetahuan? Adakah dunia ini memerlukan tema fantastik yang bersumberkan imaginasi sahaja bagi mentabiatkan ‘kegilaan’ sebagai proses memberdayakan intelek”?

“Dikau keterlaluan!”keluhnya perlahan.

“Dengarkan kata-kataku  sebelum dikau bersetuju bahawa universiti-universiti di Asia lebih berdaya dan unggul sudut kemanusiaan dan ketoleransiannya.”

“Walaupun setengah di antara mereka dibelenggu beku oleh AUKU? Dan malang sekali dikau tidak menyedari bahawa bagi mengungguli kemanusiaan diperlukan pembiayaan. Terutama sekali saat tertimpanya  bencana dan isu kemanusiaan, diperlukan penglibatan awam untuk mendapatkan sumber dana sementelahan biayaan sukan dan liga terzahir seperti  terurus perencanaan keewangannnya,”sinisnya menceriakan jiwa ku.

“Apakah yang menentukan jati asli diri berperibadi insan apabila tidak jelas identiti pengenalan dirinya? Bagaimanakah kita bersedia menjadi warga yang tidak beridentiti di tengah jenayah moral dan kecelaruan masyarakat yang tidak mengenali erti kemerdekaan raganya? Dan apakah sememangnya tiada tabung khusus dari peruntukan PBB dan Negara Utama Industri juga Kesatuan Menteri-Menteri Keewangan Negara Kaya yang selama ini sedia berfungsi dalam mengawal harga sumber utama tenaga yang mengupayakan mereka membaca potensi pengoptimuman arah edar aliran sumber sedangkan bencana-bencana alam juga tidak sukar diketahui melalui musim-musim ia melanda dunia?”

“Apakah kewajaran diwujudkan imej pembentukan makna berpengetahuan apabila  ia sinonim kepada barat yang sedia menjualkan analisa pentelaahan dasar-dasar luar negara mereka untuk diundang pembicaraan yang digunakan secara bebas oleh pelajar-pelajar yang digalakkan melakukan pengkajian melalui projek-projek yang meningkatkan prestasi sesebuah jabatan untuk saling bersaing mendapatkan pembiayaan.”

“Adakah itu bermakna mereka menjual rahsia negara menerusi pendidikan?”

“Jika pelobian kepimpinan mereka  perlu dijana dan ditermakan adakah ia merupakan rasuah?”

“Ke manakah arah yang mahu dihalakan tatkala pusat pengajian  yang dianggap hebat antaranya kerana membolehkan warga berjati-aslikan peribadi mereka dengan lenkungan budaya dan adat resam pengukuhan dari agama. Keluhuran berperibadi dengan manhajnya yang jelas. Matlamat dan niatnya yang  jelas.”

“Teladan. Mereka tidak dapat melihat teladan yang dapat dicontohi. Mereka hilang rasional oleh tindakan pemimpin. Masyarakat juga kurang memberi kepercayaan.”

“Sehingga diabaikan bagaimana proses-proses membangunkan sebuah negara masih menempatkan kumpulan-kumpulan tertentu sahaja untuk mendominasikan kekayaan dan mengurus tadbirkan keewangan yang mewujudkan kelompok negara ke empat dunia?”

“Ada di antara mereka tidak upaya sampai ke peringkat itu malah tidak mengetahui di manakah selama ini kelompok negara  mereka diletakkan dengan menghitungkan jumlah lamanya memiliki kemerdekaan yang dibandingkan dengan  jumlah  bebanan tanggungan hutang yang bermula dari generasi mana ia ditanggung sehingga generasi mana ia akan diwariskan.”

“Menggalas beban hutang juga menjadi wajib sebuah institusi pendidikan? Ia tidak melahirkan jawatan Khalifah bahkan menawarkan lesen kependudukan.

“Khalifah  jawatan yang bukan dikhususkan buat kuasa semata-mata tetapi sudut kemanusiaan yang akal nuraninya diberdayakan dengan kefahaman menyedari pembangunan selidik kaji demi kemanafaatan berpengetahuan dilahirkan oleh agama.”

“Lesen boleh diberikan tetapi kewarganegaraan bukan lesen yang boleh dikomoditikan lantas hak-hak pelajar tidak wajar diabaikan kerana mereka juga menawarkan potensi-potensi baru di dalam kegiatan antara manusia.”

Kiriman Tanpa Alamat

Allah Maha Mengetahui kelemahan dan kekurangan hamba-hambaNya kerana itu Sifat PemurahNya tidak mampu diikuti oleh kita tanpa latihan bimbingan dan hasrat untuk ikhlas melakukannya.

Justeru itu menghubungkan masa hadapan dengan akhirat sebahagian tuntutan yang menjadi keperluan dihadapi dengan amanah.

Justeru itu pengadilan yang jujur saat mengadili penguasa perlu dilihat sebagai hak warga dan rakyat yang tidak perlu dicurigakan.

Misalan – perlu ditolak penerusan diaibkan mellinieum abad 21 yang menjadikan perjuangan diadaptasikan untuk memanjangkan hayat ‘survivor’ yang semakin tidak relevan untuk kekal meletakkan kesalahan atau kesilapan juga kekeliruan ke atas pihak yang perlu berusaha mendapatkan hak mereka untuk bermilik berstatuskan kemerdekaan mereka sebagai manusia.

Sesuatu yang wajar dilihat sihat apabila ditolak untuk diberi hak kebersamaan bukan warga sesebuah negara terlibat dengan siri pemilihan kepimpinan negara lain kerana kehendak keperluan setiap negara berbeza menurut sumber-sumber interaksinya dengan rupa bumi cuaca persekitaran sumber-sumber yang ada yang diterjemahkan oleh keperluan pendidikan sesebuah negara itu perlu bebas dari sistem idea dan nilai yang berlainan dari apa yang dimiliki oleh negara itu sendiri.

Saudari perlu tahu dasar yang dilahirkan oleh Kepenggunaan Perdagangan Pengedaran Badan Dunia mesti bertindak secara adil saksama untuk tidak membenarkan pemonopolian dan pendominasian berlaku kerana ruji setiap negara berbeza.

Kita berhadapan dengan ketiadaan ‘gudang penyimpanan makanan’ milik negara sendiri misalnya.

Kita berhadapan dengan ketiadaan ‘hasrat dan keinginan beragama’ itu mampu menjadikan Pembetulan Pengubah Suaian berstuktur dengan rangka dan dasar yang membentuk sistem.

Kita berhadapan dengan pembaziran dan pengabaian potensi-potensi warga yang dikelas-kelaskan mengikut kelayakan (di dalam hal ini anda perlu tahu kesan pendidikan yang diperdagangankan di dalam jangka masa yang panjang tidak akan menjadikan warga negara kita berdaya di dalam membinda projek-projek di negara sendiri apabila kaum elit dan bangsawan keterlaluan memenuhi kelayakan-kelayakan di dalam menguruskan kekayaan negara kita sehingga kemuflisan dipindahkan kepada warga yang sedia ada dengan kesan-kesan kerendahan pendapatan dan kelemahan kuasa membelinya) yang meninggalkan kesan pengangguran sepanjang abad.

Bidang-bidang baru pekerjaan mengharuskan bahasa-bahasa ibunda setiap negara dibenarkan berperanan.

Kita bermasaalah dengan pengurusan misalnya penggabungan perbankan hanya bersifat melindungi kepentingan korporat berbanding memelihara dan melindungi awam (mungkin anda boleh membantu saya untuk lebih memahaminya)

Amerika sebagai negara sekular tetap meletakkan fanatik agama sebagai pengawal urus tadbir pentadbirannya.

Anda perlu melihat sama isu Gazza dan Palestien untuk melihat realiti hakikat yang diperkatakan ini.

Sebagai muslim wajar digandakan usaha agar muslimat dilibatkan untuk berfungsi di dalam ruang yang sedia diadakan oleh hukum-hukum syariah menerusi sistem hijab lantaran pembaharuan millenium mesti membawa agama yang menjurus kebaikan dengan memelihara kebajikan kepada warga yang sistem moden demokrasi memberikan hak perkongsian negara adalah secara adil sudut kebersamaan dan persamaannya.

Saudari perlu menyedari hakikat tidak lagi dibenarkan isu kemanusiaan keamanan dan keselamatan digunakan oleh negara dan kuasa utama dunia dari tindakan kepolisian ketenteraan untuk mengakhiri konflik dan kesengsaraan ummah.

Juga dari cara hidup yang semakin sihat tidak wajar diaplikasikan penyelidikan yang menjurus ke arah menyebarkan virus dan wabak penyakit ke atas wilayah-wilayah yang mundur dan miskin tinggi kadar buta hurufnya yang kepekaan bersiasahnya juga lemah.

Nilai hidup Islam tidak perlu dicurigai.

Hukum-hukum syariat kita adalah untuk melindungi manusia yang mengundang keredhaan Allah.

Hukum-hukum ini lemah dari sudut perlaksanaan teknikalnya yang diwujudkan dari peraturan perundangan yang tidak sepenuhnya berniatkan mendidik misalnya adakah jumlah perzinaan tidak menggusarkan kita selain jenayah sivil dari pembuangan janin yang didenda dengan bayaran dan penjara sahaja?

Cerpen Beku Yang DiSejatkan

Mata kami tidak pernah bertentangan. Tidak pernah juga kami saling bersapaan. Sememangnya tidak pernah ada perkenalan. Ia hanya monolog panjang yang beramah tamah di antara indera rasa dan minda. Sendirian.

Selama ini mana ada perjanjian untuk diperakui hak di antara kita dan tidak manis andai mahu didakwa wujud pengambilan  pertukaran hak.

Mengapa?

Sempadan angkasa digariskah dengan warna tertentu sedangkan masa dipinta berhala tuju?

Senyum lagi.

Oh itu cuma mimpi-mimpi yang dipintal untuk berdiplomasi di dalam demokrasi.

Dengan menggunakan teknologi?

Senyum lagi.

Maknanya dikau mengakui dengan sah dan penuh kewarasan bahawa benarlah wujud penceroboh yang menggunakan setiap kemudahan radas untuk menafikan hak-hak berperibadi?

Kali ini dia tertunduk tersipu-sipu.

Apakah dikau menyangka isu menang dan kalah yang sering difikirkan oleh wanita?

Dia menggunakan kaca mata hitam bagi menutup rasa termanggunya.

Apakah dikau hanya memikirkan tentang takluk jajah sang juara sahaja yang berada di minda wanita?

Tiada senyum lagi.

Adakah dikau tahu hak yang dikau tuntut itu bukan menjadi hak saya malah padanya terhimpun hak-hak mereka yang teraniaya?

Adakah saya perlu menyaringkan suara untuk berkata bahawa terjamin  kesejahteraan dan tidak wajar digusarkan apabila hak-hak yang teraniaya diletakkan menggunakan hak saya?

Adakah dikau tahu saya tidak akan menuntut walau sebesar hama apa yang tidak mahu dituntut oleh saya?

Apakah kesemuanya ini wajar dinyaringkan?

Ambil apa sahaja yang kamu mahu tetapi usah berani mengambil hak-hak mereka yang teraniaya dan miliki hak untuk berharta! Dan usah berani menggunakan hak yang teraniaya untuk usaha yang membawa dosa.

Dikau tahu bagaimana akhirat dianjur kita bergagasan?

Ia adalah kerana setiap catatan itu pastinya ada di kanan dan kiri bahunya manusia.

Kali ini dia gugup dan daku yang berbicara ini  juga turut merasakannya.

Dikau tahu tanpa mahir berbahasa inggeris kita masih bernama manusia kerana maruah itu bukan terletak pada darah keturunan semata-mata.

Ya saya tahu darah manusia sama warnanya.

Jika begitu usah menuntut apa yang memungkinkan ia milik mereka yang teraniaya.

Dikau juga memanipulasikan demokrasi.

Ini adalah kerana maksud perluasan demokrasi mu itu semakin mengelirukan. Keadilannya bukan buat semua tetapi berpihak-pihak ia terlaksana.

Perbualan?

Apakah yang dikau menungkan?

Pengkronian yang kian terserlah semakin memuncakkan keresahan.

Bagaimana ia menjadi terganggu lenamu?

Tatkala ditaakulkan bagaimanakah dibentuk kemanafaatan dari pembacaan yang telah menjadikan kekeliruan sebagai sumber utama manusia bersengketa.

Hanya dari sudut penterjemahan yang ditindan dari penggunaan kata dan makna yang berbeza, fitnah telah menyelubungi keseluruhan dunia dengan sifat membias sukar dipasti di antara hak dan batil di dalam bermaklumat.

Kita berada di dalam kekeliruan adakah hanya kerana kesilapan penterjemahan dari penggunaan bahasa yang juga pertindihan di dalam penggunaan kata dengan tindanan makna yang berbeza?

Bagaimanakah ‘privacy’ di internet berupaya mengodem email-email peribadi  manakala  sistem pesanan ringkas  di talian bimbit dijadikan landasan yang menunjangi dasar kegiatan untuk pengutipan dana projek-projek kemanusiaan yang juga dilabelkan sebagai program pendidikan yang mendapat pesanan penajaan syarikat telekomunikasi?

Adakah stuasi sebegini upaya dikecualikan dari maksud ‘privacy’ yang berhak diberikan perlindungan oleh undang-undang?

Apakah maksud kontrak yang tidak difahami yang upaya diklafikasikan sebagai tipu muslihat?

Bagaimanakah dihayati maksud Karya Kita tetapi Hak Orang Lain?

Difahami tanpa wujud perjanjian yang ditandatangani sebenarnya tidak wujud perjanjian tetapi bagaimanakah keadaan ini diadili dari sudut penggunaan siber dan telefon bimbit?

Penggunaan bukan dari bahasa ibunda pengguna bagaimanakah upaya dijadikan sebagai antara punca pengguna berhadapan dengan masalah yang menjuruskan kepada terpedaya oleh simpulan muslihat?

Keterlaluankah buat mu pertanyaan ini?

Rasanya tidak tatkala isu rasuah telah diberikan penjenamaan baru.

‘Uses logic on difficult jobs’ – get someone else to do it – right?

‘Expresses themselves well’ – speaks English – right?

Semalam dikirimkan pertanyaan ini hanya untuk alasan agar tidak berperasaan bahawa hanya diri ini hidup bersendirian di alam ini.

Hahhahhahh

Betul rupanya diri ini memang bersendirian  tanpa miliki komuniti kumpulan atau keluarga.