Tersenyumkah Dikau?

Amat-amat sukar untuk berada di tengah-tengah masyarakat yang bukan muslim dan masyarakat muslim yang sedang berhadapan dengan dilemma kehilangan jati diri berperibadi.

 

Masyarakat muslim di sini sudah berjaya dicanai setelah diuli oleh keinginan mereka berada di kelompok dunia antarabangsa.

 

Kesunyian Ramadhan dialui dengan kedalaman sayu di hati yang telah retak dermaga pelabuhannya oleh penzahiran  budaya setia kawan lebih dijana berbanding budaya beragama untuk dieratkan iman itu upaya menjadi penyatuan ummah.

 

Liku-liku cabaran dilemma mereka malangnya tidak turut dirasakan oleh generasi yang kini semakin mabuk oleh tekanan untuk mencipta jaya diri mengungguli kejayaan peribadi.

 

Mereka tiada halaman budaya yang mempersonakan minda untuk dihayati makna menghuni bumi anbiak dengan jejak solehin.

 

Mereka tidak berbangga mempunyai generasi rabbaniah berbanding memiliki generasi Darwin dan Einstein.

 

Hiburan mendapat tempat utama sebagai alasan memanafaatkan masa oleh cuaca?

Perlahan ingin ditanyakan padanya yang amat menghargai pengkreatifan usaha tatkala alam di Teluk semakin tidak keharuan.

Mereka masih mudah dipersengketakan?

 

Konflik mengenai Libya menjadikan diujar semula pertanyaan ke talian yang tidak bertanggung jawab itu.

 

Malukah Amerika apabila orang muda menjadi ‘ganas’ hanya untuk menjayakan warna dan bukan menjadi rakyat yang setia?

Penolakan demokrasi ala Amerika membenarkan bahawa kelemahan dasar luarnya masih menjadikannya gagal untuk menjadi rujukan ke  arah menjadikan pemimpin dan kepimpinan mereka sebagai pengaman yang dicaturkan bagi mengenali ciri ‘pengganas’ yang wujud hasil dari kegagalan memberdayakan dasar luar mereka?

 

Bolehkah diketahui adakah ia juga menjadi kelemahan kesatuan Afrika yang masih memerlukan perlindungan kuasa-kuasa luar walau pun mempunyai nilai merdeka yang dirayakan setiap tahun?

 

Masihkah relevan untuk menganggap semua ini sebagai revolusi apabila kemasukan syarikat minyak sebagai pelabur baru masih menyerlah?

 

Siapakah yang berjaya sebenarnya di dalam konflik Libya?

Rakyat Libya atau pelabur-pelabur asing?  

Siapakah yang dialu-alukan untuk mengurus wang dari perbendaharaan berpendapatan Libya?

Dia masih tidak mahu tersenyum.

Tidakkah Saya Telah Dikau Singkirkan?

Email yang masih tersimpan rapi di akaun yahoo bertarikh Mon, June12, 2006  10:59:07 AM buat salah seorang anak saudara ku yang perempuan ketika dia berada di New Zealand membuatkan minda ini sering basah dengan jernih air di mata.

Saat itu anak ku itu mengirimkan Nota Tazkirah JANGAN DILALAIKAN DENGAN BOLA.

Daku membalasnya  secara spontan dengan pelbagai rasa emosi menguasi diri untuk bersikap rasional.

_______________________________________________________________________________________________________________

Begini sahajalah. Agama itu adalah nasihat. Sejauh manakah kita telah menebarkan sayap sebagai individu bagi menggerakkan nasiahat ini?

Bagaimanakah Along dan rakan-rakan menangani perbezaan yang wujud di antara pemikiran, persepsi, pandangan dan pendapat?…

Apakah ini akan menjadikan kita semakin rapat atau semakin berjarak perhubungannya?

Kelian akan mewarnakan dunia dnegan warna-warna yang kelian sendiri kehendaki.

Namun kita mesti jujur bahawa kita mesti membentuk ke arah usaha yang mengkreatifkan pemikiran.

Pemikiran kita selalu jumud dan beku apabila berhadapan dengan pertentangan di antara tanggungjawab dan kehendak.

Daku merujuk tanggungjawab kepada agama dan kehendak adalah naluri peribadi.

Bolehkah ke dua ini bertemu?

Mesti boleh!

Kita yang membina dinding, tembuk dan pagar dengan berpendirian bahawa setiap yang terbit ilham dari sanubari yang tidak ada kaitan dengan nilai agama, mesti perkara atau benda itu akan merosakkan.

Bola , stamina yang mengekalkan kepantasan berpasukan adalah juga pendidikan untuk kita membina jamaah.

Kita sarat dengan kemelut remeh temeh yang sebenarnya MEMBUNUH  kebolehan kekreatifan idea untuk berfikir.

Berlainan dengan arak, ia memang haram merosakkan kewarasan wajar ditolak oleh muslimin.

Cuba nyatakan bagaimanakah upaya kita menyedarkan perkara ini. Membaling batu, berhimpun secara aman bagi menyatakan pendirian, berbincang atau menyertai pertubuhan politik yang mampu merealisasikan inspirasi kita, belajar dengan ilmu berhadapan dengan kewajiban melunaskan tuntutan perjanjian bayaran yang kadangkala berkelayakan dan berpengalaman masih tiada diperolehi tawaran pekerjaan, bagaimanakah kita membuat pilihan?

Kita silap apabila sentiasa menakutkan diri tentang jauhnya jarak kita dengan syurga jika meninggalkan Al-quran dan sunnah sedangkan umumnya kita sebagai muslim tidak bercara hidup dengan Al-Quran dan sunnah tatkala tidak terzahir perbuatannya.

Jujur dan ikhlas kepada diri sendiri dengan bersedia maju ke hadapan bukan sekadar hanya dengan mencipta persepsi-persepsi yang manis di telinga sahaja tetapi kaitkan dengan hati kerana di hati tempat duduk segala rasa. Hati yang menjadi alat utama untuk membaikkan perbuatan.

Adakah ilmu duduknya di dada sahaja?

Trampilkan ilmu dengan mendidik menghubungkan remaja dengan perkara yang benar.

Jika mahu bermain bola perlu berlatih, perlu ada semangat bersatu bukan boleh berfungsi bersendirian.

Jika mahu menyanyi mesti faham siapa yang akan menjadi sasaran kita. Apakah yang ingin dibawakan untuk mereka yang mendengar?

Bagaimana mahu menjalinkan irama muzik sesuai dengan keperluan fitrah insna yang mahukan masa senggang mereka melenyapkan kerunsingan.

Jika membaca Al Quran, adakah apa yang kita baca kita bentangkan dalam kehidupan rutin harian?

Adakalanya wujud mereka yang suka bersendirian kerana mahu menjaga hati, niat, dan  perbuatan.

 

Bagi mereka yang tidak mempunyai ramai kenalan yang adakalanya oleh faktor sampingan seperti cuaca misalnya lebihan masa yang diperolehi menjadikan komunikasi dengan alam siber menjadi pilihan (namun ketidak berdayaan interaksi ini dibebaskan dari disalahgunakan amat menguji mereka) . Pilihan ini perlu dihormati kerana ia adalah kehendak dan keinginan. Apa yang penting ialah jujur untuk dihindari prasangka dan diberikan kepercayaan juga kebebasan setelah diterangkan apa natijahnya jika ini yang dipilih dan jika itu yang dikehendaki.

Kekasih SAW ada memesan kepada ibu bapa yang muslim dengan nasihat,’didik, bimbing, ajar, tunjuk, terangkan kepada anak-anak mu kerana mereka adalah tercipta untuk MENGHADAPI MASA YANG LAIN DARI MASA KAMU.’

Persoalan aurat, apakah kesempurnaan menutup aurat itu uapya difahami oleh rakan taulan handai dan keluarga juga mereka yang bukan muslim?

Bagaimana mahu menyampaikan bahawa cara kita berpakaian adalah berbeza dengan wanita yang bukan muslim?

Bukan semua insan itu bersifat soleh, upaya menguyah menghadamkan apa yang kita sampaikan.

Masalah kita adalah adalah berhadapan dengan insan yang belum soleh, namun di dalam hati mereka ada sifat mengasihi agama yang pasti terbit rasa pedih jika dikutuk dihina dilemparkan dengan nista. Kita tahukah perasaan yang mereka rasakan itu?

Kita yang sempurna penjagaan auratnya  sebenarnya berupaya mendekati mereka dengan kasih sayang yang jujur. Berkasih dengan Allah sayang itu upaya melimpahi ke hati mereka.

Palestian bumi anbiak. Semua yang cinta Allah, yang kasih pada agamanya merasa berhak ke atas bumi ini. Sukar akan menjadi mudah jika melihat bagaimana Allah membiakkan manusia dengan berbagai rupa dalam jasad yang berbeza dalam bahasa yang tidka sama yang asalnya bermula dari seorang manusia, Nabi Adam (as).

Kita mahu berebut apa sebenarnya apabila semua kita akan mati. Ia hanyalah percaturan pemimpin yang melazimi teori tidak tepat bahawa yang kuat itu upaya menindas yang lemah dengan kuasa. Kuasa itulah yang akan membinasakan mereka. Kekuatan yang tidka diseimbangkan dengan kemanusiaan yang bertunjangkan iman akhirnya akan melahirkan ummat yang sedia mendapat kekayaan dari cara yang khianat.

Apakah dibolehkan menjadikan perniagaan peralatan senjata bagi merosakkan harta, bangsa dan negara orang lain walau pun ia memberikan pendapatan?

Jika mahu menjajah upayakah menjajah dengan cara bermaruah tatkala peparangan dunia tidak lagi wajar terjadi atas kekuatan ketenteraan tetapi menerusi penjajahan ekonomi yang bersifat adil.

Menjajah dengan mentaliti bijak sayangnya mentaliti bijak ini ‘kureng’ pada kaum lelaki.

Semakin ramai kaum wanita yang memilikki kelebihan kekuatan untuk berfikir mencetus idea menggarap tujuan dan haluan yang merintis banyak jalan ke arah kebaikan dimusuhi.

Menurut Along bagaimanakah caranya mahu melahirkan rakyat yang berpendidikan jika tidak wujud sekolah yang serba sempurna khususnya bagi penghuni di khemah pelarian dan wilayah yang miskin oleh sengketa yang diagendakan?

Berseliseh pendapat tidak bermakna tidak boleh melakukan perkara yang bermanafaat.

Apa-apa pun bangsa sama-sama merupakan insan mulia jika bertunjangkan akidah.

Jumpa kembali.

Saat ini : 18/8/2011 jam 428 petang :

(mengapalah filem yang tidak ditonton ini diulang-ulang siarannya?)

Siapa Yang Merumitkan?

Bagaimanakah kadar pengangguran meningkat tatkala penambahan institusi pendidikan semakin subur ditaja secara global dengan pasarana teknologi internet mengumpul himpunkan gagasan gugusan idea untuk diterima pakai, membekaskan bentuk-bentuk tertentu yang mengadaptasikan sumbangan ilmiah yang mencerminkan millennium?

Saya tidak faham soalan.

Hanya orang Islam sahajakah yang bersifat fundamental tanpa mahu meletakkan sama Kristian dan Yahudi sebagai golongan fundamental?  Menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi ke tiga halaman 251 perkataan militant bererti suka dan gemar berperang. Saya tidak melihat pun fundamental muslim suka berperang selain  mereka bertindak menurut apa yang dibolehkan demi mempertahankan diri dan tatkala terus dicabuli perjanjian setelah diberikan tekanan hingga kedaulatan undang-undang tidak lagi dihormati.

Saluran diplomasi semakin gagal?

Bagaimanakah produk negara dilahirkan apabila antara individu dipropagandakan untuk membukti ketaksuban oleh penguasa yang inginkan terus dijulang parti bukan kebenaran?

Dikau tidak menyenangi budaya kompromi?

 

Bahan cemar di dalam merealisasikan diplomasi anutannya masih dikelirukan oleh peringkat tertinggi penjawat yang mendapat amanah.

Umpama air nampak jernih bersih akan tetapi wujud mikrorganisme yang seninya berhayat berabad lamanya berfungsi. Tanpa pengamatan tidak akan tersua lebih dua puluh satu jenis bahan kimia bukan organik yang memberi kesan secara perlahan kepada \’sistem\’ edaran dalaman tubuh manusia yang mempasifkan kekreatifan untuk fikiran menjadi aktif.

 

Siapakah yang sepenuhnya beranggungjawab membasmi dan menyingkirkan pencemar-pencemar yang akan membahayakan ini, tejathanaif?

 

Itu Sahaja?

 

Menghadami rohani ku yang sering berbisik, akan  kita mencari berhalakah thanaif?

Apakah maksud mu tejathanaif?

Anak-anak mu tidak lagi melihat binaan ukiran pepatung sebagai berhala bahkan mesin-mesin dan peralatan sudah diimejkan bagaikan berhala.

Cemburukah dikau pada pemujaan yang kian mengesankan ini?

Daku hanya sukar menyangkarkan rasa kemeluatan dengan pengendalian yang dilakukan oleh angka (5.8) dan jenama serta syarikat penginteraksinya yang semakin menjadikan kita termanggu.

Apakah perkaitan semua itu dengan hidup tejathanaif@thanaif?????

Mereka sukar menerima tejathanaif@thanaif  itu adalah muslim.

Muslim atau kelihatan ganjil serta anih malah pelik?

Apakah jenis suri rumah yang bekerja dari rumah untuk memperolehi pendapatan dari perkhidmatan internet?

1- Suri rumah yang turut menjawat tugas sebagai pendobi, ‘waiter’, ‘chief’, pencuci, pekebun, pelayan?

2- Suri rumah yang hanya menjadi penonton siri televisyen atau pendengar radio?

3- Suri rumah yang mempunyai pembantu-pembantu di rumah serta pemandu?

4- Suri rumah yang mempunyai pendapatan?

Lelaki juga upaya menjadi suri rumah, tejathanaif.

Wujudkah bantahan dan penafian dari kaum wanita mu untuk lelaki menjadi ‘chief’ thanaif?

Lalu tidakkah terlintas di fikiran mu apakah nama pena tidak upaya diterima sebagai produk yang diingini oleh pengguna internet walau pun upaya menyumbangkan sumber pendapatan?

Suri rumah tidak layak memilikki nama pena tejathanaif.

Senyuman itu sinis di mata sesiapa yang memandangnya.

Siapa pula yang menjadikan pelupusan kepada nama pena tatkala mereka melayari internet, thanaif.

Ya siapa?

Lalu wujudkah contoh busines internet yang tidak menggunakan nama sebagai jenama?

Apakah boleh didapati secara percuma tanpa berbayar apabila ingin digunakan jenama sesuatu produk misalnya jenama bagi sepasang kasut ADIDAS, NIKE, CONVERSE, BATA SERTA PUMA?

Entah. Saya semakin tidak faham dengan makna moden di alaf Mellinium dengan dimensi globlalisasi yang difahami wujud gagasan dan dipiawaikan oleh wawasan serta didakwa dijati aslikan dengan glokal yang berpayungkan kitar inovasi bagi mendapatkan jenama.

Ahhhhh, sungguh terharu saya dibuatnya thanaif.

Jika begitu apakah yang mahu dikategorikan sebagai produk dan perkhidmatan bagi diri individu yang mempunyai nama sebagai pengenalan diri?

Mungkin hanya nama sahaja tanpa miliki apa-apa makna.

Adakah setiap nama itu hanya merupakan kalimah huruf-huruf yang membentuk dan membina nama sahaja tanpa ada sesuatu yang boleh diikatkan untuk dirasmikan wujud sesuatu dari nama pena misalnya?

Jesteru itu sekali lagi diujarkan siapakah yang menjadikan semua perkara boleh didapati sebagai percuma?

Masih tentang blog mu yang dilupuskan itukah?

Mungkin tidak keterlaluan untuk diminta jawapan bagaimanakah facebook tetap gagal menjadi medan bagi berinteraksi apabila sifat mendominasi masih kekal menjadi ciri di kalangan para pemoderator?

Lalu dikau berpendapatan twitter lebih berwibawa kerana masih berjaya menyimpan data sah bukti wujud rekod perbualan para penggunannya sebagai buku log walau pun pernah wajah mu digelapkan?

Facebook wajar berupaya mengasingkan fungsi individu yang layak dikategorikan sebagai produk serta perkhidmatan tanpa menghilangkan diri asalnya apabila ia menjadi kelompok yang dikomunitikan.

Kebebasan berintelek tidak dibenarkan buat kita. Itu sahaja.

Sudah Lupa Makna Doa Solat Taraweh?

Terlalu banyak sumbangan yang diilhamkan oleh Ramadhan namun mengapa masih peradaban moden terganggu dengan sistem dokongan yang diinfrastrukturkan oleh teknologi dari medium sainsnya?

Apa lagi yang kurang?

Ramadhan seerah keummian individu yang kaya sifat insannya sehingga menjadi modal kepada siasah alam mendapat iktiraf syurga dengan langit angkasa dibayangi selama sebulan cahaya malaikat, yang dikirim ke langit mengapa bersasarkan untuk menjadi antara pendajjal yang menabur benih kelupaan dek ashik berlipur dengan hiburan?

Maksud mu satelit?

Maksud saya mengapa penumpang kapal angkasa dari kalangan muslimin tidak mengesahkan bacaan yang paling tepat bagi hitungan masa dan pergiliran detik waktu adalah di Greenwich atau di Kaabah sebagai kajian?

Tidak ada sesiapa yang mahu mengubah peninggalan sejarah.

Tetapi didengar ujaran mu mengenai pembaik pulihan dan pembaharuan!

Tahukah dikau saat mahu memilih jenis huruf juga sudah menjadi semakin sukar untuk dipastikan agar tidak didakwa sebagai pengganas atau pengkhianat atau pencuri,peragut atau penoda atau pengkhalwat, pelacur atau perampas atau radikal atau gerilla atau militan malah pelayan nafsu?

Masih menolak Fantasia dengan idola realiti?

Ditolak tatkala jangkitan kemunduran ialah apabila yang miskin itu digembirakan dengan keashikkan khalayak yang kaya sehingga teraktifnya aktiviti kehidupan dengan yang diselarikan dengan tataan penghibur.

Dikau menolak kesemua kita turut dijadikan sebagai khalayak seni?

Mereka itu berkarya tetapi kebanyakan kita tidak melakukan apa-apa malah dijebak untuk turut menerokai noda.

Ramadhan masih berusia hari ke dua tatkala antara kita sudah meniti hari senja.