“Tikar Emas Bantal Suasa Atau Berbantal Lengan?”

0927


Entah mengapa semakin rumit untuk didepani penghalimunan para pemolog citrareka ilusi jiwa.

Untai-untai rangkap peri minda ditutur sengaja dengan bicara bahasa.

Bahasa jiwa santunan agama tidak upaya diduakan kasih Pencipta tidak juga cinta para Kekasih mampu dinoda.

Serabut susun yang berselerakan bagaimana didaya untuk dihimpunkan?

Spontan rangkuman gelombang pancar suara menala desak resah untuk ditolak gelisah yang menyesak.

“Jelaskan berapakah keuntungan yang berjaya ditabungi andai Encik Hamba berurusan dengan kumpulan insan yang beramanah jujur tanpa kepentingan?”

Selaut relung indah pemandangan menikam mata.

“Cik Hamba Kelana, penggambaran Cik Hamba mengembara di Tanah Semenajung di Sgenting Kra perlu diakui wujud dua kuasa.”

“Apakah maksud Puan Hamba?”

“Cik Hamba mensasar untuk ditumpu kuasa yang mana?”

“Kiranya masih mentender sistem telekomunikasi.”

“Demi mewajahkan kroni.”

“Adakah ini hasutan untuk dilapiskan sebagai pengkhianatan andai berterusan warga didakwa bukan ‘kroni kepada negaranya’ berbanding kroni kepada penguasa?”

“Apakah kaedah penjimatan kos tidak bermakna amalan rasuah oleh berlebihan perbelanjaan untuk mengekalkan keselesaan ciri mewah gaya hidup atau paling mudah penjimatan itu terkandung maksud tidak mengamalkan riba untuk keuntungan yang diambil secara keterlaluan hingga ke peringkat menganiaya yang digambarkan dari pengambilan faedah signifikasi dari penyalutan sikap tamak.”

“Lalu bagaimanakah realiti sebenar yang perlu difokuskan oleh media dan medan ‘entertainment’ terhadap budaya kepenggunaan yang mensindromkan kemewahan tetapi perlu meraih tajaan dana dan tabungan untuk saluran berkebajikan warga dan negara miskin?”

“Lantaran alir arus-arus voltage masih tidak menyalur ke kebanyakan wilayah yang dibinasakan kemudahan pengangkutannya tetapi tegar untuk dibebani sengketa mengaut untung sesama penguasa.”

“Berapakah kos yang berdaya dijimatkan seandainya kemanusiaan itu bukan hanya di atas pembentangan kerja yang didasari falsafahnya sahaja?”

“Sesungguhnya upaya diusahakan ketiadaan kerugian seandainya berurusan dengan kelompok masyarakat konservetif yang tidak moden bersifat kekampungan yang jujur di dalam iman keyakinannya kepada Pencipta.

InsyaAllah upaya dihindari rugi.”

“Kembalilah kepada kebenaran agama akidah.”

Encik Hamba kelihatan bermuram durja. Dia tidak upaya menangkap maksud yang diberi makna.

Dia tidak tahu berbahasa.

Tanya Sama Hati

Apabila tidak memiliki lesen bolehkah memandu?”

 

“Sesuatu yang tidak sihat apabila memburu dengan batas sempadan yang tidak upaya dikenali batu batasan!”

 

“Merempuh papan-papan tanda yang menzahirkan kebuasan sifat pemburu!”

 

“Pelarian mahu disama-nilaikan dengan penghijrahan?”

 

“Kebebasan yang beretika adalah apabila tidak digunakan ketinggian teknologi untuk mengawal-seliakan hak-hak peribadi  minda dan jiwa!”

 

“Para pelarian akan menjadi kuasa penentu untuk membengkrapkan keangkuhan ego yang selama ini tersembunyi.”

 

“Angkut dan bawa keluar semua dana keuntungan dari pendapatan ke tanah-tanah halal yang syumul syariatnya seandainya jika ia masih tiada wujud, serukan perubahan untuk menggantikan barisan yang bercemar ras oleh kesatuan rasuah dan secara serius rasuah bukan perlu dihayati menerusi proses pemindahan wang sahaja tetapi ia wujud menerusi kesediaan berasimilasi yang menghalunisasikan keaslian peribadi untuk sering bersederhana lalu keraplah nasi bersenduk tidak dijamah yang dipandang sepi hingga menjadi lazim untuk memindahkan kesalahan kecuaian kealpaan ke bahu yang sengsara dan serba daif gaya kehidupannya.”

 

Akan berlansungkah lagi perkahwinan atas kepentingan dagangan untuk berbaris mendapat maruah untuk dihormati sehingga kera di hutan disusukan anak di pangkuan mati tak makan?”

 

“Inikah etika bila berbangsa?”

 

“Dasar buta hati  akan samakah dengan dasar pengenalan dasar buta huruf?”

 

“Memulihkan erti merdeka tidak sekadar dengan perayaan bukan dengan perarakan tetapi dengan kebenaran dan keadilan penghakiman  di atas kelahiran pewarisan bentuk-bentuk penjajahan yang mungkar dianggap sifat lazim untuk pengiktirafan pakaian perhambaan.”

 

“Kerana itu kaedah orang mahu digenggam menjadi pendekatan kita sedang konsep sebaik-baik ummah dibiarkan pendekatan kaedah pencapaiannya dirintis direncana diberi kepercayaan kepada yang wibawa pada wajah tetapi moralnya cemar oleh jangkitan racun virus.”

 

“Secara serius perlu diubah konsep pelarian itu yang akan mengubah dan membentuk pembaharuan untuk menguatkan ummah dan sandaran simpanan berasaskan kejujuran untuk dilihat dasar melindungi bukan dasar mengeksploitasi.”

 

“Adakah sah harta umum dimiliki oleh geran peribadi?”

 

“Kekalahan di mata Allah berbeza dengan ketewasan oleh meja perundingan yang mengabaikan kemanusiaan oleh sengketa yang diagendakan oleh warisan pelapis mengaibkan.”

 

Benar cadangan seorang anak muda,”mak cik kaum lelaki di zaman kami adalah hampas oleh pemilikan benih-benih rasuah !”

 

“Lalu kamu sedia menjadi tukang kayu yang asalnya anak raja?”dia tersenyum.

 

“Saya tiada saudara perempuan untuk dilindungi.”

 

Alasan.

 

Tata Susila

Tersua kembali catatan lama untuk diujar mula bertanya, mengapakah hiburan amat penting kepada media barat dalam ungkap kata mahu bermedatasi meluhur jiwakah atau mahu menghasratkan penjejakan duplikasi imej yang memberdayakan tenaga menjana kekayaan di sebalik kejayaan?


Roh yang memenuhi jasad menghidupkan jiwa yang dikemudikan oleh hati. Fitrah asal yang suci tanpa disedari akan tersumbing oleh gejala-gejala yang tidak mampu dikawal oleh qalbu yang mulai mengasimilasi keberkesanan gumpalan berbagai rasa.

Rasa itu ditumpahkan pada deria pancaindera.Miliki berbagai deria mampu menajamkan dan menumpulkan mata hati. Terbetik juga gusar hingga menerbit suara bagaimanakah mahu dijalin hubungan deria rasa dalam menikmati irama tanpa dihalakan naluri syahwat yang di dalam prinsip Islam ia antara unsur maksiat?


Irama menyumbang nada yang mengalunkan lagu bersarikata yang mempamerkan berbagai rentak laku namun ingin diujarkan juga berdansa di khalayak berpasangan adakah aksi budaya sedang dalam agama silu itu sebahagian dari iman?


Irama tergubah dari daya sensetif yang peka merakam imaginasi yang apabila benar pandu arahnya upaya dihayati oleh berbagai watak insan, bila diamati dengan rasa iktikad pengubudiahan kepada Allah, ia mampu menggugah isi nurani untuk sedar tentang hakikat kehidupan, wujud persimpangan nilai positif dan nilai negetif yang mengingini dibimbing suluh cahaya lantaran insan positif dan negetif sentiasa berada di persekitaran kita yang sedia diasimilasikan sehingga kita akan tertunduk tanpa arah, saat terjauh risalah yang mengungkap amar makruf dan nahi mungkar asas beribadah, memberi makna menyingkap surat yang tersirat untuk diserlah.


Rasa yang membelenggu bagaimanakah mahu memelihara akhlak agar apa yang didengar tidak meleka-lalai tidak menenggelamkan keseimbangan antara kewajipan dengan kemahuan khususnya terhadap remaja yang pada hari ini menjadikan hiburan sebagai satu keperluan?

Bermula dari niat yang baik diiringi oleh perbuatan yang ikhlas terzahir wujud perbezaan kelaziman berbudaya barat dengan timur yang cuba dipadukan menerusi irama yang perlu disedari upaya memudarkan kejatian identiti sesuatu bangsa dan meninggalkan kesan ke atas pemikirannya.

Misal niat menyemarakkan kasih antara suami isteri menerusi melodi ia adalah halal untuk dibangkitkan rasa saling memerlukan dan rindu apabila berjauhan, menjadi isu yang perlu ditangani apabila ia melibatkan pertautan jiwa yang berbeza jantina tanpa upaya dihindari unsur khayalan yang merosakkan perasaan akibat dorongan untuk mengundang kasih dan sayang yang tidak memuliakan nilai moral dan akhlak. Tidak mungkin yang halal itu upaya diindah oleh yang haram.


Berbagai tema dan saranan dengan pelbagai penghayatan dengan beragam kesan irama dari lagu berupaya mendidik menyubur semangat pembinaan nilai baik selagi ia tidak menyimpang dari kebenaran lantaran itu dengan jujur wajar diakui sudah sampai ketikanya agama dijadikan landasan untuk setiap kegiatan yang memproaktifkan generasi masa kini.


Realitinya di kesemua rumah radas eletronik telah menjelmakan kesukaran untuk diperbaiki cemar yang telah mengeruhkan suasana masyarakat dan sosialnya.Namun oleh kesesuaian zaman, anak-anak menggunakan berbagai cara untuk berhibur dan menjadi kewajipan bersama untuk mendorong dan memimpin mereka memiliki kesedaran moral yang baik menjadi cabaran kepada media hiburan untuk direformasikan agenda komersial mereka.

Umpamanya irama tradisional antara usaha dinamik yang mampu menyegarkan semula jati diri insan yang mendedahkan diri kepada akar umbi budaya yang meransang ke arah berbudi dengan luhur dan beraakal dengan sejahtera.


Akhlak terbina oleh budaya yang menyuburkan iman yang didokong oleh bahasa yang memiliki nilai estetika yang tidak hanya sebagai perantara ilmu tetapi bahasa itu membenih keupayaan untuk tidak mempertahankan kejahilan dan kesesatan. Justru kemajuan teknologi masa kini berupaya menghakis secara senyap jati diri dan melucutkan identiti budaya remaja apabila etika budaya barat tidak semua sesuai diikuti oleh mereka yag berada di timur.


Pilihan yang lain yang wajar diberi perhatian adalah kegiatan beriadah yang menuntun diperolehi ketenangan hati kesegaran rasa untuk berhibur mental yang wajar dilakukan secara tersusun untuk ditransformasikan kaedah berhukum syariat di kalangan para pelajar sebagai latihan memperkuatkan fizikal untuk diolah jasmani menjadi kuat zahir dan batin.

Wajar jiwa keperwiraan disantun untuk berbudi beramal atas desakan iman untuk mengenal dan melindungi hak yang perlu mendapat pembelaan bukan disemai benih kebencian untuk digalakkan permusuhan oleh pertikaian pengekalan kekuasaan.

Sekilas terbayang kemeriahan menerusi ‘aksi gadis-gadis pom-pom’ sebagai peniup semangat kesukanan sebenarnya tidak banyak membantu untuk memupuk sikap berasa mulia kerana masih pengeksploitasian wanita dilakukan secara rasmi dan agak sedih apabila ia mendapat persetujuan gadis-gadis itu sendiri.


Wanita dan lelaki tidak harus menjadi perumpamaan masuk tidak genap keluar tidak ganjil dalam memenuhi erti memberi fungsi diri.

Angin Menderu

“Dia gagal memperhambakan minda warga yang memahami makna kebebasan,”sayup-sayup hembusan angin membicarakan deruan.

“Dia selama ini tidak bebas kerana memerlukan penyetujuan dari berbagai pihak terlebih dahulu sebelum berjaya melakukan apa yang difikirkannya benar dan salah,”dengus air dengan deras pusaran.

“Dia tidak sesekali akan berjaya memilik-mutlakkan minda dan setiap apa yang bukan menjadi haknya,”sambar hangat bara api yang menyala.

“Emas perak atau suasa bukan hanya berlokasi di Utara, Barat, Timur atau Selatan  sahaja  bukan juga warga buana hanya terdiri dari jiwa  elit jiwa  bangsawan jiwa  raja sahaja sehingga hanya upaya untuk mempamerkan kekuasaan yang tidak upaya dibaja buat didewa lagi.”

“Akan bersedih dan bermuram durjakah dia?”

“Tidak!  tetapi anda memberikan banyak masa dan kesempatan buatnya mencari dan memahami informasi yang dibicarakan di dalam   helai hurai cerai perundangan yang  berfakta pemerendumannya.”

“Tahukah mereka betapa banyaknya permaklumatan yang perlu dihadamkan menggunakan kaedah penafsiran Al-Quran kitab yang  menganalisa dan ditafsirkan menerusi komputer? “

“Malangnya komputer itu mesin yang tidak tahu membezakan benar dan salah di antara yang hak dan batil.”

“Manusia masih merupakan sumber yang tidak boleh diabaikan.”

“Kita kerugian kerana tidak akan berjaya berkongsi maklumat penyelesaian mengenai hak-hak yang diperbataskan.”

Namun tanpa mereka sedari nyanyian-nyanyian terima kasih untuk semua yang dirampas  secara tidak bermaruah semakin menterjemahkan semakin lebat helai-helai daun yang akan keguguran, insyaAllah.

Boleh Bertanya Salah Mengkritik?

Bagaimanakah pemikiran dan cabaran yang dipersaingkan kekeliruannya bukan merupakan kesalahan?

Bagaimanakah berinovasi di dalam industri pembangunan masyarakat upaya dimiliki nilai-nilai kemanusiaannya agar terpadu keseimbangan makna maju, membangun, miskin dan mundur alam dan manusianya, pelabur dan pengeluar juga negara yang mengakibatkan hak tanpa pengadilan, wabak virus ditampung oleh perkhidmatan dengan kos penyelenggaraan sedangkan talaan gelombang yang diperolehi dari udara dan laut adalah percuma lantaran aliran penyerapan eletromagnet dari bumi adalah percuma, mikro pula upaya ‘dipaternkan’ sifatnya, makanan boleh ditempa ‘design’ semula bagi memenuhi budi alam kepada manusia.

Bagaimanakah ketidak seimbangan ini tidak memungkinkan kita berbudi dengan pekerti, menawarkan budi Islam dengan akidah yang membudayakan ilmu dengan kesedaran untuk bertanggung-jawab dengan jujur dan amanah?

Bagaimanakah pula untuk dinafikan persamaan kebersamaan ini yakni :

“Sesungguhnya :

1-Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim.

2-Lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukminat.

3-Lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh.

4-Lelaki yang benar dan perempuan yang benar.

5-Lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar.

6-Lelaki yang khusyuk dan perempuan yang khusyuk.

7-Lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah.

8-Lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa.

9-Lelaki yang memelihara kemaluan dan perempuan yang memelihara kemaluan.

10-Lelaki yang mengingati Allah dan perempuan yang mengingati Allah.

Allah telah menyediakan untuk kamu semua pengampunan dan pahala yang besar.

Kami tidak merendahkan sesama sendiri kerana meletakkan sesuatu di tempatnya.

Bagaimanakah upaya dihayati bahawa tidak wajar kuasa esekutif terletak sepenuhnya secara mutlak oleh hanya satu jawatan atau negara sahaja yang mendominasi?

Bagaimanakah diiktiraf peranan ahli-ahli Perwakilan yang lain jika kuasa hanya seorang sahaja dibenarkan memuktamadkan sesuatu keputusan?

Bagaimanakah diterima bahawa pemimpin yang beragenda adalah merupkan sesuatu yang tidak sihat?

Iklim dan cuaca sahaja yang berbeza namun sifat manusia tetap serupa walau di mana lokasi mereka berada terhadap keadilan dan kebenaran. Wajar difahami keadilan hak di dalam agama kami lebih bernatijjah apabila ia menjadi perundangan.

Cerpen Metafora Pemonolog

9/11/2008

0524

 

“Adakah mengasihi bahasa sendiri dianggap assobiah?”

 

“Adakah mengusahakan kehadiran keihklasan untuk diri sendiri dianggap orang lain tidak berniat mendapatkan reda Allah?”

 

“Tidak bijak mengepung kebebebasan pemikiran orang lain dengan fikiran kita sendiri lalu apabila mahu melihat lengkauan jangkauan memandaikan warga dan negara sendiri dengan bahasanya sendiri wajarkah dinatijahkan tidak upaya berfikir dari ‘luar kotak’?”

 

“Penyelidikan sains lebih mendekatkan manusia kepada Allah.”

 

Minda berterusan berombak dari kocakan jiwa yang dikabusi oleh kabut debu yang halus pasirannya memedihkan mata.

“Wargamu masih dipandang dengan curiga walau di mana mereka berada. Penerbangan upaya tertunda hanya oleh rupa. Usia yang dibawah syarat, diakui bebas dari pengamanahan ibu bapa masih terpenjara oleh hanya curiga mata dan ternafi undang-undang dikuatkuasakan secara adil, mana upaya jiwa ini beroleh damai yang aman untuk tidak ditolak sangkaan-sangkaan yang silap itu.”

 

“Bahasamu tidak berkembang dan ia tidak diperakui sebagai bahasa perantara ilmu. Warga lain menggunakan bahasa sebagai alat meraih kekayaan kejayaan malah kekuasaan dengan kepesatan zaman penyelidikan teknologi eletronik dan kamu hanya tegar menjadi pengguna?”

 

“Anda khilaf mempergunakan cara begini untuk projek-projek sekolah yang tidak adil pengagihan di kalangan pelajar-pelajar di bandar dengan  di luar bandar yang tidak menjadi pemangkin terbaik untuk pembinaan proses meningkatkan daya kekreatifan dan intelek pelajar yang digunakan prosesnya untuk berterusan dimonopoli oleh syarikat-syarikat utama sebagai penaja.”

 

“Ini diskriminasi pengaliran keintelektualan pelajar yang tidak adil kerana wujud jurang perbezaan pendapatan dan sosial masyarakat yang merugikan warga anda. Buktinya negara barat lebih jauh ke hadapan berbanding timur (negara yang disekat untuk muncul sebagai negara maju) kerana keupayaan proses kreativiti yang mencipta kesempatan dan peluang lalu akhirnya yang menjadi warga yang kelaparan dipenuhi jangkitan penyakit, mundur, jahil di dalam kemiskinan berhutang hingga pelacuran menjadi pekerjaan, kanak-kanak menjadi buruh dengan upah yang rendah yang diashik pesonakan untuk menjadi berjaya kaya dengan bola/nyanyian digarap kepentingan diri dengan kemegahan. “

 

Bagaimanakah sumbangan-sumbangan sebegini mengaktifkan deria warga?

 

Hadiah Buat Bonda

Sembang jiwa dek sumbing kerling menerawang minda menilik santun mengesan khilaf rintang menyusun.

“Bukan cemburu andai berasa curiga kepada orang alim yang mencintai dunia tetapi curiga kepada penguasaan diri terhadap agama yang masih jauh dari sempurna.”

Ukhtie Tinta,

Lantaran kita bukan Khadijah, Aisyah atau Siti Fatimah

Kita tidak bersuamikan Rasullullah

Tetapi kita bertuankan Kitab dan Sunnah

Kita pemilik warisan ‘nubuwwah’

Bukan kita mahu mengambil tempat Imam Penyatu Ummah

Tidak sesekali terbetik khabar indah untuk dimukaddimah

Mengakui diri sebagai saiyid atau saiyidah

Tetapi luka sudah kembali berdarah

Tatkala para Syeikh dan Syeikhah

Mengoptimumkan daya-daya telekomunikasi sebagai wadah

Dada-dada angkasa berkelabu sejarah

Menggugurkan rintik-rintik cela akidah

Menyumbang curiga warga oleh pemerintah

Suara pena dari Iqra’ bahasanya menterjemah

Manafaat ilmu fahamnya menurut bahasa lidah

‘Kamu adalah lemah sedangkan jawatan ketua itu amanah’

Kepada Abu Zhar nikmat melimpah

Sabar biar dengan istiqamah.

Umpan Di Air Tenang?

Sedang memikirkan bagaimanakah kaedah yang paling tepat untuk menjadikan Allah dan Rasul sebagai mentor kepada manusia dan alam yang menjadi mentee.

Tidak wajar hanya sudut aktiviti kehidupan dunia sahaja dipandukan oleh Mentor dan Mentee kerana pengkaedahan motivasi dan manafaat konsepnya hanya sehala bernatijahkan dari negara maju sahaja sehingga menjadikan dunia berbahagi dengan ketara di antara kaya dan miskin di kalangan warganya tetapi tidak kepada para penguasa.

Baru perasan mengapa banyak sangat buku PTS yang dibawa balik berbanding buku-buku penerbitan yang lain.

Lantas minda menjadi terlalu kritikal yang sukar dibendung sehingga terbit dailog-dailog di antara baris abjad dan konsonan :

“Jika anda meminta saya tidak mencatat lagi- anda wajar meninggalkan laman pencatatan buku harian yang ‘softwarenya’ dibeli secara sah dari jenis yang asli (bukan cetak rompak).”

Mencuba menyepikan kritikal rasa ditonton drama-drama Jepun dan Korea membuatkan minda  berujar sendirian dengan perlahan dibisikkan, bagaimanakah cara yang ideal mahu dibezakan hak milik peribadi jika dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan menjadikan alasan dan punca ia bukan lagi menjadi milik persendirian?

Menenangkan jiwa disusun semula abjad dan konsonan lalu menjadi bicara:

“Apabila kita hanya memiliki koridor sahaja bukan syarikat multimedia yang benar-benar bebas dimiliki oleh muslim ,susunlah kegelisahan di dalam hati apabila  setiap aksi dan tindakan didominasi/manipulasi/eksploitasikan secara tidak adil tidak benar di dalam usaha menjauhkan ummah dari fitnah di akhir zaman.

Tiba-tiba racun menuba sengsara deria.

“Ke mana perginya perempuan yang rambutnya putih, mak?”

“Hah !” terkejut dan tersentak.

“Lelaki yang berambut putih dengan lelaki hitam itu siapa yang lebih baik, mak?”

“Hah?” hela nafas kerana sakit perut mula bercampur dengan ketawa yang ditahan.

Mengenangkan tangan-tangan halus itu sedang melumuri minyak di perut diri berusaha melayan.

“Cikgu mengajar apa di sekolah? Adakah tentang apa yang ditonton di televisyen itu?”

“Mana ada. Adik fikir sendiri. Siapa yang baik di antara mereka, mak? Perempuan yang pakai cermin mata itu baik tak orangnya?”

Ketawa mulai bergema dan sakit perut terus hilang.

“Aduhai, anak mak.”

Diri mendakap erat berusaha untuk memindahkan kemelut dan dilemma anak kecil yang selama ini memerhati mempelajari di dalam diam setiap aktiviti yang berlaku di hadapan matanya ke dalam minda.

Sengsarakah anak ini di dalam bisunya?

Deritakah anak ini di dalam butanya?

Resahkah jiwanya di dalam ria dan senyumnya?

Gundahkah hatinya di dalam kebersalahan untuk tidak sedia memahami?

Siapakah yang sakit pada saat-saat yang terus berlalu ini?

Siapakah yang merana pada saat-saat yang terus tiba ini?

“Biar adik yang jadi presiden di situ.”

Nyaring ketawa sudah terburai dalam waktu sendu masih berbisa.

Anak itu tunduk tersipu-sipu. Entah apa yang bermain di benak minda dan hatinya sehingga memaksanya menyembam muka di dada ini.

Anda lihat bekas tinggalan rasa ketidak-bertanggungjawaban kita terhadap minda anak-anak yang diasuh tidak tepat tempat dan caranya.

Anda lihat hasil tangan tinggalan media tontonannya yang mencari rasa kebersalahan dan khilaf kita yang tidak merelevankan masa dan saat untuk mengasuh tradisi mendidik yang tidak lagi menempatkan kasih dan berbelas kasihan terhadap anak-anak yang masih muda dan mentah penegtahuannya.

Anda lihat buah tangan manisan tinggalan yang menjadi pahit di sudut minda anak-anak kita yang mulai membenci dan saling bermusuhan pada perkara yang tidak sesuai dan berbuka dulu (catatan ditulis semasa bulan Ramadhan 1430/31Hijriah (2008/2009) ……….

‘Bila Mahu Berotan Usah Digentar Pada Onaknya

“Akak terhairan sewaktu mengikuti laporan berita di televisyen tadi.”

Sudah berminggu bercuti anak-anak tidak seperti stuasi di tempat bermaustautin yang membiarkan diri mereka berada di hadapan televisyen sewaktu merebahkan kelelahan kesan tersadungnya hangat pada jasad tubuh aliran pindahan panas permukaan bumi, mereka kurang berada di hadapan televisyen selama percutian ini.

“ISA  itu  untuk  penjenayah  alaf  tetapi  ciri  jenayah  masih  sumbang  pada  pengadilan,”kian nyaring ramah berbahasa anak dara ini.

“Dia hanya menjadi pembaca sedangkan bahan berita suntingan dan laporan dilakukan oleh orang yang berbeza.”

“Masih kerana urusan kerja atau status sosial masyarakat mengizinkan istilah itu digunakan atau atas keperluan kepentingan masih ISA sasaran hanya untuk memelihara keperluan?”

Harus bagaimana diungkap persoalan anak ini ?

Radikalkah mindanya?

Militankah bicaranya?

Ganaskah kemelut jiwanya?

Pernah disuarakan kepada angkasa yang menaakul catatan ini saat mendengar pemberitaan laporannya yang dibantah penggunaan militan ke atas muslim.

“Siapakah menurut pengetahuan ilmiahmu militan ekonomi di alaf millennium ini?

Dia tidak pernah menjawab sebegitu banyak pertanyaan yang diajukan,malah berterusan tanpa rasa malu mengekori dan menjejaki pelayaran ini di alam maya.

“Isu pada hari ini bagaimana upaya diubah kesan imprealisme peninggalan tradisi  ‘penjajahan yang militan radikal fanatik ekstrim di dalam mikro ekonomi?”

Dia masih terus membisu namun masih tidak mahu meninggalkan sebarang pesan.

“Dia itu tidak sependirian denganmu. Kelian saling mengambil dan mencari kesempatan sesama sendiri.”

Mungkin kini tiba saatnya mendakwa dia  ‘sang busana’ muslimah yang semakin dikelirukan oleh pengimejhan tuntutan  globlalisasi.

“Kubur itu milik persendirian usah dibiar mindamu terganggu.”

“Ramai-ramai masuk ke syurgakan bagus.”

Sulapan

Selama percutian yang  lalu  terselit pertanyaan yang tidak diluahkan.

 

“Benci betul dengan Manchester United. Jaki rasanya dengan pasukan ini.Meluat.” Anak-anak buah yang  lelaki berbual sesama sendiri.

Apabila ada siaran lansung yang melibatkan Liverpool Arsenal dan Chelsea malah Milan masing-masing termasuk para bapa menjerit dan saling riuh rendah dengan kemeriahan yang sentiasa mewarnai suasana kehairanan di hati para ibu dan anak-anak gadis.

Apabila badminton dilintas lansungkan muka-muka monyok toya cuka pahit dan kelat terpamer di wajah anak-anak muda ini.

Saat urutan siri Kelab atau Liga Asia Remaja gelanggang di ruang telivisyen tidak dipenuhi dengan sorak sorai.Ada yang di hadapan ada yang di belakang jyga di luar dengan aksi peribadi lintasan emosi sendiri-sendiri.Golf  lansung  tidak ada yang sedia menyaksi.

 

Berada di tengah Bandar Bersejarah ada pula terlihat bendera-bendera kelab-kelab ini di satu lokasi mewah.

 

Kelaziman bertanya terpadam.

Kelaziman ingin tahu tidak bernyala.

Kelaziman mahu jawapan tidak wujud.

 

‘Itu bukan pasukan bola tanah air kita.’

 

‘Itu juga bukan belia dan anak lelaki kita.’

 

Tersisip tergenang madu nan lunak,

“Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman ketika ia berkata :

Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu di dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.”